....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu
Showing posts with label Poetry. Show all posts
Showing posts with label Poetry. Show all posts

Friday, June 14, 2019

Puisi 17#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Kau dan aku. 

Hari silih berganti,
Jam berdetik tanpa henti,
Hari dilalui tanpa disedari,
Entah apa yang kita lalui.

Kau dan aku,
Berpaksikan tuhan yang satu,
Andai aku jadi tak tentu,
Jangan biar aku jadi hantu,
Tarik aku saat perlu,
Bila aku perlu dibantu.

Andai aku pergi dulu,
Terima kasih untuk setiap sesuatu,
Tuhan hadirkan kau bila aku perlu,
Mengajar untuk aku menjadi aku.

Andai pula kau pergi dulu,
Halalkan segala ilmu,
Doaku agar kita bertemu,
Di taman syurga,
Yang telah kita janji dahulu.

Jaga diri, jaga hati,
Semoga kita ketemu lagi.
Jangan dirisaukan esok hari,
Kerana Dia yang Maha Mengetahui.

Jaga amal, jaga amanah,
Kerna kita tak tahu bila nak kembali ke tanah,
Pegang amanah; abid dan khalifah,
InsyaAllah, segala urusan dipermudah.

Puisi 16#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Tika rasa jatuh. 

Ujian itu ada.
Cuma kadang kita tak perasan.

Kita rasa ia hadir saat kita jatuh, rebah dan tersungkur.
Tapi saat itulah kita berada sangst rendah.

Dia letakkannya kita bawah,
Supaya kita kembali sedar bahawa kita hamba.
Supaya kita kembali tunduk,
Setelah penat mendongak.

Bukankan saat itu paling indah?
Hati kembali tenang setelah terasa lelah.
Hati kembali damai setelah sesak dengan segala kerenah.
Hati kembali terasa setelah lama kering tak berdarah.

Jadi bila kurenung kembali,
Ujian itu sentiasa ada.
Saat kau tinggi,
Diuji banyak mana nikmat Dia yang kau puji.
Saat kau rendah,
Diuji kuat mana kau percaya Dia sentiasa ada.

Yang penting,
Ujian itu menguatkan.
Mana mungkin Dia bebani kita,
Dengsn beban yang tak tertanggung.

Maka tenanglah hati yang berduka,
Jadilah air sungai yang sentiasa mengalir jernih.
Jangan biarkan ia terkumpul,
Kerana kelodak yang ada,
Dapat mengaburi mata yang mencari cahaya si matahari...

Koleksi Puisi 15#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Tenang

Tenanglah hati yang resah,
Kerana Dia bukan sengaja melihat kau susah.

Bersabarlah diri yang hina,
Kerana Dia menjanjikan ganjaran yang tak terkira.

Percayalah dikau walaupun kau sendiri,
Bahawa Dia tak pernah biarkan kau tergantung sepi.


Buatmu sahabat. 

Sahabat,
kehadiranmu sungguh menyentuh,
Menyentuh hatiku yang tandus dengan rasa.
Menyegarkan jiwaku yang hanyut dalam derita.

Kata-katamu tersusun padat,
Meluahkan setiap bait dengan penuh makna,
Membawa erti,
Memberi makna,
Tersirat seribu rahsia,
Kena dengan rasa,
Kaya dengan manfaat.

Nasihatmu dorongan.
Pesananmu sokongan.
Kehadiranmu penuh dengan semangat.
Membawa inspirasi yang tak pernah tamat.
Memenuhi jiwa-jiwa kosong yang dahaga kasih sayang.
Mendampingi jasad-jasad yang terkandung sedih yang tak tertayang.
Sungguh,
Ia menjadi suatu yang paling bermakna...

Cc: Sahabat-sahabatku

Puisi 14#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Sendu ke? 

Biar diri menyendiri,
Agar komunikasi tak terhenti,
Biar sepi tanpa lagu,
Asal hubungan tak terganggu.

Jangan simpan jangan pendam,
Hati bukan tuk disimpan dendam.
Luahkanlah kepada-Nya,
Kerana As-Sami' tak pernah jauh.

Meski malam ini gelap,
Meski jalan ini malap,
Percayalah jarak itu dekat,
Doa yang mustajab juga berkat.

Usah gusar usah risau,
Jangan pernah rasa kena halau,
Dia sentiasa menrindui kau,
Cuma kadang kau sendiri yang palau.

Koleksi Puisi 13#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Kabur.

Mata ini melihat namun tak nampak;
Mana pengakhiran perjalanan ini.

Kita sudah ada di landasan yang kita pilih.
Menuju ke sebuah destinasi yang sama;
Namun membawa makna yang berbeza.

Kejayaan.

Semua mahu berjaya.
Tetapi erti BERJAYA bagi setiap dari kita berbeza.

Kita lihat laluan menuju kejayaan.
Tapi kita tak nampak,
Kejayaan apa sebenarnya kita perlukan.

Masakan ada kejayaan tanpa matlamat ?

Itu pentingya matlamat hidup.

Jika matlamat kita untuk menjadi kaya di dunia, 
Maka berjayalah kita jika kita seorang jutawan.

Hakikatnya, tugas kita di dunia adalah seorang hamba.

Berjayanya kita, hanya bila kita tunduk, patuh pada Tuhan.
Bertemunya di Syurga Impian.

Buang kekaburan itu.
Bina semula jalan yang menuju matlamat kejayaan sebenar yang menjadi titik pengakhiran, perjalan seorang HAMBA.

Puisi 12#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Terkena.

"Saat ujian datang menjentik,
Hati pun terdetik,
Kembalilah pada Tuhan.

Tapi sayangnya hanya sedetik,
Bila selesai kita lupa balik.

Itulah jangan pertikai,
Kenapa ujian kau sikit,
Sebab lain hati, lain sakitnya,
Kau nampak dia tersengih,
Padahal dia sakit,
Menanggung perit.

Semua hati perlu rasanya pedih,
Supaya tak lupa Dia,
Yang Maha Pengasih,
Pemulih segala yang sulit."

Puisi 11#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Kalau hati mati? 

"Hati mati,
Mana bisa lari.

Hati mati,
Pulihkan sendiri,
Kembali pada pencipta diri,
Kerana dia yang paling memahami.

Hati mati,
Ubatnya menyendiri,
Muhasabah balik diri,
Tanya pada hati,
Apa yang telah pergi,
Apa yang ia perlu lagi,

Jawapannya;
Mungkin bukan lagi Dia yang nombor satu."

Puisi 10#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Manusia.

Kitarannya sama seperti mentari,
Menerangi disiang hari,
Kembali bila malam menghampiri,

Begitu juga dengan manusia,
Datang tanpa diduga,
Pergi tanpa disedari.

Sebab itu,
Jangan kita pegang dia,
Kerana kehadiran seseorang itu,
Bukan untuk dimiliki,
Tetapi untuk kita pelajari,
Bila kita memiliki,
Kita marah tuhan kerana biar dia pergi,
Sedangkan kitarannya sama seperti mentari.

Manfaatkan cahaya yang dia beri,
Terpulang untuk kita buat apa pada dia,
Manfaat sinarannya boleh kita cari,
Cuma terpulang pada kita,
Nak sebarkan lagi,
Atau hanya simpan sendiri.

Yang pasti,
Jangan ikat seseorang itu pada diri,
Lagikan hati.

Kerana setiap yang hadir akan pergi,
Yang tersisa adalah apa yang kita peroleh,
Sepanjang keberadaannya disisi.


Puisi 9#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Hope.

Good night.
May the soul rest in peace.
May the goods going along with the deeds.
May the favour coming with sincerity.
May the broken could mend.
May the sadness turns happiness.
May everything you wish,
Could realized soon.

Good night,
To the heart that is healing.

Bahagia

"Heret aku ke sangkar bahagia,
Kerana bukan aku pilih derita,
Tetapi tuhan beri aku sengsara,
Supaya aku tahu nilai gembira."


Cahaya

Teruslah memberi sinar.
Agar yang mencari akan jumpa.
Agar yang layu kembali segar.
Agar yang pergi kembali semula.

Teruslah memberi manfaat.
Kerana pasti ada yang memerlukan.



Koleksi Puisi 8#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Simpan

Tak semua bahagia perlu ditayang,
Kadang biar ia disimpan tenang,
Tak perlu dibiarkan terang,
Simpan, buat tatapan yang tersayang :")

Terbanglah tinggi.

Terbanglah jiwa,
Setinggi yang kau mahu,
Bawa rasa duka,
Jangan ditinggalkan walau sedikit di tanah,
Biar hanya bahagia tersisa,
Buat mereka yang tersayang;
Yang hanya mampu kita lihat dari jauh ...


Kitarannya

Dalam setiap cerita,
Cari pengajarannya,
Dalami manfaatnya,
Fahami asbabnya,
Kaitkan setiap yang kita perolehi,
Kemudian tambah baik diri,
Dan beri,
Kepada mana-mana hati.

Puisi 7#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Tinggal


 Semakin laju kita berlari,
Semakin jauh kita meninggalkan.

Semakin tinggi kita mendaki, semakin kabur kita dek pandangan mereka.

Semakin jauh kita pergi,
Mungkin,
Tak akan kembali lagi.

Semakin pantas masa kita putar,
Semakin cepat orang datang dan pergi; silih berganti.

Tanpa kita sedar,
Sebenarnya kita bergerak sendiri,
Segala rasa simpan di peti hati.
Segala perit ditelan mati.
Segala gembira cuba diambil; pengubat diri.

Harapnya nanti,
Tak mati sendiri.

Pergi semua pergi,
Jika itu yang kalian perlu,
Yang pasti kalian tahu,
Kalian sudah bertapak dihati ini.

Andai kalian kembali,
Jangan lupa segala memori,
Yang telah kita bina selama ini.

Aku tak halang untuk pergi,
Cuma ketahuilah,
Aku bukan habis madu, sepah dibuang.


                Puisi kali ini mempunyai beberapa perasaan yang tersirat. Pada mulanya, aku marah kepada sesetengah insan yang hadir lalu pergi begitu sahaja. Ada yang pada mulanya bersama, namun dipertengahannya, ada yang meninggalkan kita, ada juga yang kita tinggalkan. Jadi, disini aku nak pesan kepada kita semu, bahawa setiap daripada kita mempunyai latar masa yang tersendiri.

                Usah kita banding kehidupan kita dengan yang lain, kerana ada ketika kita susah mereka senang, da nada juga masa bilamana kehidupan mereka jauh lebih baik, tetapi ketika itulah kehidupan kita dilanda tsunami besar yang menghancurkan semua. Oleh itu, setiap daripada kita tentu mempunyai masa-masa genting yang tersendiri.

                Jadi, sekiranya ada yang datang kepada kita mengadu nasib mereka, ujian yang mereka hadapi, maka hormatilah. Janganlah kita merendahkan mereka, menyatakan bahawa mereka lemah dan sebagainya, kerana kita tidak akan tahu apa yang akan jadi kepada kita pada masa akan datang.

                Di pengakhirannya, puisi ini kembali tenang. Aku sedar bahawa setiap orang mempunyai pilihan dan jalan masing-masing dalam kehidupan ini. Maka yang aku harapkan hanyalah agar mereka yang pernah singgah dalam kehidupan aku tidak melupakan kenangan dan memori yang pernah dicoret bersama. Cumanya, janganlah kita jadi manusia yang lupa diri, dimana disaat susah kita mencari dia, namun bila senang, dia pun kita lupa dan hina, kerana dia sudah tidak ‘setaraf’ dengan kita. Jadilah kita manusia yang sentiasa beringat bahawa bumi yang bulat ini menggambarkan kehidupan kita. Akan ada masa kita di atas, dan ada juga masa kita berada dibawah.

                Wassalam.


Puisi 6#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu


Kita :”)


Pertemuan yang tak disangka,
Membawa ketenangan tak terhingga.
Walau kuat ujian yang datang menduga,
Kau tetap berusaha untuk selalu ada.

Kata-katamu indah bak lantunan peribadimu,

Terpesona setiap yang melihat santun dan pekertimu,
Ketenangan yang terpancar menteteramkan hati,
Menenangkan jiwa yang tak menentu.

Pertemuan kita tak panjang,

Namun yang singkat ini bermakna,
Kita mungkin tak rapat mana,
Tapi semahunya aku engkau tahu,
Betapa kau begitu berharga.

Mungkin kau lihat aku berdaya,

Tapi kuatnya aku bila kau ada bersama.
Pesanmu agar kita dapat bertemu semula,
Bersama-sama belajar "di sana"..

Dedicated to: UK


                Bismillah.


                Jadi hari ini, aku akan ceritakan pula mengenai seorang sahabat aku yang tersangatlah memberi aku inspirasi. Sahabat ini aku beri nama samarannya sebagai UK.

                Aku kenal UK masa semester 2 di matrikulasi. Aku dah lama kenal, Cuma tak bertegur UK sehinggalah dia menjadi pengurus bagi satu pertandingan yang aku sertai. Dari di situlah aku mula menegurnya. Alhamdulillah, tidak kusangka pertemuan hari itu masih berkekalan sehingga hari ini, sampaikan keluarganya juga telah mengenali aku.

               Seperkara yang aku suka, jenis aku kalau bersahabat, biar aku kenal dia dan juga keluarganya, latar belakangnya. Jadi, senang untuk aku memahami seseorang itu jika aku dapat mengenali latar belakangnya.

                Jadi puisi ditulis, sekali lagi untuk hargai kehadiran UK yang sebenarnya telah memberi aku suatu pengajaran yang penting, dimana aku gunakan sehingga hari ini.

                Harapan aku agar UK terus ada dengan aku dalam sedarkan aku lebih banyak perkara. Bak kata orang, kalau nak kenal kita macam mana, lihatlah rakan-rakan kita, kerana mereka itulah yang menjadi cerminan kita. Aku syukur, sebab bertemu UK yang latar belakangnya lain daripada aku, tetapi masih mahu untuk berkawan dan bersahabat bersama. Alhamdulillah.

                Semoga ukhuwwah ini hingga ke syurga, amen amen.

                Jkkk, wassalam.


Puisi 5#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Kawan. 

Terima kasih,
Kerana selalu ada senang mahupun susah,
Kadang mungkin kau jauh,
Namun kau tetap ambil kisah.

Kadang kau pun sibuk pagi petang,
Tapi kau tak pernah lupa tanya keadaan aku sekarang.
Kadang kau pun penat,
Tapi kau tak pernah mengelat.

Terima kasih buat yang menemani;
Disaat aku jatuh dan bersendiri,
Disaat aku gembira namun kau bersedih,
Disaat aku memerlukan namun kau sibuk,
Disaat aku sakit namun kau lagi menderita,
Terima kasih.

Maaf dari aku,
Andai ada luka dek salah lakuku.
Andai ada tangisan disebalik gurauanku.
Andai ada yang terguris dek teguranku.

Seandainya perkenalan kita membuat kau terus kuat,
Alhamdulillah, semoga hubungan ini mendapat berkat.
Seandainya pertemuan kita membuat kau sesat,
Tegurlah aku, di ceruk mana yang aku salah melihat.

Simpanlah,
Simpan semua kenangan kita,
Kerana kita bukanlah tuhan,
Yang menentukan bila lagi kita berjodoh...
Semoga kau terus kuat,
Sepertimana kau selalu hadir dalam hidup aku,
Terima kasih untuk semua memori,
Yang akan sentiasa aku kenang.
.
Credit to: Semua insan yang aku kenali sepanjang menjalani kehidupan di KMPk....


                Alhamdulillah, ketika ia ditulis, aku baru sahaja menamatka pengajian aku di KMPk, Kolej Matrikulasi Perak yang aku saying, kerana telah menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia yang sedikit sebanyak telah membantu aku disepanjang perjalanan aku di matrikulasi dan berjasa dalam kehidupan aku.

                Jadi puisi ini menunjukkan apresiasi aku kepada mereka yang menjaga aku ketika aku patah jari, ajar aku itu-ini, ajak aku ke masjid, kenalkan kepada aku kehidupan yang lebih baik, Alhamdulillah. Puisi ini juga ditulis untuk aku memohon kemaafan daripada mereka di sepanjang perkenalan selama satu tahun di matrikulasi.

                Jadi, hari ini aku mahu bercerita mengenai kemaafan. Apakah yang penting sangat sampai kita nak kena minta maaf?

                Bagi aku, kemaafan ini penting, kerana ia akan menentukan keredhaan dan keberkatan dalam setiap sesuatu yang kita lakukan. Dari aspek keredhaan, sekiranya kita tidak mendapaan keampunan ataupun kemafaan, terutamanya daripada ibu, bapa dan guru kita, tentunya segala ilmu dan kehidupan kita tidak akan diberkati, seterusnya hilanglah keredhaan dan keberkatan.

                Kita juga perlu memohon maaf dengan orang di sekeliling kita, kerana mungkin akaa ada suatu ketika kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan, ataupun bertindak zalim keatas mereka. Ketahuilah, bahawa doa mereka yang dianiaya dan dizalimi adalah sangat makbul.

Oleh itu, adalah penting untuk kita sentiasa memohon maaf dengan orang sekeliling kita, kerana orang di sekeliling kita adalah orang yang telah banyak membantu kita dalam kehidupan seharian kita.
Akhir sekali, aku berharap bahawa mereka akan tetap biarkan kenangan kami hidup, walaupun kemungkinan untuk berjumpa lagi adalah sanga rendah dan sukar. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan, amen. Sekian, wassalam.


Puisi 4#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Sedar.
 Bila jatuh,
bangkit.
Jangan biar sampai terlena,
Takut diri terleka.

Dunia hanya sementara,
Akhirat bukannya dusta.
Gagal bukan satu penamat,
Hanya sekadar sebuah persinggahan.

                Kehidupan ini ujian, dimana pasti ada jatuh dan bangunnya. Jadi puisi ini ditulis menegaskan kepada diri aku sendiri untuk bangun semula. Ketika puisi ini ditulis, aku sedang berusaha untuk ‘survive’ kehidupan di matrikulasi. Ketika itu aku merasakn bahawa aku perlu untuk menghadapi ujian yang sangat sukar. Jadi penegasan untuk diri supaya teruskan perjalanan ini, dan jangan berhenti. Sebaliknya berehat seketika dan janganlah terlalu mengambil masa yang lama sehingga terleka.

                Seterusnya puisi ini menceritakan keadaan dimana akhirat dan dunia perlu diseimbangkan, kerana diakhirnya yang kita tuju adalah hari pembalaan dan syurga, bukanlah kemewahan dunia. Sebagai penutup, aku pujuk lagi hati aku bahawa kegagalan aku hari itu sebenarnya pengalaman dan pengajaran yang sepatutnya aku telan, supaya aku belajar.

                Sedar tak sedar, zaman matrikulasi telah pun berakhir. Aku tak pernah lagi cerita kehidupan matrikulasi aku di ini. Namun hanya satu sahaja yang ingin aku katakana, kehidupan matrikulasi merupakan kehidupan yang terbaik! Pengalaman satu tahun yang tak dapat aku lupakan, kerana terlalu banyak perkara yang terjadi dalam masa yang singkat. InshaAllah, kalau ada rezeki aku akan ceritakan lagi mengenai pengalaman matrikulasi di entri akan datang.



Puisi 2#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

All of me.

We walk on the path
that we choose.
Either we are together or alone,
we choose.

We don't have to

listen to people.
We don't have to 
argue with anyone.

Cause at last, 

We are on what we choose.
We take the 
responsibility on what has been chosen.
We don't have to blame no one,
Cause WE CHOOSE.

-3 Ramadhan -

Let us begin this entry with English! Yeay! Based on the above poem, I try to deliver to the readers to be responsible on every decision that we have taken. In order to achieve something, I do not deny that we want to have the best, yet, the perfect one, right?

However, Allah said in Quran that “Not everything you feel good for you is the best, and not everything you think that is bad, is bad for you.”

So I think that you guys can understand what does this mean. So regarding this verse too, I would like to share a video that I watched past few days. In that video, it told a story about the tragedy happened on 3rd September in New York City, about the crash of the building. It tells how many people survived the crash as they were not at the office during the crash. Bad things happened to them, making themselves were late to arrive the office.

Some of them shared that because they couldn’t fint their car keys, the taxi didn’t stop, the ankle sprained, the kids woke up late, the boss left an important document, they survived. Thesestories proved to us that sometimes, Allah put bad things into us, was actually to reserve us for something worse.


So if we face bad things or bad luck in our everyday, note to ourselves that maybe Allah is preparing another good thing for us. Just believe and have faith into Him, cause he always and the only one who knows the best for us.

                Despite of every decision, put Him first. As if something we decide does not make us closer to the Creator, so I think that it might be a wrong decision. May Allah always leads us to the best path of this world. Somehow, we just have to seek by making dua to Him. He is listening, and he will grant all those duas on the right time, at the right place. Ameen.

Wallahu’alam.

Puisi 1#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Tolonglah.

Tolong, jangan lari dari landasan ilmu,
Bilamana kita siapkan tugasan hanya untuk carrymark,
Bilamana kita datang kuliah hanya untuk tanda kehadiran,
Bilamana kita belajar hanya untuk peperiksaan.

Tolong, jangan lari dari fungsi pemikiran,

Tak semua benda boleh diselesaikan oleh Mr. Google,
Tak semua benda boleh diambil bulat-bulat,
Faham dahulu sebelum buat,
Gunakan akal kita janganlah liat.

Tolong, lihatlah dengan hati.

Biar kita buat dengan erti.
Bukan hanya memahami,
Tapi cuba untuk mengubah nasib diri.

Tolonglah, faham dulu baru buat,

Jangan ambil bulat-bulat,
Kerana kita ada akal untuk melihat,
Ada hati untuk mengerti,
Biar ilmu itu bukan hanya difahami,

Tetapi ia diaplikasi.

                Jadi, puisi ini sebenarnya aku nak gambarkan konsep belajar yang sebenar. Seperti yang aku kata sebelum ini, kita perlu jadi manusia yang tebaik dengan melakukan setiap perkara itu dengan baik. Begitu jugalah konsepnya dengan belajar.

                Apa yang au lihat hari ini, kebanyakan daripada mahasiswa semakin acuh tak acuh dalam belajar. Kebanyakan dari kita juga hanya sekadar menghafal. Apa buktinya? Buktinya adalah apabila kita tidak benar-benar faham, kita tidak mampu untuk mengingati setelah kita tinggalkan. Aku pun tidaklah menjangkakan bahawa kita mampu untuk meningati setiap bait yang telah kita hafal, namun yang lebih penting itu adalah sejauh mana kita mampu memahami sesatu yang kita hafal itu.

                Seterusnya, puisi ini juga sebenarnya aku tekankan untuk kita amalkan apa yang kita belajar daoam kehidupan seharian. Terlalu banyak ibrah atau pengajaran yang kita peroleh apabila kita mampu untuk memahami sesuatu itu dengan baik, seterusnya kita mengaitkan perkara yang telah kita pelajari itu dengan kehidupan kita dan ajarkannya kepada semua.

                Bagi aku, medium penulisan seperti puisi dan blog sebegini sebenarnya amatlah membantu bagi kita berkongsi apa jua ilmu yang kita ada. Aku faham, generasi millennia hari ini punyai masalah dalam membaca teks-teks panjang. Tidak dinafikan, aku juga begitu. Namun bagi aku, tiada cara lain untuk kita tahu dan faham sekiranya kita tidak membaca. Sungguhpun kita mampu untuk menggarab sesuatu itu dengan mendengar, namun tanpa menulis dan membacanya semula, kita tidak mampu untuk kekal mengingatinya sampai hari ini.

                Maka secara kesimpulannya, belajarlah dengan ikhlas, di mana ikhlas itu ialah apabila kita melakukan sesuatu itu, kerana Dia. InshaAllah, segala amalan kita setelah itu diterima lagi diberkati.

Wallahu’alam.




Puisi


                Aku ini seorang yang suka memerhati dan menghubungkaitkan keadaan. Jadi, aku cenderung untuk berpuisi setiap kali aku merasakan dan ingin berkongsi sesuatu. Aku tidaklah mahir. Aku sekadar mahu menyampaikan apa yang terbuku di hati dengan penyampaian yang tidak langsung. Oleh itu, bak kata kebanyakan remaja hari ini, “YTJT” bermakna, “Yang Tahu Je Tahu”.

               YTJT ini menarik perhatian aku dalam menyedarkan semua, bahawa puisi sebenarnya membuatkan kita berfikir. Maka sesiapa yang berfikir sahaja yang dapat menyedut isi atau ‘gist’ yang ada di dalam sesebuah puisi itu.

                Maka di dalam blog ini, aku akan berkongsi sebanyak mungkin puisi yang ada, berserta maksud sebenar yang ingin aku sampaikan. Puisi-puisi ini kebanyakan aku simpan sebagai koleksi di Instagram aku, pada saaat aku merasakan sesuatu perasaan.

                Oh ya! Sebelum terlupa, aku sejenis yang hanya mampu berkata atau menulis sekiranya aku memahaminya. Jika tidak, pastinya aku sukar untuk mendiskripsi situasi dan keadaan sesuatu seandainya aku tidak memahami keadaan itu.

                Aku mengharapkan bahawa cinta dan minat aku pada puisi ini dapat diteruskan, kerana puisi merupakan salah satu warisan bangsa Melayu yang patut kita banggakan. Namun apa yang aku lihat hari ini, anak-anak muda kita semakin hilang santunnya, kerana kita hilang budaya kita. Kita hilang kebanggaan kita.

                Dengan berpuisi, aku mendapati puisi dapat menyusun semula kata-kata kita agar lebih berhemah. Namun, bagi aku ada juga pusi yang bersifat ganas, dimana ianya ditulis dengan perkataan-perkataan yang membunuh jiwa.

                Semoga lebih ramai anak muda yang gemar akan penulisan menggunakan Bahasa Melayu kita, kerana sekiranya bukan kita, siapa lagi yang mampu untuk menjadi penyambung warisan.

                Walau apa-apapun, ini tidak bermakna bahawa kita boleh mengetepikan bahasa lain. Aku tidak menafikan bahawa Bahasa Inggeris juga merupakan Bahasa yang penting untuk kita kuasai dalam memudahkan urusan kita untuk berkomunikasi. Kalian mahu membaca entri dalam Bahasa Ingeris? InshaAllah boleh ana tunaikan pada entri-entri yang mendatang, inshaAllah. Tetapi sebenarnya, dalam penulisan, aku merasakan bahawa penulisna dalam bahasa kita adalah yang terbaik, kerana ianya halus dan penuh seni.

                Akhir sekali, aku harapkan entri-entri aku yang mendatang yang bercerita mengenai puisi yang tulis sedikit-sebanyak dapat memberi pandangan baharu kepada pembaca sekalian dalam medan penulisan sebegini. Aku sarankan untuk kita berhenti membaca bahan-bahan picisan yang aku rasakan penulisannya bagus, namun apa yang ingin disampaikannya itu yang kurang berfaedah.

                Semoga yang terbaik sahaja but semual, Wallahu’alam.