Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu
Tinggal
Tinggal
Semakin jauh kita meninggalkan.
Semakin tinggi kita mendaki, semakin kabur kita dek pandangan mereka.
Semakin jauh kita pergi,
Mungkin,
Tak akan kembali lagi.
Semakin pantas masa kita putar,
Semakin cepat orang datang dan pergi; silih berganti.
Tanpa kita sedar,
Sebenarnya kita bergerak sendiri,
Segala rasa simpan di peti hati.
Segala perit ditelan mati.
Segala gembira cuba diambil; pengubat diri.
Harapnya nanti,
Tak mati sendiri.
Pergi semua pergi,
Jika itu yang kalian perlu,
Yang pasti kalian tahu,
Kalian sudah bertapak dihati ini.
Andai kalian kembali,
Jangan lupa segala memori,
Yang telah kita bina selama ini.
Aku tak halang untuk pergi,
Cuma ketahuilah,
Aku bukan habis madu, sepah dibuang.
Puisi kali ini mempunyai
beberapa perasaan yang tersirat. Pada mulanya, aku marah kepada sesetengah
insan yang hadir lalu pergi begitu sahaja. Ada yang pada mulanya bersama, namun
dipertengahannya, ada yang meninggalkan kita, ada juga yang kita tinggalkan.
Jadi, disini aku nak pesan kepada kita semu, bahawa setiap daripada kita
mempunyai latar masa yang tersendiri.
Usah kita banding kehidupan kita
dengan yang lain, kerana ada ketika kita susah mereka senang, da nada juga masa
bilamana kehidupan mereka jauh lebih baik, tetapi ketika itulah kehidupan kita
dilanda tsunami besar yang menghancurkan semua. Oleh itu, setiap daripada kita
tentu mempunyai masa-masa genting yang tersendiri.
Jadi, sekiranya ada yang datang
kepada kita mengadu nasib mereka, ujian yang mereka hadapi, maka hormatilah.
Janganlah kita merendahkan mereka, menyatakan bahawa mereka lemah dan
sebagainya, kerana kita tidak akan tahu apa yang akan jadi kepada kita pada
masa akan datang.
Di pengakhirannya, puisi ini
kembali tenang. Aku sedar bahawa setiap orang mempunyai pilihan dan jalan
masing-masing dalam kehidupan ini. Maka yang aku harapkan hanyalah agar mereka
yang pernah singgah dalam kehidupan aku tidak melupakan kenangan dan memori
yang pernah dicoret bersama. Cumanya, janganlah kita jadi manusia yang lupa
diri, dimana disaat susah kita mencari dia, namun bila senang, dia pun kita
lupa dan hina, kerana dia sudah tidak ‘setaraf’ dengan kita. Jadilah kita
manusia yang sentiasa beringat bahawa bumi yang bulat ini menggambarkan
kehidupan kita. Akan ada masa kita di atas, dan ada juga masa kita berada
dibawah.
No comments:
Post a Comment