Aku ini seorang yang suka
memerhati dan menghubungkaitkan keadaan. Jadi, aku cenderung untuk berpuisi
setiap kali aku merasakan dan ingin berkongsi sesuatu. Aku tidaklah mahir. Aku
sekadar mahu menyampaikan apa yang terbuku di hati dengan penyampaian yang
tidak langsung. Oleh itu, bak kata kebanyakan remaja hari ini, “YTJT” bermakna,
“Yang Tahu Je Tahu”.
YTJT ini menarik perhatian aku
dalam menyedarkan semua, bahawa puisi sebenarnya membuatkan kita berfikir. Maka
sesiapa yang berfikir sahaja yang dapat menyedut isi atau ‘gist’ yang ada di
dalam sesebuah puisi itu.
Maka di dalam blog ini, aku akan
berkongsi sebanyak mungkin puisi yang ada, berserta maksud sebenar yang ingin
aku sampaikan. Puisi-puisi ini kebanyakan aku simpan sebagai koleksi di
Instagram aku, pada saaat aku merasakan sesuatu perasaan.
Oh ya! Sebelum terlupa, aku
sejenis yang hanya mampu berkata atau menulis sekiranya aku memahaminya. Jika
tidak, pastinya aku sukar untuk mendiskripsi situasi dan keadaan sesuatu
seandainya aku tidak memahami keadaan itu.
Aku mengharapkan bahawa cinta
dan minat aku pada puisi ini dapat diteruskan, kerana puisi merupakan salah
satu warisan bangsa Melayu yang patut kita banggakan. Namun apa yang aku lihat
hari ini, anak-anak muda kita semakin hilang santunnya, kerana kita hilang
budaya kita. Kita hilang kebanggaan kita.
Dengan berpuisi, aku mendapati
puisi dapat menyusun semula kata-kata kita agar lebih berhemah. Namun, bagi aku
ada juga pusi yang bersifat ganas, dimana ianya ditulis dengan
perkataan-perkataan yang membunuh jiwa.
Semoga lebih ramai anak muda
yang gemar akan penulisan menggunakan Bahasa Melayu kita, kerana sekiranya
bukan kita, siapa lagi yang mampu untuk menjadi penyambung warisan.
Walau apa-apapun, ini tidak
bermakna bahawa kita boleh mengetepikan bahasa lain. Aku tidak menafikan bahawa
Bahasa Inggeris juga merupakan Bahasa yang penting untuk kita kuasai dalam
memudahkan urusan kita untuk berkomunikasi. Kalian mahu membaca entri dalam
Bahasa Ingeris? InshaAllah boleh ana tunaikan pada entri-entri yang mendatang,
inshaAllah. Tetapi sebenarnya, dalam penulisan, aku merasakan bahawa penulisna
dalam bahasa kita adalah yang terbaik, kerana ianya halus dan penuh seni.
Akhir sekali, aku harapkan
entri-entri aku yang mendatang yang bercerita mengenai puisi yang tulis
sedikit-sebanyak dapat memberi pandangan baharu kepada pembaca sekalian dalam
medan penulisan sebegini. Aku sarankan untuk kita berhenti membaca bahan-bahan
picisan yang aku rasakan penulisannya bagus, namun apa yang ingin
disampaikannya itu yang kurang berfaedah.
Semoga yang terbaik sahaja but
semual, Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment