Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu
Sedar.
Sedar.
bangkit.
Jangan biar sampai terlena,
Takut diri terleka.
Dunia hanya sementara,
Akhirat bukannya dusta.
Gagal bukan satu penamat,
Hanya sekadar sebuah persinggahan.
Kehidupan ini ujian, dimana
pasti ada jatuh dan bangunnya. Jadi puisi ini ditulis menegaskan kepada diri
aku sendiri untuk bangun semula. Ketika puisi ini ditulis, aku sedang berusaha
untuk ‘survive’ kehidupan di matrikulasi. Ketika itu aku merasakn bahawa aku
perlu untuk menghadapi ujian yang sangat sukar. Jadi penegasan untuk diri
supaya teruskan perjalanan ini, dan jangan berhenti. Sebaliknya berehat
seketika dan janganlah terlalu mengambil masa yang lama sehingga terleka.
Seterusnya puisi ini
menceritakan keadaan dimana akhirat dan dunia perlu diseimbangkan, kerana
diakhirnya yang kita tuju adalah hari pembalaan dan syurga, bukanlah kemewahan
dunia. Sebagai penutup, aku pujuk lagi hati aku bahawa kegagalan aku hari itu
sebenarnya pengalaman dan pengajaran yang sepatutnya aku telan, supaya aku
belajar.
Sedar tak sedar, zaman
matrikulasi telah pun berakhir. Aku tak pernah lagi cerita kehidupan
matrikulasi aku di ini. Namun hanya satu sahaja yang ingin aku katakana,
kehidupan matrikulasi merupakan kehidupan yang terbaik! Pengalaman satu tahun
yang tak dapat aku lupakan, kerana terlalu banyak perkara yang terjadi dalam
masa yang singkat. InshaAllah, kalau ada rezeki aku akan ceritakan lagi
mengenai pengalaman matrikulasi di entri akan datang.
No comments:
Post a Comment