Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu
Kawan.
Terima kasih,
Kawan.
Terima kasih,
Kerana selalu ada senang mahupun susah,
Kadang mungkin kau jauh,
Namun kau tetap ambil kisah.
Kadang kau pun sibuk pagi petang,
Tapi kau tak pernah lupa tanya keadaan aku sekarang.
Kadang kau pun penat,
Tapi kau tak pernah mengelat.
Terima kasih buat yang menemani;
Disaat aku jatuh dan bersendiri,
Disaat aku gembira namun kau bersedih,
Disaat aku memerlukan namun kau sibuk,
Disaat aku sakit namun kau lagi menderita,
Terima kasih.
Maaf dari aku,
Andai ada luka dek salah lakuku.
Andai ada tangisan disebalik gurauanku.
Andai ada yang terguris dek teguranku.
Seandainya perkenalan kita membuat kau terus kuat,
Alhamdulillah, semoga hubungan ini mendapat berkat.
Seandainya pertemuan kita membuat kau sesat,
Tegurlah aku, di ceruk mana yang aku salah melihat.
Simpanlah,
Simpan semua kenangan kita,
Kerana kita bukanlah tuhan,
Yang menentukan bila lagi kita berjodoh...
Semoga kau terus kuat,
Sepertimana kau selalu hadir dalam hidup aku,
Terima kasih untuk semua memori,
Yang akan sentiasa aku kenang.
.
Credit to: Semua insan yang aku kenali sepanjang menjalani kehidupan di KMPk....
Kadang mungkin kau jauh,
Namun kau tetap ambil kisah.
Kadang kau pun sibuk pagi petang,
Tapi kau tak pernah lupa tanya keadaan aku sekarang.
Kadang kau pun penat,
Tapi kau tak pernah mengelat.
Terima kasih buat yang menemani;
Disaat aku jatuh dan bersendiri,
Disaat aku gembira namun kau bersedih,
Disaat aku memerlukan namun kau sibuk,
Disaat aku sakit namun kau lagi menderita,
Terima kasih.
Maaf dari aku,
Andai ada luka dek salah lakuku.
Andai ada tangisan disebalik gurauanku.
Andai ada yang terguris dek teguranku.
Seandainya perkenalan kita membuat kau terus kuat,
Alhamdulillah, semoga hubungan ini mendapat berkat.
Seandainya pertemuan kita membuat kau sesat,
Tegurlah aku, di ceruk mana yang aku salah melihat.
Simpanlah,
Simpan semua kenangan kita,
Kerana kita bukanlah tuhan,
Yang menentukan bila lagi kita berjodoh...
Semoga kau terus kuat,
Sepertimana kau selalu hadir dalam hidup aku,
Terima kasih untuk semua memori,
Yang akan sentiasa aku kenang.
.
Credit to: Semua insan yang aku kenali sepanjang menjalani kehidupan di KMPk....
Alhamdulillah, ketika ia
ditulis, aku baru sahaja menamatka pengajian aku di KMPk, Kolej Matrikulasi
Perak yang aku saying, kerana telah menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia
yang sedikit sebanyak telah membantu aku disepanjang perjalanan aku di
matrikulasi dan berjasa dalam kehidupan aku.
Jadi puisi ini menunjukkan
apresiasi aku kepada mereka yang menjaga aku ketika aku patah jari, ajar aku
itu-ini, ajak aku ke masjid, kenalkan kepada aku kehidupan yang lebih baik,
Alhamdulillah. Puisi ini juga ditulis untuk aku memohon kemaafan daripada
mereka di sepanjang perkenalan selama satu tahun di matrikulasi.
Jadi, hari ini aku mahu
bercerita mengenai kemaafan. Apakah yang penting sangat sampai kita nak kena
minta maaf?
Bagi aku, kemaafan ini penting,
kerana ia akan menentukan keredhaan dan keberkatan dalam setiap sesuatu yang
kita lakukan. Dari aspek keredhaan, sekiranya kita tidak mendapaan keampunan
ataupun kemafaan, terutamanya daripada ibu, bapa dan guru kita, tentunya segala
ilmu dan kehidupan kita tidak akan diberkati, seterusnya hilanglah keredhaan
dan keberkatan.
Kita juga perlu memohon maaf
dengan orang di sekeliling kita, kerana mungkin akaa ada suatu ketika kita
tidak sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan, ataupun bertindak zalim
keatas mereka. Ketahuilah, bahawa doa mereka yang dianiaya dan dizalimi adalah
sangat makbul.
Oleh itu, adalah penting untuk kita sentiasa memohon maaf
dengan orang sekeliling kita, kerana orang di sekeliling kita adalah orang yang
telah banyak membantu kita dalam kehidupan seharian kita.
Akhir sekali, aku berharap bahawa mereka akan
tetap biarkan kenangan kami hidup, walaupun kemungkinan untuk berjumpa lagi
adalah sanga rendah dan sukar. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan,
amen. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment