Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu
Tolonglah.
Tolong, jangan lari dari landasan ilmu,
Bilamana kita siapkan tugasan hanya untuk carrymark,
Bilamana kita datang kuliah hanya untuk tanda kehadiran,
Bilamana kita belajar hanya untuk peperiksaan.
Tolong, jangan lari dari fungsi pemikiran,
Tak semua benda boleh diselesaikan oleh Mr. Google,
Tak semua benda boleh diambil bulat-bulat,
Faham dahulu sebelum buat,
Gunakan akal kita janganlah liat.
Tolong, lihatlah dengan hati.
Biar kita buat dengan erti.
Bukan hanya memahami,
Tapi cuba untuk mengubah nasib diri.
Tolonglah, faham dulu baru buat,
Jangan ambil bulat-bulat,
Kerana kita ada akal untuk melihat,
Ada hati untuk mengerti,
Biar ilmu itu bukan hanya difahami,
Tetapi ia diaplikasi.
Tolonglah.
Tolong, jangan lari dari landasan ilmu,
Bilamana kita siapkan tugasan hanya untuk carrymark,
Bilamana kita datang kuliah hanya untuk tanda kehadiran,
Bilamana kita belajar hanya untuk peperiksaan.
Tolong, jangan lari dari fungsi pemikiran,
Tak semua benda boleh diselesaikan oleh Mr. Google,
Tak semua benda boleh diambil bulat-bulat,
Faham dahulu sebelum buat,
Gunakan akal kita janganlah liat.
Tolong, lihatlah dengan hati.
Biar kita buat dengan erti.
Bukan hanya memahami,
Tapi cuba untuk mengubah nasib diri.
Tolonglah, faham dulu baru buat,
Jangan ambil bulat-bulat,
Kerana kita ada akal untuk melihat,
Ada hati untuk mengerti,
Biar ilmu itu bukan hanya difahami,
Tetapi ia diaplikasi.
Jadi, puisi ini sebenarnya aku
nak gambarkan konsep belajar yang sebenar. Seperti yang aku kata sebelum ini,
kita perlu jadi manusia yang tebaik dengan melakukan setiap perkara itu dengan
baik. Begitu jugalah konsepnya dengan belajar.
Apa yang au lihat hari ini,
kebanyakan daripada mahasiswa semakin acuh tak acuh dalam belajar. Kebanyakan
dari kita juga hanya sekadar menghafal. Apa buktinya? Buktinya adalah apabila
kita tidak benar-benar faham, kita tidak mampu untuk mengingati setelah kita
tinggalkan. Aku pun tidaklah menjangkakan bahawa kita mampu untuk meningati
setiap bait yang telah kita hafal, namun yang lebih penting itu adalah sejauh
mana kita mampu memahami sesatu yang kita hafal itu.
Seterusnya, puisi ini juga
sebenarnya aku tekankan untuk kita amalkan apa yang kita belajar daoam
kehidupan seharian. Terlalu banyak ibrah atau pengajaran yang kita peroleh
apabila kita mampu untuk memahami sesuatu itu dengan baik, seterusnya kita
mengaitkan perkara yang telah kita pelajari itu dengan kehidupan kita dan
ajarkannya kepada semua.
Bagi aku, medium penulisan
seperti puisi dan blog sebegini sebenarnya amatlah membantu bagi kita berkongsi
apa jua ilmu yang kita ada. Aku faham, generasi millennia hari ini punyai
masalah dalam membaca teks-teks panjang. Tidak dinafikan, aku juga begitu.
Namun bagi aku, tiada cara lain untuk kita tahu dan faham sekiranya kita tidak
membaca. Sungguhpun kita mampu untuk menggarab sesuatu itu dengan mendengar,
namun tanpa menulis dan membacanya semula, kita tidak mampu untuk kekal
mengingatinya sampai hari ini.
Maka secara kesimpulannya,
belajarlah dengan ikhlas, di mana ikhlas itu ialah apabila kita melakukan
sesuatu itu, kerana Dia. InshaAllah, segala amalan kita setelah itu diterima
lagi diberkati.
No comments:
Post a Comment