Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu
Kita
:”)
Pertemuan yang tak disangka,
Membawa ketenangan tak terhingga.
Walau kuat ujian yang datang menduga,
Kau tetap berusaha untuk selalu ada.
Kata-katamu indah bak lantunan peribadimu,
Terpesona setiap yang melihat santun dan pekertimu,
Ketenangan yang terpancar menteteramkan hati,
Menenangkan jiwa yang tak menentu.
Pertemuan kita tak panjang,
Namun yang singkat ini bermakna,
Kita mungkin tak rapat mana,
Tapi semahunya aku engkau tahu,
Betapa kau begitu berharga.
Mungkin kau lihat aku berdaya,
Tapi kuatnya aku bila kau ada bersama.
Pesanmu agar kita dapat bertemu semula,
Bersama-sama belajar "di sana"..
Dedicated to: UK
Bismillah.
Jadi hari ini, aku akan
ceritakan pula mengenai seorang sahabat aku yang tersangatlah memberi aku
inspirasi. Sahabat ini aku beri nama samarannya sebagai UK.
Aku kenal UK masa semester 2 di
matrikulasi. Aku dah lama kenal, Cuma tak bertegur UK sehinggalah dia menjadi
pengurus bagi satu pertandingan yang aku sertai. Dari di situlah aku mula
menegurnya. Alhamdulillah, tidak kusangka pertemuan hari itu masih berkekalan
sehingga hari ini, sampaikan keluarganya juga telah mengenali aku.
Seperkara yang aku suka, jenis
aku kalau bersahabat, biar aku kenal dia dan juga keluarganya, latar
belakangnya. Jadi, senang untuk aku memahami seseorang itu jika aku dapat
mengenali latar belakangnya.
Jadi puisi ditulis, sekali lagi
untuk hargai kehadiran UK yang sebenarnya telah memberi aku suatu pengajaran
yang penting, dimana aku gunakan sehingga hari ini.
Harapan aku agar UK terus ada
dengan aku dalam sedarkan aku lebih banyak perkara. Bak kata orang, kalau nak
kenal kita macam mana, lihatlah rakan-rakan kita, kerana mereka itulah yang
menjadi cerminan kita. Aku syukur, sebab bertemu UK yang latar belakangnya lain
daripada aku, tetapi masih mahu untuk berkawan dan bersahabat bersama.
Alhamdulillah.
Semoga ukhuwwah ini hingga ke
syurga, amen amen.
No comments:
Post a Comment