....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Sunday, September 16, 2012

Senior.

Assalamualaikum.

Hyep.
Hah.

Lebih kurang 2 bulan je tinggal untuk Farhan usha dan lihat wajah-wajah senior2 SERATAS yang Farhan sayang. Nak list out ke? Kang malu orang tu kang. Haha. Tengpk lah dulu. Tapi sekarang ni Farhan nak cerita pasal the second senior yang Farhan palinggggggg sayang kat SERATAS.

Nursyafiqah Nazirmuddin.
Hah, baru malam tadi ke malam semalam mimpi pasal dia. Nak saya cerita?
Hah, macam ni, malam tu agak pelik, tiba-tiba masuk je mimpi tu saya dah ada dekat laluan public phone kat blok G. Dan, kat situ macam ada satu teratak ni. Teratak tu sebelum ni xde pape un. Tapi malam tu tetiba ada sofa and ada orang tidur kat situ. Seram jugaklah. Pastu tetiba tergerak hati nak tgk siapakah gerangan yang tidur disitu. Rupa-rupanya, kak Syafiqah, atau lebih selesa dipanggil kak Pika <3 Masuk kali ni, dah kali kedua Farhan mimpi pasal kak Pika tengah tidur. Farhan pun tak tahu kenapa. Mimpi tadi tu stop sampai situ je bila Farhan tenung je muka Kak Pika. Ya, dia seorang yang sangat comel.

Comel? Memang dialah orangnya. Farhan suka tengok dia bila dia betulkan tudung sekolah dia. Time tu muka dia sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat comel. Bukan Farhan seorang je yang cakap macam tu, kawan-kawan Farhan pun. Haha. Sangat-sangat adore dia sebab dia seorang yang kuat dan PRS yang sentiasa senyum dan buat lawak. Haha.

Malam BBM baru-baru ni Kak Pika kata nak tengok First Love, nak pinjam laptop Farhan ni hah. Pastu Farhan pun orait je lah. Farhan sangat-sangat nak rapat ddengan dia. Yelah, sebelum ni pun kami selalu bertegur kat twitter je punnn. Huhu. So, saya decid nak join sekli dia tengok first love tu.

A part yang paling tak boleh lupa.

Kak Ida : Farhan, kau dah tengok ke belum cite nih?
Farhan : Dah.
Kak Ida : Kalau dah, kau pegilah jauh2. Shuh3.
Kak Pika : Ala kau ni Ida... Kali ni dia nak tengok dengan aku plak.
Kak Ida : Ouhhhh.
 Farhan *cakap dalam hati* : Eh, betullah tu. mana lah pulak kak pika tau nih? Hohohoho!

Ntah, sayang kak Pika sangat2.
Hah, at last, first love tu tak habis pun kak Pika tengok, dia dah tertidur dan saya pun mmg dah ngantuk and baterry lappy pun nak habis. So, saya decide nak TIDUR KAT DORM tu jugak, G2-3. Haha. Saje je. Kak Pika ada jugak terjaga sebelum sambung tidur kat simen dorm tuh. Time tu saya cakapkat dia, suruh tidur kat atas katil dia, dia tak nak. Hurm takpelah. So, bila dia dah tidur, saya macam x boleh nak tidur. At last saya pun tertidur bila really tgk dan tenung muka dia. Comel lahhhhh. Dia tidur sambil peluk teddy bear dia yang mmg sama comel macam dia :) Pastu ntah bila ntah, dia naik katil dia. Saya terjaga around pukul 4, tgk dia dah ada kat katil dia kesejukan. Sempat gak selimutkan dia dengan kain batik. Hihi. Kesian tgk dia sejuk macam tu, saya pun selimut kanlah. Tak taulah dia sedar ke tak. #Rahsia sebenarnya nih. Blog je yang boleh tahu. Haha. So, around pukul 5 macam tu, saya pun bangun dan terlihat Ayie dah bangun sambil buat kerja JEPUN dia tuh. And cakap kat dia, "Ayie! AKu balik dorm dulu erk~ " Okay! jawab dia. So, balik dorm and cabut cadar smeua, lepas tu ngantuk gila, tidur balik. Hoho. Kat G2-3 tidur atas simen, sambil kesejukan. Kat G3-3 pun sama jugak cuma speed kipas kami rendah siket daripada dorm bawah.

For me, it was a nice moment with kak Pika. Ntahlah, saya adore dia macam saya adore kak Nana jugak. Mereka hebat. Sayang mereka. Nanti kalau tahu  depan mereka dah keluar SERATAS, takkanlah nak usha form 4 ? #takut siket dengan form 4. Malas mau story. Hoho.

Being my best senior in SERATAS is great :) Tahniah lah, sebab saya hargai.

Harap, mereka pun hargai saya, walaupun saya ni siapa je lah dalam hidup mereka kan. Hurm.

One more thing, advices kak Pika time saya tengah down pun salah satu sebab saya adore dia. Hurm, thanks senior :) And kak Pika lah orang first sekali yang saya jumpa and sembang kat SERATAS (time interview)

So, saya list out senior yang saya sayang kat SERATAS erk. Maaflah kalau ada yang tak tersenarai.

Firstly ever : Syazana Arif / Kak Nana

Second : Nursyafiqah Nazirmuddin / Kak Pika

Third :  Nabiha Keflee / Kak Biha.
-Kak Biha seorang PKP yang cantik dan tinggi. Sangat suka tgk dia berbahas, dan senyuman dia oh menawan!! Haha. Suka bila tgk dia berjalan dengan kak Nana.
Hopefully saya dapat jadi PKP macam dia, insya-allah. Tak salahkan, untuk bercita-cita macam tu? Huhu. #Blog je yang tahu tentang hasrat nak jadi PKP nih. Shhh. 

Kak Farah Mawazir yang pandai dan smart :)

Alimin yang dikatakan *abang* sebab dia ajar saya macam-macam kat SERATAS.
-Bahas/ Dikir Barat. (Tu je lah pun)

Faruq. PRS lelaki yang first time sembang pasal debate and softball. And time tulah Alimin ajak saya masuk bahas sebab time tu Alimin pun ada jugak and dia tahu saya suka debate/ bahas nih

Adzam yang saya sangat adore dengan markah Sejarah dia. Dan sangat lawak bila tengok dia berbahas. Haha. 

Lagi2. sape?
5 Kejora 
 Kak Qayyah and kak Najwa - senior hockey.
Kak Dira - Penolong ketua rumah yang smart. Hoho.
Solehandro (nama samaran)  Our ketua rumah tahun nih.

5 Utarid.. Erm.. Kruk2 kat situ. (kelas kakak angkat)
Kakak angkat saya, yang dulu okay but sekarang macam errrr... Hurm, but anyway thanks lah jugak sebab jadi org first sambut saya kat SERATAS when saya nak daftar kan. Hurm, sebab tolong angkat barang saya yang tak lah banyak sangat.. Hurm. But sekarang.. #takpelah, malas nk story. 

Seniors 5 Zuhrah biasa-biasa je...

5 Suria (Kelas Faruq)
Kak Sharifah / Kak Ipah yang selalu cakap saya ni phycho sebab selalu stalk kak Nana. Haha. Kakak dorm yang saya suka kacau :D

Kak Hana Maryam yang sangat pandai berbahasa Inggeris. Helangian yang COMEL jugak. Hhihi. 

  5 Musytari (Kelas kak Nana, kak Pika, Kak Biha)
Selain 3 orang yang telah disebutkan dalam kurungan tu, kak Azizah yang lembut dan comel pun kadang2 saya usha jugak. haha. Penolong ketua BADAR tu :)
Kak Lia, kak Qila, kak Ida, kak Wei Ling, kak Syamimi, kak Mimi Asmida, kak Dila...

5 Waruna (Kelas Alimin) 
Erm, biasa2 je dengan seniors puteri dalam kelas tu, Kak fit, kak nad, kak diyana, kak izati, kak sharikin and lain2.

So, the first three name listed tu lah yang paling saya sayang. Yang lepas2 tu biasa2 je. Huhu.
Seriously, akan merindui batch 27.
Terima kasihlah sebab banyak sumbang memori tahun ni :) 

Seniors form 3 pun not bad.
-Kak Nisa
-Kak Nizah
-Kak Ain
-Kak Yan
-Kak Aida ...

dan ramai lagilah.




Hehe, saya seorang yang suka kenal orang, dan tunnjuk je saya pelajar puteri mana yang anda mahu tahu nama mereka? Saya boleh tunjukkan. Hehe. Tapi kalau form 4 baru tuh x delah kenal sangat. Biasa2 je. Huhu.


Jadi, Kak Pika, good luck erk. Kuatkan diri tau! Thanks for everything. Maaflah, takde 3 batang lolipop untuk akak. Haha.

Kbai.
Chao dulu.

Sekian,
Jazakallah,
Wassalam. 

Saturday, September 15, 2012

9 September 2012

In the name of Allah, the most gracious and the most merciful.

Assalamualaikum.
Okay, staright to the point, malas nak intro panjang2 sebab x sabar nak share story on the stated date.

___________________

9 September 2012.
Menjadi satu hari yang penuh dengan moral bagiku.

Pagi itu seawal 5.30 pagi aku bangun lantas mandi dalam kesejukan air di kaki bukit Taiping, bumi SERATAS tercinta itu. Selesai mandi, kedengaran announcement pagi mengejutkan kami semua pelajar puteri bagi roll call pada pagi Ahad itu sebelum bergerak ke surau. Pada hari ini Program Jelajah Sihat yang diadakan di Taman Tasik. Seperti yang telah dirancang, kami semua pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4 terlibat dalam aktiviti 10 000 langkah iaitu salah satu program Jelajah Sihat.

Segera bersiap dengan berpakaian PE sekolah, seluar track berserta tudung hitam dengan berbekalkan duit RM8 langkah keluar daripada dorm G3-3 itu lantas mencapai kasut Adidas Ungu dan menyarungkan stokin hitam dan kemudiannya kasut tersebut dan bergerak ke tengah kawasan asrama. Jam besi di tangan kanan aku menunjukkan tepat 6.05 pagi. Semua elajar puteri bergerak ke tengah kawasan asrama dan kemuadiannya ke surau untuk Solat Subuh berjemaah. Selesai menunaikan kewajipan tersebut, pelajar yang terlibat segera bergerak ke Dewan Makan dan berkumpul di gelanggang bola keranjang lelaki, di hadapan surau. Sedikit taklimat daripada ayah angkat saya kat SERATAS, Sir Rahim :P. Kami pun bergerak ke Dataran Keramaian di Taman Tasik.

Setibanya kami disana, kelihatan ramai orang yang datang untuk bersama-sama menyertai aktiviti 10 000 langkah tersebut. Lebih kurang jam 8.15 kami dilepaskan untuk menyempurnakan propgram tersebut. Kenikmatan alam dinikmati, keindahan alam direnungi agar diri benar-benar mengenal penciptanya. Dan perjalanan 6.8 km itu ditemani dengan rakan yang sporting dan slumber, Atiqah Lutfi. Setelah sampai, kami pergi ke setiap booth dan belajar serta berseronok. Turut tidak ketinggalan, kami kutip juga sedikit cenderamata yang ada di setiap booth. Lebih kurang jam 12.30, aku dan Atiqah telah memasuki perkarangan SERATAS dan berehat seketika di bilik studi dan kemudian bergerak ke Dewan Makan.

Kemudian balik dorm, mandi dan basuh pakaian yang dipakai tadi dan jam menunjukkan 1.30 tengah hari. Seraya bersiap-siap dan mengambil wudhu' untuk solat Zuhur dan bergerak ke surau. Agak lambat kehadiranku di surau, namun apa yang terdaya aku hanya mampu solat bersendirian. Hasratku yang sebenarnya selepas solat itu aku mahu pergi ke kelas dan membuat homework. Tetapi apabila aku selesai menunaikan solat zuhur, terlihat wajah tenang kak Uyun, kakak halaqah ku menaiki tangga surau untuk berada di tepat solat puteri. Lalu, baru aku teringat akan rutinku pada hari Ahad petang ialah Halaqah.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana kelewatan aku ke surau sebenarnya untuk aku bertemu dan teringat akan halaqah. Aku segera menyangkut telekung dan menyarungkan tudung bawal hitam dan pergi ke bulatan halaqah. Baru seketika ditarbiyyah, aku tersentak apabila aku diminta untuk membaca ayat al-quran. Ya, aku memang sentiasa menjadi tumpuan kak Uyun. Entah mengapa aku juga tidak tahu. Selesai membaca satu muka surat dari surah An-Nahl, aku terkejut melihat kehadiran dua orang senior yang paling disayangi dan di hargai, kak Syafiqah Nazirmuddin dan kak Syazana Arif. Selalunya kehadiran kak Pika yang membuatku tersenyum tetapi kehadirannya pada hari itu adalah bersama orang yang tenang hatiku melihat wajahnya...

Ya, hari itu penuh dengan sesuatu yang tak dapat kuungkapkan. Kegembiraan, kejutan Allah yang dia berikan dengan kehadiran kak Nana yang membuatkan aku sangat-sangat gembira... Kehadiran pertama beliau ke dalam bulatan halaqah membuat aku tahu cita-citanya adalah untuk menjadi seorang pharmacist kalau tak silap. Tteapi cita-citanya berkaitan dengan medic. Cita-cita kak Pika pula ialah untuk menjadi seorang dentist. Doaku agar impian itu dapat menjadi kenyataan. Jam menunjukkan 3.55 petang bermakna aku harus bergerak ke kelas untuk menghadiri kelas komputer, jam 4.00 petang. Aku terpaksa keluar dari bulatan halaqah dan melihat wajah kak Aimi yang selalu mentarbiyyah aku dan wajah kak Uyun yang sangat terang hatinya, tidak dilupai, kak Fatin, lalu salam serta mencium pipi mereka dan berlalu pergi.

Sempat seketika untuk aku melihat wajah tenang kak Nana dan wajah comel kak Pika sebelum aku berlalu pergi. Tatkala aku menuruni anak-anak tangga di surau, air mata ku hampir gugur di surau yang sering menjadi tempat untuk aku tenangkan fikiranku itu. Aku terfikir akan nikmat Allah dan kejutan-kejutannya. Sungguh, Allah tidak mahu aku terlepas daripada bulatan halaqah itu. Sehinggakan dia melewatkan kehadiranku di surau dan menambahkan kekhusyukkanku ketika solat. Terima kasih ya Allah. Tidak cukup dengan itu, dia tambahkan lagi kemanisan hari itu dengan kehadiran 2 orang yang paling aku sayangi di SERATAS. Ya Allah, baru kini aku tahu betapa kau sayangkan aku dan betapa engkau mahu aku tidak terlepas daripada bulatan halaqah itu. Terima kasih Ya Allah.... Alhamdulillah.

Perjalananku ke kelas 1 Suria yang terletak di ground floor iaitu satu aras dengan 6 kelas tingkatan 5 membuatku sekali terfikir akan kemanisan cinta Allah itu. Ya, aku bersyukur kerana dapat menjadi seorang hamba yang mendambakan cinta Allah. Walaupun aku tidaklah begitu sempurna imannya, tetapi doaku tidak putus kepada Allah meminta untuk kuatkan diriu untuk beristiqomah kepadanya yang satu. Begitu indah cinta Allah. Begitu manis kejutannya. Siapa yang mampu untuk menarikku ke bulatan halaqah itu setelah seharian kepenatan dengan aktiviti 10 000 langkah itu dengan homework yang tidak disiapkan dan hinggakan aku terlupa bahawa petang itu adanya halaqah. Begitu Allah sayangkan aku sampaikan tidak mahu aku terlepas untuk ditarbiyyah.... Terima kasih Ya Allah....

Jadi, moral of the story is,
Allah berikan kita kesusahan pada awalnya untuk melihat kita tersenyum di pengakhiran sesebuah cerita.

Yes, Allah has proved it many times untuk teguhkan lagi keyakinan aku kepadanya. Iman aku sedikit sebanyak telah berubah daripada zaman jahilliah ku kepada suatu kehidupan yang lebih jelas matlamatnya, lebih indah laluannya, lebih manis dugaannya... Terima kasih Ya Allah :)

Jadi, a long story dan terima kasih kepada pembaca yang setia membaca pengalamanku pada hari itu.
Sekian,
Jazakalah,
Wassalam :)