....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Saturday, August 25, 2012

Why are you so great?

In the name of Allah, the most Gracious and the most merciful.

Assalamualaikum.

Today's entry I wanna talk about him.
Yes.

__________________________________

Why are you so great my dearest Mr. Funny?
You can make me smile in every of your message.
You can make me smile when I am sad, although you don't know my real condition.
You are so great :)
You can make me laugh, you can make smile.
You can give back what I does not feel.
You can do anything that can make me feel nice in every of my seconds, minutes, hours, days, weeks and so on.
Thanks awak :)

I hope one day what I always dream will came true.
Insya-allah.
We just plan our best and Allah will decide the best, for us.

However my Mr. Funny, thanks for making my life bright, thanks for cheering up my day and thanks for everything you have done, is doing and will do.

If my fate is really-really for you, Insya-allah, one day we will meet.

I believe in what Allah have said in Al-Quran,
A bad man is for a bad woman and a pious man is for a pious woman.

So, easy to say, what we do at last we can back the same as what we have done.
Right?

So, do not search for a good man when you think you are not a good woman.

Right?


" Although we are far apart, but we always meet in our doa :) Insya-allah. "
 - A simple message for my future h*s**nd, insya-allah. " -

So, thank you very much Mr Funny, I hope one day I will write here about US. Insya-allah....

   Hehe. My blog is my world. So, apa-apa yang saya nak tulis pun ikut suka hati saya lah kan?
Hehe.

BTW Mr Funny, awak dapat gelaran barulah! = Mr. Titanic. Haha. Tak tau kenapa. Saya nak panggil awak dua2 tau!

= Semoga orang yang aku cintai ini sentiasa melabuhkan cintanya kepada mu, Pencipta Cinta... Insya-allah.... = 

Jadi, chao dulu!
Sekian,
Jazakallah,
Wassalam. 

Thursday, August 23, 2012

Berkerut dahi.

Assalamualaikum.

Argh.
Apsal dengan aku nih! Tak semena-mena nak benci orang yang aku sayang nih. Ya Allah, buangkanlah rasa itu... Aku tahu, kau tengah uji aku sekarang. Tapi, kenapa hebat sangat ujian engkau ini Ya Khaliq? Kuatkanlah hatiku wahai pencipta cinta. 

Takpe Farhan. Just relax. Pegang teguh pada pepatah tu :

" Allah berikan kesusahan untuk kita agar kita dapat tersenyum di pengakhirannya. "

Tapi, hubungan ini dah cukup bahagia sebelum ini. Dan sekarang inilah masa goyahnya perhubungan in. Ya Allah. Kuatkanlah hatiku.

Ketika inilah rasa sayang itu sedang membuktikan bahawa aku sayang atau tidak pada dia. Kalau aku kalah, means, memang aku tak betul-betul dan ikhlas lah sayang dia.

Argh!

#menghela nafas.


Ya Allah, bantulah aku.

Sekian,
Wassalam. 

Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum :)

Jadi, malas untuk berkata-kata..
Just lihat gambar-gambar ni...


Photographer Kleluarga Haji Sidek & Hajah Siti Normah :)



Daus <3





Hometown, Tanjung Karang, Selangor





 Farhan . Daus


There's a long line to go.


Siti Nurain :)
My beloved cousin.
9A's in SPM 2011


:: Angry birds pun nak beraya! ::


 This is my bigggggg family!
There were only few families, belum cukup lagi SEMUA family kami :)
If there were, I'm sure few big blasts will come out :P


Mom cooks is the best ever cooking in my life.


My family.


I'm not a perfect person, but let me to be a good muslimah and mukminah :)




It's me. Nur Farhan Hasbullah


A simple note to a simple friend, Syaza Amanina Badrul Hisham.


Hah! Btw, 20 August 2012 bersama 2 Syawal ni birthday mama saya <3
Jadi, saya sertakan gambar jelah sebagai hadiah bagi birthday  beliau tahun ini :) 




Jadi, insya-allah if there's anything to be told about, I will.

Chao dulu! Dah pagi buta dah ni.

Sekian,
Jazakallah,
Wassalam :) 

Monday, August 20, 2012

Pepatah tu

Assalamualaikum!

As most of the muslims right now non-stop updating about their Eid, but me nope. Maybe is the coming entry, Insya-allah.

Okay. Tajuk kali ni ialah: Pepatah tu.

What pepatah?

This : Don't judge a book by its cover.

Erm, before raya haritu 1 Suria had a class with Cikgu Noh (KH). I didn't know macam mana kitorang boleh melalut ntah sampai timbul pepatah nih.

Cikgu ada cakap yang sekarang ni, pepatah tu dah semakin salah. Sebab, sekarang ni by their physical, we can know about someone tu kan? Yes, I'm agree with this thing. But not totally. Memang zaman sekarang ni kalau kita tengok dari fizikal pun kita macam dah boleh tahu je kan perangai seseorang tu macam mana? Tapi still, we don't know their real behaviour. Kan? But I'll give 89% sekarang ni depends on their physical kita dah boleh tahu. And selebihnya ialah peratusan yang saya sokong bagi pepatah ni. So sorry if this entry agak tunggang langgang. Sebab battery laptop nak dekat habis!

And socket to plug in the charger dah penuh! Huhu. Yelah, currently at Klang, rumah mak cik.. There's 'bout 3 famillies gathering here and masing-masing bukak gadget masing-masing, including me! Hehe. So, nanti apa-apa insya-allah saya edit balik entri ni okay?

Chao dulu! Nanti saya updatelah kot pasal eraya Insya-allah... Homework tu tengah menunggu! Huhu.

Sekian,
Jzakallah,
Wassalam! 

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri :)

Assalamualaikum :)

Hai! Lama tinta sudah tidak berbicara bukan? Bukannya sengaja tetapi masa yang tidak mengizinkan kot. Haha

Jadi, banyak perubahan yang berlaku pada diri saya tahun ni. Tahun ni tahun pertama berpuasa di SERATAS, and it was awesome lah jugak... Not bad, ada best ada tak best. But mostly bestlah. Ramadhan kali ini ada kelainannya sebab terasa agak jauh dengan geng AWSA, tapi semakin rapat dnegan batch 31 maybe. Hurm... Apa-apapun still merindui geng AWSA.

Jadi, dikesempatan ini saya nak minta maaf kepada semua pembaca yang sedang membaca entri ini, andai ada tersalah tutur bicara, terbuat perkara yang tak elok.. Harap dimaafkan. Saya bukanlah seorang yang sempurna yang mengiinginkan kesempurnaan, tetapi cukup sekadar apa yang perlu :) Saya tahu saya banyak buat salah kat anda. Tetapi siapalah saya. Saya juga manusia biasa yang melakukan kesalah seperti orang lain. Jadi, kat sini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah membuat saya tersenyum selama ini. Terima kasih.

Jadi, kepada senior SERATAS yang paling saya sayangi, terima kasih kerana menghargai kertas tu erk, saya harap akak simpan kertas tu elok-elok. Tapi saya memang tak sangka kertas tu akak terima. Terima kasih banyak-banyak kerana membuat saya tersenyum. Saya juga nak minta maaf banyak-banyak sebab dah buat banyak salah kat akak. Sebab dah tulis pasal akak kat blog ni... Sorry tau :( Semoga raya akak diisi dengan penuh keriangan. Doa saya sentiasa mengiringi akak untuk capai kejayaan akak... Amiin <3 Akaklah senior SERATAS yang terbaik buat saya. Hopefully akak bacalah erk :)

So, raya tahun ni pulak rasanya adalah sedikit sebanyak kelainannya. Tapi tahun ni raya saya rasa macam xde feel je. Tak tau kenapa. Hurm, tulah entri ni pun macam x tau nak tulis apa kan? Harap-harap raya tahun ni takdelah bosan :(

 
Sekeping gambar sebagai santapan semua.
Nanti insya-allah kalau ada gambar raya, saya upload.
Hurm, tapi still x best sebab takde camera DSLR.


So, chao dulu.
Sekian,
Jazakallah,
Wassalam :) 

Monday, August 6, 2012

First time

Assalamualaikum.
Hye!

Hari ini, saya nak tulis pasal seorang senior SERATAS.
#Mintak izin dulu.

Okay, haritu dok cerita pasal Kak Nana.
Tapi, hari ni nak cerita pasal Kak Pika :)

Apa kene-mengena kak Pika dengan title entry ni?

Hah.....
Ni yang nak cerita nih.

________________________________

Ingat tak, saya dulu ada interview kat SERATAS sehari sebelum keluar result tu?
Haaaa...
Time tulah saya first time masuk SERATAS...
And, orang yang sambut saya ketika itu ialah:
Kak Nursyafiqah Nazirmuddin

Macam mana saya tahu?

Yelah, waktu hari interview tu memanglah tak kenal.
Tetapi bila dah masuk sekolah ni, bila fikir-fikirkan balik.. Baru rasa macam kak Pika.
Sebab, yang handle interview tu PRS F4, and kakak yang sambut saya tu PPIM :)
Saya rasa, PRS F5 sekarang ni yang PPIM, kak Pika jelah. Yeheee....

Lagipun, suara PRS tu still terngiang-ngiang lagi kat telinga.
Teringat lagi something yang dia cakap, time tu tengah berjalan nak pergi ke bilik seminar dekat blok baru (kami berdua je, sebab parents saya tunggu kat bawah, malas nak naik) ;
" Kalau dekat sini, kalau duduk kat blok baru, ada pantry, senang sikit kalau nak letak barang. Lepastu kalau macam tahun ni, satu batch satu floor and batch yang ada exam-exam penting, akan duduk dekat blok lama..... "

Sembang-sembang, tiba-tiba saya terdetik nak tanya something...
" Duduk kat sini susah tak? " #tengah cuak.
Kak Pika jawab: Ala, takde apelah duduk sini, best je. Lagibest daripada sekolah biasa, sebab kat sini kita duduk dengan kawan-kawan.."
Farhan; "Akak f4 lama ke? "
Kak Pika: "A'ah. "
Farhan; " Wow, lamanya.... Tak penat ke? "
Kak Pika; " Haha, ala dah biasa dah lah " (sambil tersenyum) 

And then, perbualan kami terhenti disitu, sebab ketika itu kami sudah pun berada di hadapan pintu bilik seminar.


Yeah, sangat happy teringatkan perkara itu... Dengan suara kak Pika-nye...
Best!

Hurm, sekarang ni, asal lalu nak pergi bilik Jepun/ Cina je mesti Farhan akan nampak tempat yang kami lalu tu.
Memang sweet memory lah time tu.
Haha.

Jadi, disini.. Saya boleh lah cakap, orang pertama yangsambut saya waktu masuk SERATAS ni ialah, PRS F4.
Terutamanya kak Pika, Alimin, Asyraaf, Akram, Faruq...
Hurm, ntah lah. Muka 5 orang ni jelah yang betul-betul saya boleh ingat.
Yes :)

Apa-apapun,
Sedikit pesanan buat kak Pika ;
Goodluck for your exam! 
Thanks for all the advices... 
 Saya tau, akak kuat kan? So, sabar je erk hadapi uian Allah :)
Suatu hari nanti, saya pasti yang saya akan rindu batch 27 sangat2.
Terutamanya kak Nana, akak, kak Biha.
Thanks again.
Nanti bila dah keluar SERATAS, sekali-sekala tu datang lah jugak jenguk2 kami :)
 Sayang kak Pika :D
Kak Pika COMELLLLLL :D
#jgn marah tau dengan entri ni, Sorry awal2. 

Hehe;


Itulah dia insan yang first time sambut saya tuuu ;
Nursyafiqah Nazirmuddin.

Thanks a lot, saya doakan akak berjaya dalam hidup:)
Amiin :D


Itu jelah kot setakat ini,
Sekian,
Jazakallah,
Wassalam
#Jom balik SERATAS! 

Tentang cinta

Assalamualaikum :)

So, good morning :)
Semalam kan Farhan pergi Jusco, ada MPH.
So, I decide to search for Tautan Hati- Fatimah Syarha...

Sedang mencari-cari tuu... I found a book :
TENTANG CINTA- Pahrol Mohammad Juoi

Then, bacalah. Memang best !
 It's a book about love. And it suits teenagers.
Its me lah :) 
How to build a love with Allah.
It is a good book, serious.

Hurm.

And I found this :

"Tidak perlu bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak perlu berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. "

Just hayati ayat tu keyh :) And serious, thats what I did. Alhamdulillah, if he does the same thing.

Okay, ned to go. Mama dah bising suruh off..,
Sekian,
Jazakallah,
Wassalam :)  


Sunday, August 5, 2012

Bermonolog

Assalamualaikum :)

Hyep! Farhan baru balik daripada Ipoh.
Pergi shopping raya sikit, untuk keperluan asrama sikit.
Itupun sempat pergi 1 tempat sahaja, itupun 4 jam :P

Okay, that's not the real point lah.
The thing is....

Tadi, masa on the way nak pergi Ipoh...
Diri sendiri ni tak mauh tidur dalam kereta, lalu....
BERMONOLOG.

Hehe, pasal apa?
Pasal apa lagi kalau bukan mengenai perkara yang sedang subur di hati ini :)


Tengok gambar je lah, tak perlu nyatakan :)

Jadi, Farhan bermonolog sendiri lah mengenai gambar di atas....

Ntahlah, tiba-tiba dalam kereta itu TER-fikir pasal future lah pulak.
Hehe, fikir asal tuttt...
Adalah... Biarlah ianya benar-benar menjadi kenyataan, nanti baru boleh share kat sini suatu hari nanti....

Tetapi monolog itu hanyalah sekadar impian harapan Farhan dan DIA.
Siapa dia? Biarlah itu juga menjadi rahsia Farhan, dan mungkin sesiapa yang dapat mengagaknya. Namun, DIA yang sebenarnya lebih diketahui oleh Allah SWT.
 Pembaca sekalian doakanlah agar impian dan harapan Farhan itu menjadi suatu kenyataan. Semoga impian dan harapan yang berlandaskan Allah ini menjadi kenyataan...

Ala, biasalah tu.. Farhan kan memang suka berangan? Tapi Farhan rasa, kalaulah impian itu menjadi satu kenyataan... Ya Allah.... Alhamdulillah.... Farhan sangat-sangat bersyukur.

#sekarang pun dah berangan kalau situasi itu menjadi satu kenyataan.

Indahnya jikalau kita dapat cinta yang suci daripada seorang adam  setelah kita cintai Allah SWT, iaitu pencipta cinta?

Indahnya apabila kita dapat merasai kenikmatan cinta itu?
 Tetapi, ini semua dapat kita rasai dan nikmati setelah kita mencintai Allah.

Sebelum kita dapat cinta manusia pun kita akan dapat Allah.
Tapi itupun kalau kita cinta Allah lah :)
 Cinta Allah itukan sweet?
Tak percaya?

-----------------------------------------

Ini kisah saya.
Dulu, saya tidaklah selalu sangat jumpa Allah, tidaklah rapat sangat dengan Allah.
Tetapi hidup saya happy je. Tetapi, hidup saya macam tiada warna. Hidup saya macam tiada corak yang lain.
Tetapi sekarang, hidup saya selalu ada masalah :) Dan, masalah itu yang telah akrabkan hubungan saya dengan Allah. Sekarang hidup saya ada corak, lepas tu kain kehidupan saya pun dah berwarna-warni. Tak macam dulu. Sekarang ini saya suka akan dugaan, sebab saya tahu, itu adalah salah satu cara saya untuk rapat dengan Allah. Saya rasa lebih tenang dan lebih gembira berbanding dulu apabila saya rapat dengan Allah... Apatah lagi apabila Allah, hadirkan dalam hidup saya senior yang sudi nak share masalah dengan saya... Yang happy dengan saya... Dan, mereka sanggup membantu saya dalam waktu susah saya and non-stop support saya, terutamanya kakak saya yang tersayang, Nurnaina Abdul Rahman. Terima kasih banyak-banyak. Apa yang saya mahu tekankan disini ialah, Allah itu sweet.
Sweetness Allah tu sentiasa saya rasa bila saya rapat dnegan dia, dia bantu saya waktu saya susah, dia buat saya tersenyum waktu sayang sedih, dia permdahkan urusan saya... Saya hanya mampu berkata, tetapi rasanya hanya diri sendiri yang tahu. Jadi, kalau para pembaca ingin merasakan kesweetness Allah itu, anda perlulah buat, and anda sendiri akan rasa sweet itu. Cubalah... Tak rugi, malah lebih untung. Kalau anda rasa sekarang anda sudah gembira, tetapi anda tudak rasakah, Allah boleh ambil rasa itu pada bila-bila masa sahaja? Takkan ketika itu baru kita nak jumpa Allah, minta pertolongan pada dia? Tak rasa kita ni hipokrit ke? Jumpa dia bila perlu, lupa dia bila tidak diperlukan? Tetapi, kalau anda pernah buat begitu, tidak mengapa... Allah tak pernah sombong dengan kita. Kita je yang sombong dengan dia... Jumpa balik dia, minta maaf dengan dia... Rapatkan lagi diri dnegan dia... Insya-allah :)

Allah sangat sweet. Saya tak tipu :P
Kalau anda tidak merasakan nya....
Memanglah, sebab hanya yang buat yang merasa. Yang tak buat, macam mana nak rasa.


=======================================

Apa-apapun, sekarang ni Farhan kena belajar bersungguh-sungguh untuk berjuang menegakkan agama, bangsa, negara... Dan yang paling penting, untuk keluarga dan diri Farhan sendiri, Insya-Allah....

Dan semoga, DIA yang Farhan sering imginkan untuk menjadi milik Farhan, akan jadi milik Farhan juga suatu hari nanti, Insya-allah....

Allah yang lebih mengetahui mengenai perkara ini.
Percaya pada takdirna, insya-allah...

Jadi, dah waktu berbuka ni!
Chao dulu and selamat berbuka, Insya-Allah....

Sekian,
Jaakallah,
Wassalam...


#Kuharapkanagarimpianitumenjadikenyataan....Amiiin :)


Andai lelaki itu dia.. Haha :)
Dan, perempuan itu.... Hurmmm :P 

Solat Jemaah

Assalmualaikum :)

Kali ini Farhan hanya hendak berkongsi mengenai kisah solat jemaah...

Begini ceritanya...

Seperti biasa, hari Jumaat minggu BBM, Farhan akan solat zuhur di surau.. Jadi sementara menunggu masuknya waktu, Farhan tidurlah seketika di surau... Dan kemudian lebih kurnag 1.40 tu kawan Farhan kejut Farhan and Farhan pun siap-siaplah pergi surau.. Sementara tengah siap2 tu, adalah announcement pergi ke surau untuk solat jemaah.

Okay fine, okay lagi time tu.

And then, bila sampai surau pula, tengok seorang budak lelaki pun tiada untuk solat jemaah, ada tu ada... Tapi ada yang tidur, ada yang bukak laptop tengok movie...
So, Farhan tengok macam takde solat jemaah je... Jadi Farhan ambil keputusan untuk buat solat jemaah sendiri...
Ketika itu kami bertiga, Farhan, Aishah dengan Afifah. Jadi Farhan ajak diorang jemaah, diorang pun orait je... Jadi, imam sukarela, Farhan lah siapa lagi... Okaylah, tidak mengapalah.. Kami solat jemaah...

Tup3...

Jeng!
Jong!
Jinggggg!

Kak Azizah bersama Kak Farina turut masuk saff ketika kami berada di rakaa'at kedua, tahiyyat awal...

Masa itu, dadaku.... Berfengup kencang... Kak Azizah, ketua BADAR perempuan, Kak Farina, orang kuat BADAR, masuk sekali saff kami... Bukan itu sahaja, lepas itu kak 'Aqilah bersama kak Farizan, juga masuk... Masa itu, masha-allah...

Farhan seolah-olah tidak percaya, Farhan imam bagi kaka-kakak senior.
Tidak sangka sangat yang diorang boleh ikut jemaah kami...
Alhamdulillah...

Sebenarnya itulah yang Farhan harapkan selama ini... Farhan teringin sangat nak jadi imam bagi ramai lagi pelajar puteri SERATAS. Insya-allah :) 

Nothing impossible to be possible and nothing is possible to be impossible :)

Insya-allah, kalau rezeki ada... Lagipun Farhan memang suka solat berjemaah, kalau tertinggal imam dan tak sempat nak masbuk, selalunya Farhan akan buat jemaah dengan kawan. But it also depends on time lah juga, kalau subuh tu, memang tidak lah kata nak jemaah kalau dah terlepas imam. Kalau zuhur ke, asar ke... Selalulah... Huhu...

Apa-apa pun Farhan still terkejut dan terharu sebab kak Azizah kak Farina dan kakak2 senior form 5 ikut sekali jemaah kami.

Alhamdulillah... Insyallah, harap suatu hari nanti Farhan dapat jadi imam untuk ramai lagi pelajar puteri SERATAS :)

Sekian,
Hanya itu yang sekadar mahu dikongsi, jumpa di lain entri,
Jazakallah...
Wassalam. 

Saturday, August 4, 2012

Perlu ke nak jelous?

Assalamualaikum,
Selamat pagi :)

Hari ini Frhan nak cerita sedikit pasal si Sang Pencinta.

Firstly, Farhan bersyukur gila sebab tak terperangkap dalam kata-kata manis dia...

Baru-baru ini Farhan dapat tahu beberapa gossip yang semakin hangat dan popular antara kami dalam batch.
Gossip dia berjalan seiring dengan orang yang suka dia tu, gossip yang dia berikan makanan untuk berbuka kepada orang yang suka dia tu...
Saya tahu yang budak perempuan ni suka dia. Yang saya tak tahu sekarang ini ialah, dia suka atau tidak dengan perempuan ini.

Tetapi dengan gayanya, seperti dia juga menyukai erempuan itu.
Dan Farhan?

Farhan hanya mampu tersenyum walaupun agak sedih terkenangkan kisah lama.
Farhan juga tidak tahu sama ada dia melakukan perkara-perkara seperti itu adalah kerana mahu menguji Farhan ataupun dia memang melakukannya mengikut hawa nafsunya?

Farhan tak kisah kalau dia nak bagi ayam percik ke, karipap ke, OUT KRUNCH sekali pun kat budak perempuan itu, sebab tidak semestinya kalau dia bagi semua itu, kita akan bersamanya pada suatu hari. Biarlah suatu hari nanti suami kita sendiri yang masak untuk kita, walaupun tidak sesedap orang lain masak, tetapi bila orang yang kita sayang masak, dan ada ramuan kasih-sayang itu.. Segalanya menjadi sempurna... Tak percaya? Cubalah suatu hari nanti...

Buat apa kita menaruhkan harapan yang tinggi kepada orang yang cintanya belum lagi tentu untuk hati wanita yang lemah seperti Farhan ini? Nanti ianya disakiti. Tak ke parah? Seperti biasa Farhan kata, lebih baik kita mencari cinta yang sejati yang kekal sampai bila...
Lebih baik kita menaruhkan harapan pada cinta yang dapat menyelamatkan kita daripada azab api neraka dan bawa kita ke syurga. Lebih baik kita menaruhkan harapan yang tinggi kepada cinta yang dapat dibalasi dengan cinta yang indah antara manusia.... Iaitu cinta Allah... Dengan cinta Allah lah segalanya bermula... Tanpa cinta Allah, Farhan pasti kita tidak akan jumpa cinta yang suci dan indah antara kita sesama manusia...

Perjalanan cinta ini jauh, ada suka dan sukanya, ada gelak dan tangisannya, ada yang terluka dan ada yang melukai, tetapi apa yang dapat kita lakukan hanyalah mujahadah dan teruskan mencari cinta Allah, kerana Frhan yakn dan pasti, Allah akan membanu hambanya yang sedang binggung, Allah akan memberikan cahaya pada setiap masalah yang kta lalui... Ingat, cabaran dan dugaan itu dapat sebab kita dah jauh daripada Allah, dan ianya datang untuk menginsafi diri kita... Jadi, orang yang sentiasa diujilah orang yang semakin matang :)

Walaupun Farhan masih muda, tetapi berdasarkan engalaman yang Farhan lalui, berapa kali hati Farhan ni disakiti da dilukai, tetapi kembali dirawat oleh cinta Allah, inilah yang Farhan mampu katakan menganai CINTA. Farhan masih terlalu muda unutk memahami cinta, tetapi tidak salah untuk Farhan belajar mengenai CINTA bukan? Jadi, janganlah runsing kalau anda tidak menjumpai cinta manusia yang betul-betul untuk anda kerana, anda masih lagi belum mencari cinta Allah... Allah knows everything about every people's fates. So, no matter happens to us, we have to try harder and harder to grab Allah's love, because his love is the sweetest and the best in this world... Insya-allah....

Jom, cari cinta Allah? Cinta manusia itu kita tinggalkan jelah, nanti biarkan Allah yangagi rasa cinta pada manusia tu ye? Jom, cintailah Allah sepenuh hati kita :)

Farhan bukanlah sudah sempurna cintanya pada Allah sehinggakan mahu mengajak semua mencari cinta Allah juga, tetapi Farhan mahu mengajak muslimin muslimat sema untuk berjuang bersama untuk mencari cinta yang terindah itu ;)

Sekian,
Jazakallah,
Wassalam...


At last :)

Assalamualaikum :)

Next entry for tonight, tebus kembali hari-hari yang nak tulis, tapi x dapat nak tulis... Hehe.

At last.

It's impossible to like 3 persons in a time, right?
So, that's what happening to me.
But it was before.
And now, it's better because, one of them has decided to love anyone else.
Everyone was asking :
" Farhan, kau tak bengang ke dengan dia? "
And my answer is simple and complete :
" Tak, sebab aku tak menaruhkan harapan yang tinggi pun pada dia. "

For what loving a person that can't be together with us one day?
Memanglah, tak salah untuk menyukai, kerana SUKA itu adalah fitrah...
Tetapi, janganlah ikutkan sangat nafsu sehingga harapan yang tinggi kita letakkan pada diri dia. Nanti, kalau dia menyakiti dan kita tersakiti, kita juga yang susah, menangis sana, menangis sini. Membazir air mata sahaja. Kalaulah air mata itu kita titiskan kerana Allah?

Kini, Farhan sangat bersyukur kerana Farhan tidak terperangkap dengan kata-kata manis dia... Dan Farhan sekarang lebih mudah untuk memilih antara 3 orang itu. Hurm, memang susah untuk lupakan dia. Dan, akhirnya cinta baru itu berlalu pergi kerana ianya tidak setia, dan ianya hadir sekadar untuk menguji diri dan hati yang lemah ini.
Cinta lama itu juga lah yang kekal ya.. Hurm. Semoga apa yang Farhan bayangkan suatu hari nanti menjadi satu kenyataan dan bukanlah lagi satu khayalan... Terima kasih.

Lebih baik kita saling mencintai dalam diam kerana itulah ciri-ciri cinta yang sempurna...
Lagipun jikalau mencintai dalam diam itu adalah jalan yang terbaik untuk KITA, teruskanlah mujahadah itu... Yang penting dan utama, kita perlulah mencari cinta Allah. Kerana dari cinta Allah lah, dia melahirkan rasa kasih dan sayang antara kita... Farhan dapat rasakan perasaan itu, bayangan itu bahawa ianya akan menjadi realiti... Insya-allah.... Jikalau itu benar dan termakbul segala doa-doaku... Maka, itulah cinta " PERTAMA DAN TERAKHIR "

Terima kasih cinta :)

Namun, cinta ini mudah untuk dibolak-balikkan dan hanya cinta pada Allah yang kekal sehingga bila-bila. Jadi, kalau kita mahukan cinta yang suci untuk datang pada kta, cintailah Allah dengan sesempurna yang boleh, barulah kita mendapat cinta yang sempurna daripada Allah, Insya-allah... Allah itu maha pemurah lagi maha adil... Dia telah menetapkan yang terbaik untuk kita, apa yang kita perlu lakukan hanyalah melakukan apa yang disuruhnya dan menjauhi apa yang dilarangnya, dan cintailah dengan sesempuna yang mungkin, Insya-allah....

Love for Allah is the greatest love in this world.

So, we should thanked ALLAH if we've got the real love :)

Sekian,
Jazakallah,
Wassalam :)  




Friday, August 3, 2012

Surau SERATAS vs Masjid Sultan Idris II

Assalamualaikum!

Hah.
Kali ni Farhan nak cerita mengenai Solat Terawikh di dua tempat:-
-Surau SERATAS
-Masjid Sultan Idris II

Malam ini ialah malam hujung minggu yang dibenarkan untuk pulang. Jadi, dengn kesempatan yang telah Farhan dapat ini, Farhan pergilah solat terawikh di Masjid Sultan Idris II, masjid pada kebiasaannya Farhan pergi pada tahun-tahun lepas.

Tetapi apa yang Farhan dapat lihat, Surau SERATAS lagi meriah berbanding Masjid Sultan Idris II. Kenapa? Sebab, surau SERATAS memang sangat best, dengan imamnya... Tambahannya lagi, solat berjemaah bersama kawan-kawan dan juga senior-senior... Sebelum ini pun Farhan pergi masjid yang sama juga tetapi, entahlah. Farhan rasa sangat tidak meriah berbanding dulu. Mungkin kerana dulu Farhan tidak pernah berada di surau SERATAS yang sangat meriah tu. Itu yang Farhan rasa masjid itu sudah cukup meriah. Tetapi sebenarnya tidak...

Walaupun surau SERATAS di bahagian solat muslimah itu sedikit panas... Tetapi bagi Farhan itulah yang mengajar kita erti kesabaran. Kalau kita rasa panas, panas lagi api neraka bukan? Jadi, apa salahnya setiap peluh yang kita titiskan itu adalah semata-mata kerana Allah. Tak rugi pun kan? Farhan bersyukur sangat sebab at least, Farhan dapatlah juga merasa kenikmatan solat terawikh dekat SBP.

_______________________________
 Tetttttt.

Okay, and then tadi Farhan agak terkejut + gembira.
Mana tidaknya, junior SKSS tegur Farhan... Huhu. Tak sangka dia kenal juga Farhan walaupun Farhan pakai telekung :)
Dia berani pula tegur tu! Haha, ala.. sebab dia tahu senior dia ni sporting, tidak macam senior lain. Haha. Farhan orait je dengan junior-junior...
Kami sempatlah juga bersembang sekejap... Huhu.

Hurm, so itu je lah yang Farhan nak share dalam entri kali ini...
Apa-apa pun, yang penting kita perlu bersyukur  sebab kita boleh beribadah kepada Allah dalam keadaan yang aman dan damai... Tenang sahaja. Orang di luar negara sana itu, tidak tentu lagi dapat merasakan kenikmatan yang dapat kita rasakan... Jadi? Apa lagi? Bersyukur lah :)


Sekian,
Jazakallah,
Wassalam :)