....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Saturday, September 15, 2012

9 September 2012

In the name of Allah, the most gracious and the most merciful.

Assalamualaikum.
Okay, staright to the point, malas nak intro panjang2 sebab x sabar nak share story on the stated date.

___________________

9 September 2012.
Menjadi satu hari yang penuh dengan moral bagiku.

Pagi itu seawal 5.30 pagi aku bangun lantas mandi dalam kesejukan air di kaki bukit Taiping, bumi SERATAS tercinta itu. Selesai mandi, kedengaran announcement pagi mengejutkan kami semua pelajar puteri bagi roll call pada pagi Ahad itu sebelum bergerak ke surau. Pada hari ini Program Jelajah Sihat yang diadakan di Taman Tasik. Seperti yang telah dirancang, kami semua pelajar dari tingkatan 1, 2 dan 4 terlibat dalam aktiviti 10 000 langkah iaitu salah satu program Jelajah Sihat.

Segera bersiap dengan berpakaian PE sekolah, seluar track berserta tudung hitam dengan berbekalkan duit RM8 langkah keluar daripada dorm G3-3 itu lantas mencapai kasut Adidas Ungu dan menyarungkan stokin hitam dan kemudiannya kasut tersebut dan bergerak ke tengah kawasan asrama. Jam besi di tangan kanan aku menunjukkan tepat 6.05 pagi. Semua elajar puteri bergerak ke tengah kawasan asrama dan kemuadiannya ke surau untuk Solat Subuh berjemaah. Selesai menunaikan kewajipan tersebut, pelajar yang terlibat segera bergerak ke Dewan Makan dan berkumpul di gelanggang bola keranjang lelaki, di hadapan surau. Sedikit taklimat daripada ayah angkat saya kat SERATAS, Sir Rahim :P. Kami pun bergerak ke Dataran Keramaian di Taman Tasik.

Setibanya kami disana, kelihatan ramai orang yang datang untuk bersama-sama menyertai aktiviti 10 000 langkah tersebut. Lebih kurang jam 8.15 kami dilepaskan untuk menyempurnakan propgram tersebut. Kenikmatan alam dinikmati, keindahan alam direnungi agar diri benar-benar mengenal penciptanya. Dan perjalanan 6.8 km itu ditemani dengan rakan yang sporting dan slumber, Atiqah Lutfi. Setelah sampai, kami pergi ke setiap booth dan belajar serta berseronok. Turut tidak ketinggalan, kami kutip juga sedikit cenderamata yang ada di setiap booth. Lebih kurang jam 12.30, aku dan Atiqah telah memasuki perkarangan SERATAS dan berehat seketika di bilik studi dan kemudian bergerak ke Dewan Makan.

Kemudian balik dorm, mandi dan basuh pakaian yang dipakai tadi dan jam menunjukkan 1.30 tengah hari. Seraya bersiap-siap dan mengambil wudhu' untuk solat Zuhur dan bergerak ke surau. Agak lambat kehadiranku di surau, namun apa yang terdaya aku hanya mampu solat bersendirian. Hasratku yang sebenarnya selepas solat itu aku mahu pergi ke kelas dan membuat homework. Tetapi apabila aku selesai menunaikan solat zuhur, terlihat wajah tenang kak Uyun, kakak halaqah ku menaiki tangga surau untuk berada di tepat solat puteri. Lalu, baru aku teringat akan rutinku pada hari Ahad petang ialah Halaqah.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana kelewatan aku ke surau sebenarnya untuk aku bertemu dan teringat akan halaqah. Aku segera menyangkut telekung dan menyarungkan tudung bawal hitam dan pergi ke bulatan halaqah. Baru seketika ditarbiyyah, aku tersentak apabila aku diminta untuk membaca ayat al-quran. Ya, aku memang sentiasa menjadi tumpuan kak Uyun. Entah mengapa aku juga tidak tahu. Selesai membaca satu muka surat dari surah An-Nahl, aku terkejut melihat kehadiran dua orang senior yang paling disayangi dan di hargai, kak Syafiqah Nazirmuddin dan kak Syazana Arif. Selalunya kehadiran kak Pika yang membuatku tersenyum tetapi kehadirannya pada hari itu adalah bersama orang yang tenang hatiku melihat wajahnya...

Ya, hari itu penuh dengan sesuatu yang tak dapat kuungkapkan. Kegembiraan, kejutan Allah yang dia berikan dengan kehadiran kak Nana yang membuatkan aku sangat-sangat gembira... Kehadiran pertama beliau ke dalam bulatan halaqah membuat aku tahu cita-citanya adalah untuk menjadi seorang pharmacist kalau tak silap. Tteapi cita-citanya berkaitan dengan medic. Cita-cita kak Pika pula ialah untuk menjadi seorang dentist. Doaku agar impian itu dapat menjadi kenyataan. Jam menunjukkan 3.55 petang bermakna aku harus bergerak ke kelas untuk menghadiri kelas komputer, jam 4.00 petang. Aku terpaksa keluar dari bulatan halaqah dan melihat wajah kak Aimi yang selalu mentarbiyyah aku dan wajah kak Uyun yang sangat terang hatinya, tidak dilupai, kak Fatin, lalu salam serta mencium pipi mereka dan berlalu pergi.

Sempat seketika untuk aku melihat wajah tenang kak Nana dan wajah comel kak Pika sebelum aku berlalu pergi. Tatkala aku menuruni anak-anak tangga di surau, air mata ku hampir gugur di surau yang sering menjadi tempat untuk aku tenangkan fikiranku itu. Aku terfikir akan nikmat Allah dan kejutan-kejutannya. Sungguh, Allah tidak mahu aku terlepas daripada bulatan halaqah itu. Sehinggakan dia melewatkan kehadiranku di surau dan menambahkan kekhusyukkanku ketika solat. Terima kasih ya Allah. Tidak cukup dengan itu, dia tambahkan lagi kemanisan hari itu dengan kehadiran 2 orang yang paling aku sayangi di SERATAS. Ya Allah, baru kini aku tahu betapa kau sayangkan aku dan betapa engkau mahu aku tidak terlepas daripada bulatan halaqah itu. Terima kasih Ya Allah.... Alhamdulillah.

Perjalananku ke kelas 1 Suria yang terletak di ground floor iaitu satu aras dengan 6 kelas tingkatan 5 membuatku sekali terfikir akan kemanisan cinta Allah itu. Ya, aku bersyukur kerana dapat menjadi seorang hamba yang mendambakan cinta Allah. Walaupun aku tidaklah begitu sempurna imannya, tetapi doaku tidak putus kepada Allah meminta untuk kuatkan diriu untuk beristiqomah kepadanya yang satu. Begitu indah cinta Allah. Begitu manis kejutannya. Siapa yang mampu untuk menarikku ke bulatan halaqah itu setelah seharian kepenatan dengan aktiviti 10 000 langkah itu dengan homework yang tidak disiapkan dan hinggakan aku terlupa bahawa petang itu adanya halaqah. Begitu Allah sayangkan aku sampaikan tidak mahu aku terlepas untuk ditarbiyyah.... Terima kasih Ya Allah....

Jadi, moral of the story is,
Allah berikan kita kesusahan pada awalnya untuk melihat kita tersenyum di pengakhiran sesebuah cerita.

Yes, Allah has proved it many times untuk teguhkan lagi keyakinan aku kepadanya. Iman aku sedikit sebanyak telah berubah daripada zaman jahilliah ku kepada suatu kehidupan yang lebih jelas matlamatnya, lebih indah laluannya, lebih manis dugaannya... Terima kasih Ya Allah :)

Jadi, a long story dan terima kasih kepada pembaca yang setia membaca pengalamanku pada hari itu.
Sekian,
Jazakalah,
Wassalam :) 

No comments:

Post a Comment