....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Wednesday, March 27, 2013

Rintihan aku, kepadaMU

Pancaindera kita luas.
Pendengaran kita terbuka.
Pergerakan kita bebas.
Namun, pernahkah kita terfikir,
Setiap nikmat yang telah DIA berikan itu,
Kita gunakannya dengan baik atau tidak?
Mengapa perlu kita melakukan kejahatan sedangkan kebaikan itu sentiasa menunggu kita?
Mengapa kita perlu mengejar yang tidak pasti walaupun yang pasti sudah ada di depan mata?
Adakah kita buta?
Adakah kita tuli?
Adakah kita cacat?
Ya Allah, hamba mu ini telah melakukan banyak kekhilafan sama ada secara sengaja mahupun tidak.
Maka itu Ya Allah,
Kau ampunilah aku Ya Allah. Kau sedarilah aku Ya Allah.
Kua limpahkanlah rahmatmu ke atas hambamu ini Ya Allah…
Ya Rabbul Izzati, kau kurniakanlah aku rasa cinta kepadamu,
Rasa cinta kepada kekasihmu,
Rasa cinta kepada cipataanmu,
Rasa cinta kepada ibu bapaku,
Rasa cinta kepada saudara-maraku…
Rasa cinta kepada dia, yang melabuhkan cintanya kepadamu jua….
Ya Allah, janganlah engkau jadikan hidup aku ini sia-sia.
Janganlah engkau berikan nikmat tubuhku ini sekadar untuk melengkapi diriku, bukan mentaati perintahmu…
Ya Allah, kau terimalah taubatku ini, kau kuatkan aku untuk menempuhi segala ranjau halanganmu.
Ya Allah, jika engkau berikan aku semalam namun aku lalai,
Engkau berikanlah hari ini kepada ku agar aku sedar,
Jika engkau berikan aku harini tetapi aku terlupa,
Engkau ingatilah aku.
Ya Azza Wajalla,
Engkau berikanlah hidayah dan engkau sucikanlah hati ini,
Moga terang hatiku, mindaku dan jiwaku.
Maka mudahlah aku untuk sentiasa mengingatimu,
Ya Allah, pencipta segala ciptaan,
Pemberi kebahagiaan kepada yang member bahagia,
Pemberi keikhlasan kepada yang ikhlas,
Pemberi kesetiaan kepada yang setia..
Dan,
Pemberi cinta kepada yang mencintai….


Thanks kawan, tinggi :)

No comments:

Post a Comment