....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, July 20, 2012

Kawan ?

Bismillahirrahmanirrahim!
Assalamualaikum wbth...

So, Farhan nak cakap salam Ramadhan untuk semua...
Bersyukur kepada Allah kerana telah temukan kita sekali lagi dengan Ramadhan tahun ni.
Okay, straight to the point.

Kita sebagai umat Islam, kita nikan saudara-mara.
Jadi, kita kenalah saling nasihat menasihati bukan?
Yes, Farhan ada seorang kawan ni,
Farhan tau daripada lirikan mata dia, dia tu sebenarnya baik.
Sangat baik.
Tapi perangai dia.

Farhan tengah cuba sedaya-upaya untuk ubah dia.
Dah 2 kali Farhan nasihatkan dia sampai berderai-derai air mata dia jatuh.
Tapi, mungkin sedikit-sebanyak adalah perubahan sikit pada diri dia, mungkin tak banyak, tapi ada.

 1 prep malam masa malam Jumaat, Farhan dah buat dia menangis. Farhan boleh cakap yang Farhan tochure lah jugak mental dia. Haha
Tapi ni semua untuk kebaikan dia juga.
2 jam prep, Farhan dah buat air mata dia jatuh berderai-derai.
Farhan hanya bagi dia satu kesedaran.
Farhan harap sangat yang dia dapat yang cuba Farhan sampaikan.
Sebab Farhan tahu, kalau dia dapat ubah perangai dia, dia boleh jadi seorang insan yang berguna untuk menegakkan jalan Allah.

Farhan teringat 1 firman Allah dalam Al-Quran...
Ayat tu menerangkan:  Nanti waktu dekat akhirat nanti, ada antara kawan baik di dunia akan bermusuhan ketika di akhirat.

Jadi, Farhan tak nak lah kita berkawan baik di dunia, tapi kat akhirat nanti bermusuhan... Itu sebab Farhan nak ajak ramai-ramai kawan Farhan untuk berjuang di atas jalan Allah, menegakkan keadilan Islam yang semakin lama semakin punah dipijak oleh masyarakat bukan ISLAM.
Kemanakah hilang semua kegemilangan Islam yang Rasulullah bina dahulu? Ke mana hilangnya semua itu?

Second time Farhan buat kawan Farhan tu menangis, Farhan ada cakap pasal Firman Allah tu.. Huhu...
Farhan cakap jugak yang Farhan nak ajak dia berjihad di atas jalan Allah.
Dia hanya berdiam diri, dan mungkin berfikir apakah langkah seterusnya.

Tapi tidak mengapa, Farhan akan terus-menurus membantu dia untuk menjadi insan yang berguna, dalam masa yang sama Farhan pun turut memperbaiki diri Farhan untuk menjadi seorang muslimah dan mukminat yang sejati :)
Insya-Allah.

Bila Ramadhan dah tiba ni, lagi senang untuk kita berubah bukan? Kerana semua pintu neraka telah tertutup, dan smeua pintu syurga terbuka luas untuk kita. Syaitan juga turut diikat. Jadim tiada lagi penghalang untuk kita mengislahkan diri kita untuk berjihad di atas jalan Allah.

Ingat, jika kita mahukan sesuatu, kita perlu jadikan KITA sendiri sebagai penggerak bagi perkara tersebut. Jangan tunggu orang lain untuk tegur kita, jangan tunggu oranglain mengata kita, baru kita sedar apa yang kita dah buat. Itupun ntah sedar ntah tidak.

Jadi, kesimpulannya disini, Farhan nak berkawan dengan orang yang dapat bawa Farhan ke syurga. Farhan nak berkawan RAPAT dengan orang yang dapat mengingatkan Farhan tentang akhirat...

Tapi, Farhan sangat-sangat bersyukur sebab Farhan punyai Cik Syaza Amanina yang Farhan sendiri tahu yang dia dapat bantu Farhan dalam apa jua keadaan yang Farhan tengah hadapi...
Insya-Allah.

Kepada Syaza:Thanks sangat-sangat weyh! Banyak lagi benda yang aku nak share ngan kau.. Sayang kau ketat2 <3

Jom, kawan-kawan... Peluang dah terbuka luas untuk kita. So, apa lagi? Moh le!!!

Sekian,

Semoga Ramadhan ini dapat kita gunakan dengan sebaik yang mungkin....

Jazakallah,
Wassalam.... 

No comments:

Post a Comment