....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Saturday, July 21, 2012

Nurnaina Abdul Rahman

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbth...

Jari-jemari ini menaip setiap patah, kemudian terbentuk sebaris ayat dalam keaddan duka, tanpa mengetahui sebab yang sebenar.

Diri ini seolah-olah kehilangan arah tuju apabila tempat bergantung harapan ku tiada...
Si sang pencinta tidak membalas pesanan ringkasku, Si sahabat baik pula berdiam diri tanpaku ketahui kemana hilangnya...

Warga facebook pula semua mendiamkan diri membuat hal sendiri, termasuk kakak tersayang.... Namun, aku sangat memahaminya, yang sangat merindui orang yang disayanginya yang telah berlalu pergi. Tidak mengapa, aku membiarkan dirinya begitu. Aku biarkan dia menenangkan dirinya.

Lantas, timbul rasa ingin menulis mengenainya.

Nurnaina Abdul Rahman.
15 tahun / 31 Julai 1997
Ntah. Aku tidak mampu untuk berkata-kata apabila hanya mampu tersenyum membaca setiap entri yang ditulis di blognya. Ya, terima kasih kakak. Terima kasih kerana sangat menghargai diri saya, dalam hidup akak. Saya pun tak pernah menjangka yang saya dan akak dapat menjadi serapat ini. Jujur dari sudut hati ini saya mengatakan bahawa akaklah kakak saya yang sangat menghargai saya dalam hidup akak. Tak pernah ada kakak saya yang buat macam mana yang akak buat, yang menyokong saya disaat saya lemah. Thanks for all the advice, and the most important thing is, thanks for every smile that you have created on my face. Thank you very much.
Saya macam, ntah... Kadang-kadang saya pun bingung, macam mana saya boleh jadi rapat macam ni. Mungkin inilah takdir Allah dalam hidup kita... Saya sentiasa doakan akak capai apa yang akak nak dalam hidup akak... Semoga hati akak sentiasa terang menerima ajaran guru-guru akak kat sekolah erk. Saya sentiasa menyokong akak dari belakang dan saya akan sentiasa tolong akak selagi saya mampu. Akak memang telah mencoret sejarah yang besar dalam buku kehidupan saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana...
Semoga apa yang akak nak tercapai. Semoga kebaikan akak dobalas oleh Allah sebai mungkin.... Mungkin apa yang terjadi sekeliling semua ada hikmah... Ya, saya tahu akak kuat. Sebab akak cukup kuat untuk membuat saya kembali kuat desaat saya lemah. Terima kasih.
Mungkin perasaan sayang antara adik kepada kakak itu tak dapat saya coretkan, tetapi hati ini jujur dan ikhlas ingin mengatakan, saya sayang akak lillahi taa'la...
Semoga hubungan kita diredhai Allah.

Setiap hubungan pasti akan diuji, tetap saya nak akak tahu... Apa pun yang terjadi pada hubungan kita ini, saya harap sayang saya pada akak takkan pernah hilang sampai bila-bila. Itu yang saya harapkan... Insya-Allah.
Terima kasih kerana menyayangi saya sebagai seorang adik :) Doakan kejayaan saya didunia dan di akhirat jugak eh...

Adik sayang kakak.
Terima Kasih sangat2 atas apa yang kakak dah buat dalam hidup adik...

Semoga hubungan kita hingga ke Jannah.
Amiin Ya Rabbal Alamin...


Sekian,
Jazakallah...
Wassalam :) 


No comments:

Post a Comment