....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Monday, November 12, 2012

SERATAS 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Tahun ni aku sekali lagi diuji.
Ujian kali ini bertambah berat dan mencabar, namun dengan kekuatan yang aku ada, aku cuba sedaya upaya untuk menempuhinya. Cabaran demi cabaran aku tempuhi dengan sinar Islan yang mulai menyinar di dalam hati dan hidupku. Terima kasih Ya Allah, engkau benar-benar berikan cahaya Islam itu dalam hidup aku.

Jujur, SERATAS telah membawa banyak perubahan terhadap diri aku. SERATAS jugalah yang telah membuka mataku. SERATAS telah mengajarku dengan pelbagai ragam manusia yang ada. SERATAS adalah segalanya.

Ntah, aku rasa tahun pertama aku di SERATAS cukup mencabar dan mematangkan diri aku. Kalau tahun lepas aku rasa aku dah matang, tahun ni aku lebih matang lagi. Fikiran aku dapat fikir dengan lebih baik dan sepatutnya. Tak kiralah dalam aspek apa pun... Yang penting matlamat aku aku tahu dan aku cuba untuk mencapai matlamat tu. It's all because of SERATAS.

About more than a month lebih parents aku pergi buat haji dekat Makah, and aku rasa aku macam biasa. For me, for what crying sebab pemergian diorang? Pray the best for them semoga selamat semuanya dah lah kan? Aku pun pelik apsal perlu orang tanya tak rindu mama and abah ke? Like what I've just said, buat apa nak risau... Kan? Anyway, that time aku belajar untuk betul-betul berdikari without them. Dalam guna duit aku jimat-cermat. Segalanya lah. Hurm. Sepanjang mama and abah pergi, aku dapat pergi Negeri Sembilan main hoki, pergi Kedah... Hurm. Haha!

Baru setahun aku kat SERATAS, aku rasa dah beribu kenangan aku coretkan dengan kawan-kawan. Loker aku penuh dengan memori daripada orientasi sampai last day sekolah haritu. Kalkau form 5 nanti aku tak tahulah macam mana. Haha. Yet, apa yang aku fikirkan selama ni betul and telah terbukti. Rasa tinggal kat asrama dengan sekolah harian lain. Sebab everything we share together. Yes, aku terima benda tu. For me, sharing is caring. But yang sakit tu bila orang tak reti nak appreciate apa yang kita buat tu yang seriously sakit gila. Haha.

Tahun ni jugak aku belajar macam mana nak sabar, walaupun aku xde lah sabar mana. But sabar aku better than tahun lepas kot. Tahun ni aku banyak menangis dalam hati. Terkilan dengan macam-macam benda. Dengan macam-macam orang yang buat aku sedih dan menangis, tapi aku tak tunjuk je. Sometimes bila kita menyayangi seseorang, orang tu tak sayang kita, boleh terima lagi. But bila diorang buat something yang menyakitkan hati kita such as perli and bla.. bla.. bla tu... Menangis dalam hati... Haha.

Tahun ni jugak lah aku banyak menyayangi orang, hargai orang, and bagi hadiah kat orang. Even though hadiah tu sekeping kad harijadi pun, aku buat bersungguh-sungguh and ikhlas tau! Hurm, but manusia ni tak sama, macam2 perkara yang diorang tunjuk untuk hargai benda yang aku bagi tu. But the real one, aku dapat bezakan lah sama ada mereka layan atau x layan / hargai atau x hargai apa yang aku bagi tu... Even though diorang buat bodoh je, aku still sayang diorang. Hurm, warga SERATAS sekalian, saya sayang anda semua walaupun anda pernah terlanggar bahu dengan saya tak cakap 'maaf' ke, terambil toilet saya ke, terpotong after ke, termarah saya ke, segala yang ter la... Saya just hot time tu laaa. Pastu saya dah ter-lupa. haha.

But kalau orang tu mmg sengaja cari pasal dengan saya, mmg saya takkan pernah berhenti marah dia.. Hurm, but tak pernah lah pulak balas dendam. Haha.


Aku rasa bangga dengan SERATAS dan aku tak nak tengok SERATAS jatuh. Kalau dalam akademik tu, aku tak taulah nak tolong camne.. Tapi kalau team hoki perempuan, insya-allah. Aku akan try. One day, I promise I'll make SERATAS proud of me. Sedia untuk berbakti, SERATAS! Sebab, SERATAS dah banyak berjasa bagi aku. I know I can!


Hurm, aku jugak dah lebih matang dalan CINTA. *Kowt*
Aku dah dapat bezakan antara halal and haram, antara syurga dan neraka. Dan sebabkan dia aku terus semangat utnuk terus beljar, dan non-stop study. Semua sebab dia. Thanks lah. Sebab kau aku dapat matlamat aku dan aku akan cuba sedaya aku untuk capai matlamat tu. Tahun kelima aku sayang kau dan kau dah tunjukkan betapa hebatnya kau dalam hidup aku, walaupun kau x tau apa yang kau dah buat dalam hidup aku. Aku sentiasa doakan kau bahagia.. Kalau kita ditakdir bersama, maka... I just let it to be with Allah. Agar cinta itu sentiasa terpelihara...

Hurm. Tapi pelajaran aku banyak menurun tahun ni. Aku dah study hard gila. Tpi, tak pelah maybe ade jugak sebab Allah tak nak bagi sekarang... Everything happens because of reasons. 2:216, mungkin kita menyukai sesuatu yang tidak baik untuk kita, dan mungkin kita membenci sesuatu padahal ia baik untuk kita. Allah lebih mengetahui.

Yes, betul tu. And, pepatah yang aku pegang tahun ni:
Allah berikan kita dugaan untuk melihat kita tersenyum pada pengakhirannya.
Memang dah terbukti segalanya. Allah maha adil, maha pemurah dan segalanya.
Terima kasih SERATAS.

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
It means everything to me.


Sedia berbakti! Heheh. Ntah la, semoga aku terus kuat dan bersemangat melalui hari-hari di SERATAS 4 tahun lagi. Semoga apa yang aku target tercapai dalam menjadi seorang mujahidah, mukminah dan muslimah yang sejati dan dapat berjuang untuk negara dan membanggakan ibu bapa. I want my parents proud of their only child. And I want to see their smile after a long time sacrifice for me and my success. Insya-allah.

Hopefully, what I dream and what I wish be in reality.

Sekian,
Wassalam.



 Azam 2012.






No comments:

Post a Comment