....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, December 14, 2012

CINTA 2013.

Asslamualaikum!

Hai!
Erm, congrats to Malaysia. Walaupun kalah, keep on training and pray harder.

Okay, tittle kat atas tu macam nerdy cenggitu je.
But well, I think I've got the real think and I have made decision.

Untuk 2013, I just want to forget about love and work harder for my study and hockey. I mean, takde lah lupa but just leave it for a while cause I got important thing to do. Right? Future is important than love. Once I'm success, then baru fikir pasal cinta.

Crush aku tu biarlah dia jadi crush je. Malas nak fikir lebih2, nanti terjebak lagi dalam CINTA YANG BELUM PASTI. Mr Funny pulak, tak lupakan kot, but yeah, tinggalkan sekejap je. Harapan kat dia pun dah DIkurangkan. Tak nak lah berharap tinggi sangat, nanti kalau tak tercapai sedih pulak. Then, menangis. Haish. Buat rugi air mata je kalau macam tu. Better nangis if result teruk after we studied hardly. Right?

So, real decision, Mr. Funny biarkanlah kat dia. Malas nak care sangat. Dia bukan layan pun. He has someone lain kan. Lagipun I know dia bukan serious in things like this. So, aku pun malas lah nak dia serious. Aku pun tak nak dah fikir pasal cinta ni. Diri aku pun dah tak tentu hala nak lagi bebankan Mr. Funny dalam hidup aku. Lagipun penat lah menaruh harapan kat dia. Tu lah, taruh harapan awal sangat, kalau lepas SPM tu takpe jugak. Haha :P

CRUSH pulak still crush, no one knows and no one will know. Even Syaza pun :P Syaza, kau tak boleh tahu siapakah crush ni, but kau just boleh tau CRUSH je la :) Well, aku memang tak nak sesiapa tau pasal crush ni. Susah dan masalah besar kalau ada orang dapat tahu. Ohh. Even dia pun tak tahu aku minat dia. Haha. Kesah pulak dia kan. Ntah la, tak rasa nak bagi tahu siapa si crush ni.

But, bukanlah nak bandingkan Mr. Funny and CRUSH. Tapi memang fact, CRUSH ni thinking more matured than Mr. Funny. Dan CRUSH serious in things he did, doing and does. Nak kata Mr. Funny tak matured tu tak tahulah sebab ntah lah, Mr. Funny selalu buat kerja dia secretly. And aku tak rapat pun dengan dia DAN jugak, rasa dah cukup 5 tahun ni. Aku dah kenal dah dengan dia. Cukup lah. Haha.

So, 2013 ni aku NAK masuk sekolah dengan tiada lagi HARAPAN yang TINGGI pada Mr. Funny and once aku jejak kaki di bumi SERATAS pada 1/1/2013, aku tak nak fikir pasal CINTA ni sangat. Well, aku maybe tengok muka CRUSH tu hari-hari *kantoi lah dia SERATASian* but tak semestinya aku kenal fikir pasal CINTA everytime aku nampak dia, kan? *sebab dia CRUSH aku* Yes!

Study, Hockey, Future.

Itu lagi important. Walaupun cinta itu fitrah, tapi kita sendiri yang tentukan sama ada kita nak layan atau tidak. Macam aku, aku asyik dok layan CINTA ni sampai taruh harapan yang tinggi and yet, aku unya study pun hancur. Seriously terbukti. Huhu. Cuti ni aku rasa AMAN kalau takde lelaki yang kita sayang *Mr. Funny. I mean, I still contacting dengan kawan lelaki aku, chat about homework and so on. But just friend, tak lebih. Get it? And aku rasa LEBIH AMAN kalau tak message Mr. Funny. 1, buang kredit. 2, Buang masa. 3, sakit hati. Even though aku cakap dia selalu  buat aku happy but soon aku sedar yang kegembiraan itu hanya palsu dan sementara. Aku lebih bahagia jika ALLAH menguji aku dan aku dapat tempuhinya dengan sabar dan kuat serta istiqamah then Allah tunjukkan kekuasaan dia.. Aku lebih happy macam ni, seriously.

But things happen of reasons kan? Maybe kalau bukan 5 tahun ni, aku still lagi buta, macam mana nak kawal perasaan dan emosi, macam mana nak elak dari diri ditipu dengan janji-janji leaki yang palsu. Kalau bukan 5 tahun ini jugak, maybe aku tak dapat pengalaman tentang cinta. Maybe aku pun tak tahu macam mana nak decide life aku and etc.
Yes, things happened because of reasons.

And seriously, aku nak hijrah dari zaman jahiliyyah aku ke zaman ditarbiyyah. Aku takkan lepaskan tarbiyyah yang aku dapat dari murobbiah aku, terbuang dan TER-lupa macam itu sahaja! Aku cuba akan terus istiqamah dan jadikan orang-orang yang sayang sebagai ikon dan contoh untuk bantu aku dalam terus istiqamah. Yes. Aku tahu, diorang pun sedang berjuang dan berjuang untuk terus istiqamah dan semangat diorang lah yang aku nak, aku perlu. Nothing impossible can be possible and nothing possible can be impossible. Kan? :P

Insya-allah. Aku akan teruskan perjuangan ini. Walaupun aku dengan cinta dan lelaki memang susah nak dipisahkan, tapi kita boleh hadkan dan kawal pergaulan dan emosi kita kan. Aku akan kawal dengan lelaki, but not too friendly, just kawan biasa. *even dengan CRUSH tu pun*

~ BOLEH KAMI TEGUR SIKIT TAK ?? ~ ● tidak ada sesiapa yang akan BERBANGGA dengan status "IN A RELATIONSHIP" anda di facebook .. walaupun ANDA dan DIA sudah bertunang .. ● kalau PERTUNANGAN itu pun disuruh RAHSIAKAN . apatah lagi jika ANDA dan DIA langsung tiada apa² ikatan dan sekadar BERMAIN PERASAAAN . ● bangga sangatkah mempamerkan PERLANGGARAN hukum ALLAH ?? bhentilah dar status "IN A RELATION
SHIP WITH" dengan kaum ADAM/HAWA yang BUKAN MAHRAM .. ● lebih parah jika sampai tahap status "MARRIED WITH" yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang TIADA IKATAN SAH disisi ISLAM .. ● apabila HILANG SIFAT MALU dalam diri seseorang . maka hilanglah kesemua ADAB dan AKHLAKNYA terhadap MAHA AGUNG dan MANUSIA .. tidak segan lagi tuk BERBUAT MAKSIAT .. BERMULA SEBUAH KEBAIKAN ^__^ JOM LIKE

Erm, okay. Quotes kat atas tu aku copy dari facebook. Aku setuju and aku hanya akan tukar status aku bila aku dah married dengan suami aku. Well~ :D
Hurm, aku serahkan je lah cinta aku kat Allah.

Dan aku akan cuba sedaya upaya aku untuk cari CINTA Allah, Rasulullah SAW, Agama, Mama dan Abah dan sahabat-sahabat aku. Selama ini, kalau aku cakap aku sayangkan Allah dan Rasul, I don't really do. And better aku fikir macam mana nak tingkatkan lagi sayang terhadap orang-orang yang aku perlu sayang kalau dibandingkan dengan LELAKI AJNABI yang aku suka, right? Mama dengan Abah pun macam tu jugak. Aku tak nak bila mereka dah pergi baru aku nak cari sayang yang diorang cuba curahkan kat aku. Aku tak nak sia-siakan masa yang mama dan abah ada sekarang ni untuk aku berbakti pada diorang. Mama dan Abah pun dah tak berapa larat. Takkanlah aku nak lupakan diorang macam tu je, dan mengejar cinta yang tak pasti. Cinta Allah, Rasul, Agama dan mama abah yang ada depan mata ni ada, jauh2 nak cari buat apa kan. Selama ni aku RABUN betullah. Cinta ada depan mata aku x nampak, pergi lagi cari cinta yang belum tentu dapat. Astaghfirullah :) Takpe, Insya-allah, perjalanan aku masih jauh dan aku boleh lagi mencoretkan coretan-coretan indah dalam kain putih hidupku, walaupun ianya tidak seputih seperti dulu, macam aku baru lahir di dunia ni. Allah is still giving me chances to change myself, to love what should I love and to do what I should do. Alhamdulillah.

And! One more thing.
Aku baru sedar, patutlah orang yang aku hargai selama ini tak pernah nak hargai aku, sebab selama ni aku tak pernah hargai orang yang hargai aku, iaitu MAMA dan ABAH. Mereka berkorban macam-macam aku, tapi aku nak balas sikit punya susah. Itu sebab orang yang aku hargai susah nak hargai aku. Hurm, same thing kalau kta nak orang respet kita, kita kena respect orang! Soooooo, aku kena hargai mama dan abah dulu, baru others boleh hargai aku, kan? Untuk menghargai jasa mama dan abah, aku kenalah sayang mereka. And see, semuanya berbalik kepada CINTA. Right?

So, aku rasa entri ini dah cukup panjang dan memenatkan untuk readers baca, walaupun aku tahu maybe ada yang skip2 je baca. Aku tak mintak pu korang baa, this is just a reminder for me every time I read my blog. Okay? Kalau readers baca, thanks aku ucapkan erk :D

Jadi, aku chaw dulu dan..
Sekian,
Jazakallah,
Wassalam.

Uhibbukifillah :)


BTW, this is Aina Aqilah, aku panggil dia AINOT je. Haha. This is our 12/12/12 memori :P Kami buat AWSA gather 2012. Awesome and great memories :)


No comments:

Post a Comment