....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Saturday, June 9, 2012

Assalamualaikum cinta

Assalamualaikum!

So, tajuk kali ni macam ada something je kan... ?
Yup, memang ada.

Hurm.

"Fitrahlah kita SUKA seseorang, akak ulang, suka bukan cinta, pada pendapat akak peringkat umur kita ni masih tak dapat nak bezakan sama ada kita suka or cinta someone tu. Perjalanan kita masih panjangkan? Macam akak kata, kita kena MUJAHADAH, maksudnya, berjuang jika kita sukakan someone tu. Doa banyak-banyak pada Allah semoga memberikan jodoh yang terbaik untuk kita, kan Allah dah tetapkan ajal, jodoh dan takdir untuk kita, so, banyak-banyak berdoa agar kita mendapat yang terbaik kan? Ingat janji Allah... "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik " Buat masa sekarang kita fokus dulu pada yang sepatutnya, ingat pesan akak lumrahlah kita SUKA pada seseorang itu, tetapi terpulanglah pada cara kita untuk berurusan dengannya. Wallahualam... "

 Okay, itu pesanan daripada Kak Nabilah Husna Kamaruddin (Kakak angkat Syaza Amanina)

Actually pesanan tu kakak Syaza pesan kat Syaza, and Syaza forwardkan kat saya.

Sebab saya masukkan pesanan tu kat sini....
Hurm, meh saya cerita... 

 Syaza.
Orang yang paling banyak membantu saya dalam apa jua yang saya hadapi, terutama masalah CINTA. Hampir every night kami akan bermesej and sembang pasal ni.

Jujur saya nak cakap sekarang ni, saya sangat sukakan seseorang.
Siapa?
Biarlah hanya Allah, Syaza and saya je yang tau benda ni.
Nama diberi kepada hamba-Allah itu ialah : Unknown.

Mungkin pintu hati ini cuba ditutup serapat-rapat yang mungkin.
Tetapi, pintu ini diketuk oleh Unknown sejak beberapa minggu yang lepas.
Sejak masuk tahun baru, azam saya ialah:

NO LOVE STUDY FIRST

Tetapi, apa yang saya mampu lakukan terhadap perasaan ini adalah MUJAHADAH.
Seperti apa yang telah dikatakan oleh kak Nab :)
Mungkin, perasaan ini datang hanya untuk menguji, ataupun mungkin ianya adalah yang sejati. Yang paling penting, biarlah perasaan ini kusimpan dalam-dalam lubuk hati ini, agar takdir Allah yang menentukan segalanya....
Semoga, apa yang kurasakan ini adalah benar, dan yang paling penting, aku letakkan perasaan ini bersama Allah. Aku tidak mahu bersedih apabila jodohku adalah bukan dengan Unknown. Jadi, inilah jalan yang terbaik, dengan tidak mengharap tinggi. Biarlah Allah yang takdirkan segalanya.

Esok, aku akan pulang ke asrama, seolah-olah aku akan kembali ke dunia realiti yang sebenar. Dan, fokus untuk belajar juga sudah kembali, dengan impian perasaan itu tidak lagi menjengah mengetuk pintu hati yang telah terbuka mengizinkan Unknown untuk berada didalamnya.

Tetapi, peganganku tetap sama, CUKUPLAH AKU MENCINTAINYA DALAM DIAM. Biarlah dia tidak tahu, supaya perasaan ini terpelihara. Aku akan bertindak biasa sepertimana yang biasa aku lakukan, aku tidak akan pernah menceritakan perasaan ini kepada sesiapa pun, kecuali sahabat yang sejati, Syaza Amanina Badrul Hisham. Kerana, bagiku dialah penasihat aku yang boleh dipercayai, untuk terus bersama bermujahadah diatas jalan Allah yang lurus dan benar ini. Aku tidak mahu lagi terpesong, seperti yang dahulu, SERATAS sudah cukup memberiku hidayah untuk terus menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah yang hebat di muka bumi Allah ini, Insya-Allah...

Assalamualaikum cinta....
Semoga, hadirmu yang telah mengetuk pintu hatiku, akan membuat diriku bertambah kuat dan baik. Agar hadirnya dirimu dapat membuatku lebih kuat untuk bermujahadah dijalan Allah. Aku percaya padamu, wahai cinta....

Setelah berfikir panjang, dengan nasihat daripada mama dan abah, daripada sahabat yang sentiasa membimbing, setelah diriku sendiri mimikirkan baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya... Insya-Allah, perasaan ini akan kupegang erat. Jikalau perasaan ini benar, maka dialah yang bakal menikahiku bila tiba masanya. Manakala, jika perasaan ni salah, maka bukan dialah yang telah aku jatuh cinta.... Maka bukan dengan dialah diriku telah ditakdirkan....

Doaku wahai jodohku, agar engkau sentiasa berada dibawah lindungan illahi, persiapkanlah dirimu wahai jodoh, doaku sentiasa mengiringi dirimu... Semoga engkau terus kuat untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini...

Ya Allah, kau peliharalah perasaan ini, kalau ianya hanya tipu daya syaitan, engkau buangkanlah ianya jauh-jauh dengan segara, jikalau sebaliknya, aku meletakkan ia bersamamu pencipta cinta... Amiin...

Semoga, pengakhiran cerita cintaku ini adalah pengakhiran yang terbaik dan terindah buat diriku, Insya-Allah. Ku berpegang kepada janjimu Ya Allah....



Sekian,
Jazakalah,
Wassalam... 

No comments:

Post a Comment