Bismillahiraahmanirrahim.
Jadi
entri hari ini, aku teruskan dengan penceritaan mengenai misi dan matlamat aku
di universiti. Entri aku sebelum ini pernah menceritakan bahawa misi ini sangat
penting. Misi ini bukanlah sahaja untuk mengurangkan beban dalam membayar
semula PTPTN yang dipinjam, ianya juga dibuat atas dasar untuk mencari ilmu itu
sendiri.
Sebelum itu, ingin aku
menyatakan bahawa sejak melangkah masuk kea lam univerisiti ini, aku merasakan
bahawa kehidupan sebagai seorang mahasiswa prasiswazah ini sebenarnya sekadar
permulaan dalam pencarian ilmu yang sebenar. Aku katakan sebegini kerana,
sebelum ini, pembelajaran kita di sekolah hanyalah berorientasikan peperiksaan
dan hafalan sahaja. Tidak dinafikan, kehidupan universiti juga ada peperiksaan,
namun disebalik itu, segala tugasan yang diberi sebenarnya telah berjaya
disiapkan atas pembacaan dan inisiatif diri. Tugasan yang diberi adalah ilmu
yang kebanyakan tidak dipelajari semasa kuliah. Maka, pembacaan yang lebih
lanjut perlu dilakukan sendiri oleh mahasiwa.
Apa yang aku dapat ialah, dalam
keadaan tiadanya tekanan atau galakan untuk seseorang itu membaca, mana mungkin
dia berjaya menyiapkan tugasan yang mencakupi ilmu yang pelbagai itu. Maka
apakah galakannya? Tentunya rasa cinta akan ilmu yang telah mendorong kita
untuk tetap teguh dan bersemangat. Aku akan sambung penceritaan ini di entri
ini (klik pada pautan)
Maka aku teruskan dengan
penceritaan #MKS1. #MKS1 ini sebenarnya bermaksud, “Misi Konvo Sidang 1”. Di
UKM, majis konvokesyen siding 1 ini merupakan majlis konvo bagi para graduan
yang bakal memegang PhD, Master dan juga dekan bagi Degree. Selain itu, antara
individu yang juga akan hadir pada majlis ini ialah mereka yang merangkul
anugerah-anugerah khas seperti Anugerah Naib Canselor dan sebagainya.
Ini bermakna, untuk memastikan
misi ini tercapai, aku perlu mendapatkan PNGK minimum 3.67 atau mendapatkan
anugerah-anugerah khas. 3.67 merupakan pointer DEKAN bagi UKM.
Orang kata, bermimpi biarlah
sampai ke bulan, sekurang-kurangnya, kalau jatuh, kita akan jatuh atas awan.
Pernyataan diatas adalah sangat
benar, namun dalam kita berharap, janganlah kita lupa kepada realiti sebenar.
Semakin tinggi kita berharap, semakin kuat usaha yang perlu kita letakkan.
Ianya seperti keluk/graf yang berkadar terus. Sekiranya usaha yang diletakkan
adalah rendah, maka hasilnya, apa yang kita capai juga adalah rendah.
Namun, keluk berkadar terus itu
tidak konstan dalam ekonomi. Ekonomi yang turun naik menyebabkan graf
pendapatan negara, kecekapan buruh dan sebagainya menjadi naik dan turun.
Begitulah kehidupan, yang kita impikan tinggi. Namun perjalanan menuju kearah
itu sebenarnya penh dengan ujian dan dugaan. Maka setiap yang kita impikan itu
penuh dengan risiko.
Aku sedar, semua benda tidak
mustahil. Aku juga sedar bahawa ada kemungkinan untuk aku tidak capai matlamat
itu. Jadi, ceritanya mudah bagi aku.
Itu adalah matlamat, apa yang
ingin kita capai. Tindakan dan keputusan yang hendak dilakukan itu haruslah
menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Namun, yang penting sebenarnya
adalah kemampuan kita untuk mengutip dan garab segala ilmu dan pengalaman di
sepanjang perjalanan itu. Maka sekiranya di penghujung itu kita berjaya
mencapai misi dan matlamat yang ditetapkan, maka bagi aku ianya adalah BONUS.
Oleh yang demikian, doakan
perjalanan dan urusan aku disepanjang perjalnan ini dipermudahkan. InshaAllah,
aku akan berusaha sehabis baik aku untuk mencapai Misi Konvo Sidang 1. Bukan
itu sahaja, yang paling penting adalah aku mahu menjadi seorang graduan yang
bukan sahaj bergraduasi dengan ilmu Ekonomi yang aku mahiri, sebaliknya menjadi
lepasan UKM yang berjaya mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman yang ada.
Allahumma amen.
Sekian sahaja buat kali ini.
Wassalam.