Jika sebelum ini, kita berusaha keras dalam pelajaran,
mencari skor terbaik untuk memastikan tempat di menara gading, maka pada hari
ini, disaat kita telah berjaya memijakkan kaki di menara gading itu, apa
halatuju kita seterusnya?
Maka entri sambungan ini akan aku ceritakan apakah matlamat
aku sebenarnya setelah menjadi mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jadi disebalik usaha dalam pelajaran, aku lebih
mengutamakan pengalaman-pengalaman sebegini, yang lebih tertumpu kepada
pengalaman dan kehidupan, mengenali diri sendiri dan persekitaran dan juga cara
mengadaptasi diri dalam sesuatu keadaan. Mungkin keputusan semester ini akan
jatuh disebabkan kegagalan aku untuk fokus dalam kelas seterusnya menggangu
pencapaian aku dalam ‘carrymarks’ dalam 10 subjek aku ambil, tetapi aku
merasakan, dengan berakhirnya semester ini, aku telah berjaya membuktikan
kepada diri aku bahawa segala usaha dan penat-lelah yang aku letakkan telah
tamat. Selain daripada itu, ia membuktikan bahawa tiada yang mustahil.
Ceritanya, ada 2/10 subjek yang aku ambil (Subjek CITRA),
yang mempunyai peperiksaan akhir. Apabila mengetahui keadaan sedemikian,
kebanyakan rakan atau kenalan ‘drop’ subjek-subjek ini atas alasan mempunyai peperiksaan
akhir. Namun apa yang membuatkan aku tetap terus hadir ke kelas tersebut adalah
kerana ilmu. Aku sedar, bahawa CITRA ini memberi peluang untuk kita mempelajari
ilmu luar bidang kita. Maka, aku rasa inilah masa yang aku ada untuk
mendapatkan ilmu-ilmu ini.
Sungguh, mungkin aku dikatakan rugi, kerana ambil subjek
berjam kredit dua sahaja, namun mempunyai peperiksaan akhir, tetapi yang
menguntungkan aku adalah ilmu. Maka, seandainya niat yang murni ini tidak
disulamkan dengan usaha yang terbaik, ianya akan menjadi sia-sia.
Semuanya akan sia-sia sekiranya aku berhenti ditengah
jalan. Dengan motivasi ini, aku cuba telankan segala kepenatan dan keperitan,
sehinggalah tanpa sedar bahawa semester ini akan berakhir tidak lama lagi.
Semoga segala ilmu yang aku cari sepanjang perjalanan ini diberkati dan memberi
manfaat bukan sahaja buat diri, juga buat ummah. Mudah-mudahan, InshaAllah.
Pilihan aku untuk menyertai program adalah kerana bagi
mencapai sasaran atau matlamat aku. Maka segala keputusan itu tentunya disertai
dengan risiko. Atas keputusan tersebut juga, aku tidak boleh menyalahkan
sesiapa sekiranya berlaku kesan negative kepada diri aku. Oleh itu, semoga
keputusan yang telah aku pilih sebelum ini sedikit sebanyak mengajar aku untuk
membuat keputusan yang lebih bagus pada masa yang akan datang.
Jadi dikesempatan ini
juga, aku berterima kasih atas segala budi dan jasa orang sekeliling,
yang banyak memberi motivasi dan inspirasi. Sungguh, tidak terkata aku dek 1001
nama yang hadir dan melintasi laluan kehidupan aku.
Buat mama dan baba yang jauh dimata dekat di hati, mungkin
kalian sibuk dengan kerja, namun kalian sentiasa bertanyakan khabar dan kondisi
satu-satunya anakmu ini. Terima kasih buat masa yang kalian luangkan dari aku
kecil sehinggalah detik ini, walaupun aku tahu, kalian juga punya masalah di
tempat kerja dan kelelahan kalian bekerja pastinya tak mampu lagi untuk aku
tanggung. Aku yang hanya mengambil beberapa jam sehari untk berkerja pun dah
rasa nak pengsan, inikan pua kalian yang turun naik tangga dan berjalan kehulu
kehilir setiap hari. Terima kasih atas segaa jasa itu. Aku akan berusaha
sehabis baik aku untuk menghadiahkan yang terbaik buatmu.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment