Tatkala ini, aku sedang bertarung dalam menempuhi 8 kertas
peperiksaan akhir. Dua telah berlalu dan enam lagi berbaki. Dalam kesibukan
semua orang menghadapi peperiksaan kertas masing-masing, aku ditakdirkan untuk
melalui satu kisah yang aku rasakan baik untuk dikongsi.
Ada seorang sahabat jauh
‘update’ Whatsapp statusnya, menyatakan semangatnya kian jatuh dek ujian yang
menerpa. Lalu aku tergerak untuk ‘reply’ dan bersembang seketika. Katanya
peperiksaan sudah di hujung tanduk, namun belum ada sebarang pembacaan
dilakukannya. Almaklumlah, musim perayaan kali ini jatuh pada minggu-minggu
yang kita panggil ‘killer week’. Maka kebanyakan mahasiswa kurang membuat
persediaan seperti sebelum-sebelum ini.
Sambungannya, aku berusaha untuk
menaikkan semula semangatnya dengan mengimbau kembali, segala usaha yang kami
letakkan bersama sebelum masuk ke menara gading. Ternyata, segala usaha itu
membuahkan hasil pada hari ini. Namun, setelah kita sampai di tempat sebenar
perjuangan kita bermula, yakni medan peperangan sebenar dalam mengenali dunia,
masakan usaha sebelum ini hendak kita persiakan hanya dengan ‘putus asa’?
Sungguh, setiap ujian yang menjengah tidak lain dan tidak bukan untuk kita
belajar sesuatu.
Aku turut mengatakan kepadanya,
bahawa masa-masa yang berbaki ini sebenarny adalah satu fasa dimana kita akan
menilai dan menguji, sejauh mnakah kefahaman kita terhadap sesuautu. Sepanjang
14 minggu kita hadirkan diri ke kuliah, ianya merupakan masa dimana kita tahu
dan belajar. Maka sisa-sisa masa yang ada sebelum kita menduduki peperiksaan
adalah fasa ‘faham’. Jadi sebenarnya yang penting dalam menjadi seorang
mahasiswa ini bukanlah dengan PNGK yang terbaik, tetapi adalah dengan memahami
apa yang kita pelajari.
Bagi aku, kegagalan dalam
mendapatkan gred terbaik dalam subjek yang diambil bukanlah kegagalan sebenar.
Kegagalan yang sebenar adalah apabila kita langsung tidak memahami apa yang
telah kita pelajari. Apa kita lakukan sebelum-sebelum ini hanyalah
menghafal-mengahafal-menghafal dan mengulanginya semula. Bagi aku, ilmu itu
hanya berkesan dan bermanfaat apabila seseorang itu faham.
Apa bukti kita faham? Faham kita
adalah apabila kita dapat mengaitkan apa-apa yang kita peljari itu dengan
kehidupan seharian kita. Disaat kita mampu mencari ‘pengajaran’ dan ‘hikmah’
disebalik pembelajaran kita, maka telah tercapailah salah satu matlamat dalam
belajar. Maka perbualan kami ditamatkan dengan semangat, untuk masing-masing
berusaha selagi boleh sementara masih ada.
Dalam pada itu, ingin aku
selitkan seperkara; Ilmu itu ibarat cahaya, dimana ia hanya akan menerangi
hati-hati yang bersih. Semester ini membuatkan aku terlalu sibuk dengan
program, kelab dan persatuan. Maka banyaklah episode-episod me-lagha aku
menyebabkan aku jauh daripada Dia. Episod-episod ‘hitam’ ini aku rasakan turut
meng-‘hitam’kan hati aku.
Ada ketika aku mengalami masalah dalam memahami sesuatu
perkara walaupun telah mengulag pembacaan berkali-kali. Namun, berdasarkan
eksperimen dan tindakbalas diri sendiri, apabila aku kembali melakukan ‘rutin’
yang telah lama ditinggalkan; Alhamdulillah, semua semakin baik. Tindak-balas
yang ketara ditunjukkan adalah apabila segala pembacaan mudah difahami dan
diingati.
Aku akan sambung entri ini dengan senaraikan beberapa tips
atau rutin harian aku dalam mendapatkan ketenangan yang dicari. Acewah! Tetapi,
tidak bermakna aku tidak melakukan rutin lain seperti ‘lepak’ dengan kawan dan
sebagainya. Kawan-kawan dan keluarga juga penting sebagai’support-system’ kita.
No comments:
Post a Comment