Jatuh Bangun. (Part 1)
Syukur, semester 2 kini hamper
melabuhkan tirainya. Tinggal beberapa hari lagi berbaki sebelum aku menutup
buku semester dua dalam tahun pertama aku di universiti. Terasa seperti masa
terlalu pantas berlalu hinggakan tanpa aku sedar, segala rintangan berjaya aku
lalui.
Semester ini terlalu sukar untuk
aku tempuh. ‘Core subject’ yang dikatakan ‘Killer’ tidaklah banyak. Ada
beberapa sahaja. Namun, cabarannya kali ini adalah dugaan dalam menyiapkan
tugasan disamping komitmen dalam menghadirkan diri ke kelas. Bilangan subjek
yang banyak. 10 subjek semester ini, dengan 26 jam kredit, sungguh bukanlah
sesuatu yang mudah untuk diperkatakan. Semester ini terlalu bayak ajar aku erti
lelah dan semangat.
Lelah yang aku pilih hinggakan
aku terpaksa tinggalkan kelas kerana terlalu penat. Kadang, jasad di kelas
namun roh ku tenang dibuai mimpi. Aku tak tahu sama ada mahu kategorikan ianya
sebagai baik atau tidak, tetapi yang pasti ianya satu pengajaran dalam
mengenali diri sendiri. Selain itu, punca kelelahan aku juga adalah kerana aku
memperuntukkan sebanyak masa yang ada untuk aku belajar dan bekerja.
Kerja yang aku buat adalah
menjual nasi ke bilik kolej-kolej kediaman. Pada mulanya aku merasakan
pekerjaan ini mudah kerana ianya mengambil masa yang singkat. Namun, benarlah
kata mama dan baba,
“Kamu
ingat nak cari duit tu senang? Bila kamu dah kerja nanti, kamu tahulah betapa
susahnya nak dapatkan walaupun seringgit.”
Benar. Sangat sukar, dan aku
hargai setiap sen dan ringgit yang aku peroleh. Aku kerja untuk mencari dana bagi
program yang aku sertai. Aku terfikir sejenak. Menyertai program yang berimpak
sebenarnya bagus, meluaskan jaringan dan menambah kemahiran diri. Namun begitu,
sekiranya dana yang menjadi masalah utama dalam meneruskan program, seterusnya
mengganggu masa dalam pembelajaran, bagi aku ianya tak jadi masalah. Masalahnya
adalah pada diriku aku, bagaimana aku perlu gunakan masa dan pilih jalan
terbaik dalam menyelesaikan setiap satu.
Dalam isu bekerja ini, aku rasa
diri aku kurang sesuai dalam melakukan ‘heavy part-time job’, dimana kerja yang
aku lakukan memerlukan komitmen hamper setiap hari. Walaupun hanya beberapa
sahaja jam yang diperlukan untuk aku mencari rezeki, kesuntukan masa dengan
jadual kelas aku yang penuh menyebabkan aku penat dan tidak fokus di dalam
kelas.
Seterusnya, semangat. Dalam
melalui setiap hari aku sepanjang semester 2 ini, aku hanya pulang pada minggu
ke-10 oembelajran, setelah cuti pertengahan semester. Bayangkan dengan segala
kepenatan yang aku perlu hadap, aku kenal mana kawan mana lawan. Yang aku
perlukan ketika aktu-waktu genting itu adalah semangat.
Maka, semester ini telah merungkai sedikit-sebanyak
insan-insan yang sebenarnya menjadi punca semangat aku. Insan-insan yang
sentiasa mengeluarkan kata-kata semangat untuk aku terus bergerak, yang faham
akan keadaan aku yang mendesak juga berusaha untuk ada dengan aku tatkala aku
sangat memerlukan tangan untuk aku bangun semula.
Walau apa-apapun, disebalik semua ini sebenarnya aku
berperang dengan diri aku sendiri. Aku sedar, bahawa aku sangat memerlukan masa
dan tenaga untuk meneruskan misi #MKS1. Oleh itu, untuk masa akan dating,
setiap keputusan aku haruslah menitikberatkan fokus dan prestasi aku dalam
kelas. Walaupun misi #MKS1 menjadi pembakar semangat untuk aku terus belajar,
bak kata mereka,
“Enjoy your university life. This is the time where you can
learn what you want to learn. Everything.”
Aku akan sambung tajuk ini pada entri yang akan datang,
dengan menceritakan matlamat atau sasaran aku dalam menjadi mahasiswa di
universiti.
No comments:
Post a Comment