Siapa
yang tak mahu masuk ke syurga? Kerana kita sendiri tahu nikmat yang bakal
diperoleh sekiranya kita berjaya sampai ke syurga. Namun, hakikatnya adalah
kita sepertinya acuh tidak acuh dalam mencapai misi terbesar itu. Pada hari
ini, sekiranya kita merasakan dunia ini adalah segalanya, sebenarnya kita lupa
bahawa dunia ini hanyalah persinggahan dalam kehidupan.
Aku tertarik untuk berkongsi
tentang usaha kita untuk sampai ke syurga. Pada hari ini, apa yang aku lihat
adalah semua manusia ingin ke syurga. Namun sebagai seorang muslim, apa yang
kita lakukan?
“Untuk sampai ke syurga, aku ikut aturan dan kehendak
Allah, dengan solat lima waktu, jaga ibadah wajib semua tu.”
Persoalan aku sekarang, cukupkah dengan ibadah-ibadah wajib
itu yang kadang kita buat acuh tak acuh itu menyampaikan kita ke syurga?
Cukupkah hanya melakukan yang wajib itu memenuhi syarat dan tuntutan kita untuk
masyuk ke syurga tertinggi? Adakah dengan berbuat yang demikian menjadikan kita
ummat terbaik seperti yang diperkata oleh nabi kita?
Jawapannya TIDAK. Aku bukanlah bertindak kasar, namun
sebenarnya aku ingin kita semua sedar, bahawa sebenarnya banyak lagi perkara
yang perlu kita oenuhi dalam memenuhi tuntutan agama. Sekiranya kita mahukan
yang terbaik, kita harus melakukan yang terbaik untuk menjadi muslim yang
terbaik.
Ingin aku berkongsi tentang hasil dapatan aku semasa aku
berada bersama ‘Source or Tarbiyyah’ aku. Pada haritu, mereka bercerita
mengenai Surah Al-A’raaf. Surah ini maksudnya ialah tempat yang tinggi. Di
dalam Quran ada mengisahkan segolongan manusia yang tempat pengakhirannya di
al-A’raaf ini. Mereka tidak ditempat di syurga, mahupun di neraka. Akhwat ini
berkata bahawa mereka ini seolah-olah duduk di pertengahan. Mereka ketika di dunia
menjadi manusia yang ‘biasa-biasa’.
Macam mana manusia yang ‘biasa-biasa’ ini? Mereka inilah
manusia yang melakukan sesuatu ala kadar, kalau berprogram asalkan program itu
berjalan sudahlah. Kalau beribadah, asalkan buat sudahlah. Kalau belajar, asal
lulus, dapat A, survive, sudahlah. Jadi, disini aku berpandangan bahawa kita
tidak akan dapat kesannya sekiranya kita terus bertindak dengan ‘touch and go’ sahaja. Sia-sia dan
merugikan.
Hah. Itulah mainpoint
aku. Dalam hidup ini, adalah menjadi fitrah bagi kita untuk mendapatkan
yang terbaik. Kalau nak makan, kita nak makan yang paling sedap, paling kena
dengan tekak kita. Kalau nak beli sesuatu, kita nak pastikan sesuatu itu
sempurna yang boleh sifatnya, kalau kita mahu berpakaian, kita mahu kelihatan
yang terbaik di mata kita juga kaca mata manusia lain. Maka, kita perlulah
berusaha kearah itu!
Adalah lebih baik, sekiranya konsep diatas kita aplikasi
dalam kehidupan seharian kita, dimana kita mahukan yang terbaik dalam
pengurusan masa kita. Mahukan terbaik dalam kehidupan, kerana diakhirnya yang
penting itu adalah kesannya.
Sejauh mana setiapyang kita lakukan itu dapat mendekatkan
diri kita kepada pencipta kita. Seharusnya jika matlamat kita syurga, setiap
yang kita lakukan itu memberi sumbangan kepada Syurga. Jika tidak, masakan kita
mampu menjejakinya?
Islam sebenarnya mengajak kita untuk melakukan yang
terbaik, kerana Islam tidak mahu kehidupan kita diakhiri dengan menjadi
golongan pertengahan yang aku ceritakan itu tadi. Maka, dalam setiap perkara
yang kita lakukan dalam kehidupan ini, jadilah manusia yang melakukan sesuatu
dengan sebaik yang mungkin. Banyak kebaikannya sebenarnya, sekiranya kita mampu
untuk melakukan yang terbaik. Antaranya ialah; kita tidak melakukan sesuatu
perkara dengan sia-sia, tidak membazir masa dan tenaga. Yang penting ialah
ikhlas!
Sebagai penutup, teaser untuk entri yang akan datang adalah
mengenai IKHLAS. Terdapat satu analogi yang ingin aku kongsikan mengenai ikhlas.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment