Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu
Perit
Bila dah tak penting.
Sakit.
Bila dah tak perlu,
Pilu.
Bila semua dah tak seperti dulu.
Sedih.
Bila orang tak sedar pun.
Perit
Bila dah tak penting.
Sakit.
Bila dah tak perlu,
Pilu.
Bila semua dah tak seperti dulu.
Sedih.
Bila orang tak sedar pun.
Haaa, kali ini puisi yang
dikongsi merupakan puisi yang aku tulis masa aku sedih. Aku rasa ketika itu aku
ditinggalkan tanpa sebarang penghargaan. Seperti semua dipersiakan.
Pernah suatu ketika semasa di
dalam kelas tingkatan 2. Cikgu bertindak kurang adil dalam sesuatu aktiviti.
Maka aku dengan lantang berkata,
“Cikgu,
ni tak adil!”
Lalu,
cikgu aku pun membalas,
“Eh,
hidup ini memang tak adil.”
Jadi,
semenjak itu, aku mulai sedar bahawa dunia ini tidak akan selalu berpihak
kepada kita. Walaupun kita berlaku baik, tidak semestinya kita dapat lari
daripada ujian. Maka aku anggap setiap yang tidak memihak kepada aku itu ialah
ujian.
Mana ada manusia yang tidak
memerlukan penghargaan. Ya benar sekiranya ada berfikir bahawa sekiranya
individu itu ikhlas, tentunya kita tidak meminta balasan.
Namun, ayuh kembali kepada
reality, dimana salah satu keperluan diri manusia adalah keperluan motivasi dan
penghargaan. Maka, dalam menghargai orang sekeliling kita, mungkin kita tidak
punya wang ringgit untuk menghadiakan seseorang yang kita hargai dengan
pemberian hadiah. Tidak mengpa, kerana penghargaan yang sebenar bagi aku adalah
apabila kita mampu untuk menghargai kehadiran seseorang itu di dalam hidup
kita.
No comments:
Post a Comment