Alhamdulillah.
Kali ini aku nak bercerita mengenai ikhlas. Ikhlas ini, bak kata Murrobiah aku,
kita tak akan nampak. Bak kata orang ramai pula, “Orang kalau ikhlas, tak akan
cakap dia ikhlas.”
Jadi apa makna sebenar ikhlas?
Sharing bersama Murrobiah aku hari itu telah bercerita mengenai Ikhlas ini.
Lalu, Kak AJ (Murrobiahku) memberi satu analogi atau teladan mungkin, untuk
menerangkan konsep Ikhlas.
Ikhlas ini terlalu sukar untuk
digambarkan sehinggakan dia bertanya kepada kami,
“Kenapa
Surah al-Ikhlas, di dalam ayat-ayatnya, langsung tidak ada satu pun patah
perkataan yang menyebut mengenai IKHLAS?”
Hah. Tergamam kami semua
anak-anak usrahnya. Benarlah itu. Setiap surah yang menjadi tajuknya, pasti
terkandung ayat yang berkaitan di dalam surah tersebut. Namun tidak bagi surah
al-Ikhlas ini. Begitulah Ikhlas pada zahirnya, tidak nampak dimata.
Usrah atau perkongsian pada hari
itu diteruskan lagi dengan Kak AJ bercerita mengenai maksud sebenar Ikhlas yang
sebenarnya.
“Kalau
korang nak tahu macam mana sebenarnya ikhlas itu, definisi sebenar ikhlas itu
ada di dalam ayat-ayat surah al-Ikhlas ni…” kata kak AJ.
Dia meneruskan sesi usrah itu
dengan mentadabur setiap bait kata dan ayat didalam surah itu.
Mainpoint
penting dalam mentadabbur surah al-Ikhlas ini dan memahami konsep ikhlas itu
adalah pada “Allahu Ahad”. Kak AJ menerangkan kami panjang lebar tentang Ahad.
Katanya, ahad itu bukan satu.
Kerana ianya satu, pasti ada yang kedua. Allah itu ESA, tiada yang lain melainkannya.
Jadi, bagaimana pula keadaan ESA itu?
Kak AJ seterusnya memberikan
kami sebuah baling, dan diminta untuk kami memenuhkan balang itu dengan apa
sahaja benda yang ada di sekitar kami. Lalu setelah itu, diceritakan kepada
kami, bahawa balang yang penuh kami isi dengan air tasik dan juga dedahan pokok
itu sebenarnya hati kita.
Hati kita telah diisi dengan
pelbagai perkara yang menjadi dambaan kita di dunia ini. Maka dimana pula
kitatempatkan Allah di dalam hati kita? Sekiranya jawapannya adalah dengan
menyumbatkan lagi balang yang penuh itu dengan Allah, adalah mustahil kerana
balang itu sudah penuh. Sungguhpun kita buang separuh daripadanya lalu kita
katakan kekosongan itu adalah untuk Allah, ianya masih mustahil kerana ianya
telah melanggar konsep ESA, dimana sekiranya kita mencampurkan Allah dengan
perkara dunia, maka ianya telah menjadi satu campuran, dan tidak menggambarkaan
keesaan Allah itu.
Jadi, dalam apa jua keadaa,
selagi masih ada dunia di dalam balang itu, makan adalah mustahil untuk kita
dapatkan Allah. Jadi bagaimana untuk memasukkan Allah kedalam balang atau hati
kita? Satu sahaja caranya, dengan membuang segala kekotoran yang ada di dalam
balang itu. Barulah Allah boleh masuk, dan Dia menjadi Yang Maha ESA.
Begitu jugalah hati kita sebenarnya.
Sekiranya benar kita mengaku bahawa Allah itu Esa, maka marilah sama-sama kita
membuang segala kekotoran di hati kita supaya iman kita benar-benar mengaku dan
percaya bahawa Allah itu Esa. Allah itu langsung tidak mahukan percampuran
dengan apa jua yang kita cinta di dunia ini.
Semoga perkongsian dan analogy
ini dapat difahami dengan baik dan ibrahnya dapat sama-sama kita hayati. Sekian
sahaja pada kali ini, wassalam.
No comments:
Post a Comment