1. Solat
diawal waktu
Solat diawal waktu ini
terlalu banyak manfaat. Bagi aku yang liat nak solat ni, aku banyak hadirkan
diri ke surau untuk berjemaah. Tidakpun, bertapa di surau supaya diri ini ikut
terpanggil untuk solat. Aku suka untuk amalkan rutin Jemaah dan solat awal
waktu ini disebabkan kelapangan selepas solat. Selepas kita solat, kita akan
merasakan bahawa masa yang berlalu adalah perlahan dan sangat efektif.
2. Tingkatkan
hafazan Al-Quran
Daya ingatan aku bukanlah
terlalu hebat. Banyak perkara yang menjadi faktor untuk aku lupa. Maka dengan
mengulang-ulang hafalan yang sedia ada, sekurang-kurangnya aku percaya kepada
ingatan aku bahawa dia masih mampu untuk mengingati. Aku sangat yakin dan
percaya sekiranya kita banyak membaca dan menghafal al-Quran, hafalan kita
dalam akademik juga akan turut meningkat. Cubalah.
3. Bacaan
Al-Mulk, Ar-Rahman dan Al-Waqi’ah
Surah-surah ini merupakan
pedoman dan memiliki banyak kebaikan. Bagi aku, al-Mulk sangat hebat kerana
akan menjadi syafaat kita semasa di dalam kubur. Ar-Rahman pula mengajar aku
erti syukur, manakalah al-Waqiah mengingatkan aku tentang kematian. Surah
kegemaran aku, Al-Fajr ayat 27-30 pula seolah-olah memberi semangat untuk aku
terus berjuang pada ayat;
“Yaa Ayyatuhan Nafsul
Muthmainnah, Irjie Ila Rabbiki Rodhiyatam Madhiyyah, Fadkhuli fi ‘ibadi,
Wadkhuli jannati”
Maksudnya: Wahai jiwa
yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan kau berpuas hati dan
diredhai TuhanMu, serta masuklah engkau dalam golongan hambaku yang berbahagia,
dan masuklah kedalam syurgaku.
4. Al-Ma’thurat
Aku tak tahu sejarah
Al-Ma’thurat, tetapi yang aku tahu ia merupakan himpunan zikir Rasulullah SAW.
Kesan pada diri aku, ianya amalan yang tetapkan jiwa kita supaya untuk terus
tekun dan berusaha.
5. Tidur
sebelum 12 tengah malam
Tidur penting supaya kita
dapat rehat yang cukupdan seterusnya fokus dalam apa yang kita buat. Lagi
bagus, apabila kita dapat train badan kita untuk bangun sebelum subuh. Hah,
masa itulah kita dapat buat banyak sangat perkara. Antaranya qiam, sahur, mandi
dan siap-siap ke surau/ masjid untuk subuh berjemaah
Aku suka persediaan untuk
subuh. Sebab, tak ramai yang berkesempatan untuk dengar baris azan “Assolatu
Khairum Minan Naum” tu. Jadinya, aku terasa istimewa kalau dapat dengar azan
Subuh. Selain daripada itu, aku sarankan untuk solat sunat sebelum subuh.
Fadhilatnya/ kebaikannya inshaAllah solat sunat itu seperti kita memperoleh
dunia dan seiisinya. Aku analogikan solat sunat ini seperti, kalau kita dapat
buat, inshaAllah segala mehnah di dunia ini juga kita akan dapat tempuhi.
Seterusnya kelebihan
solat subuh berjemaah ini, hidup ita akan lebih terisi. Sekiranya kita tidak
memulakan pagi kita dengan persediaan subuh, hari kita akan mula dengan
perlahan. Sebaliknya, dengan jemaah subuh, jemaah akan habis sekitar 6 pagi,
kemudian ada bacaan hadith (which is sangat bagus untuk mulakan hari dengan
ilmu dan kebaikan),selepas itu kalau aku, aku biasakan untuk meluangkan masa
6.30 pagi untuk bersama Al-Quran atau Ma’thurat. Sama ada mahu memantapkan
hafalan atau bacaan, terpulang.
Jadi bila balik ke bilik,
mandi sudah yakni sebelum subuh tadi, kemudian jemaah sudah, hadith sudah,
Quran sudah, maka seterusnya persiapan ke kelas atau belajar. Pagi yang tenang
dan lancer hendaknya di setiap pagi. Indah bukan sekiranya kita dapat bangun di
awal pagi.
6. Qailullah
Sejenis aku yang tiak
tahan mata. Bak kata adik aku, aku ini ‘sleepyhead’, jadi aku sangat memerlukan
Qailullah, iaitu tidur seketika sebelum Zuhur. Amalan ini memang sangat bagus
kerana ia memberikan semula tenaga kita yang sudahpun berkurangan. Pengalaman
sekiranya kita tidur terlalu selesa, kita akan lambat solat Zuhur. Maka antara
langkah yang aku ambil adalah Qaiulullah di surau. Maka kita akan terjaga
dengan azan dan iqamat.
Kenapa tak tidur lepas
Zuhur? Sebab, pengalaman aku tidur selepas Zuhur, menyebabkan aku tidur lagi
lama, berkemungkinan sehingga selepas Asar. Jadi, aku dapati disitu aku
sudahpun membuang masa dengan tidur.
7. Qiam
Qiam ini antarayang
paling susah untuk aku buat, lagi-lagi apabila tidurku terganggu (melebihi jam
12 am). Jadi aku pun masih berusaha untuk bangun melakukan solat sunat di 2/3
malam, which is lebih kurang 4.30-5.00 am begitu. Semoga kita sama-sama dapat
bangun qiam!
8. Beriadah
Riadah merupakan aktiviti
yang paling aku tunggu semasa aku di SERATAS dahulu. Maka, apabila di
universiti, kesibukan membuatkan diri ini malas bersukan. Kesannya, badan akan
terasa ‘lemau’. Jadi, bagi aku riadah ini penting bukan sahaja untuk hilangkan
tekanan belajar, sebaliknya diperlukan untuk kita keluar peluh dan menyihatkan
badan.
Aku juga sejenis yang cepat
demam. Antara faktor yang menyebabkan aku boleh demam adalah apabila aku telah
lama tidak mengeluarkan peluh. Oleh disebabkan itu, kalau badan terasa nak
demam, aku akan segera keluar dan hirup udara segar.
Aku
rasakan inilah keperluan aku sehari-hari dalam memastikan diri aku terus
disiplin, walaupun lihat memenatkan. Namu sebenarnya ia memenuhi keperluan
rohani dan jasmani kita. Untuk entri seterusnya, aku akan ceritakan apakah
maksud misi aku, #MKS1 yang aku pernah sebutkan sebelum-sebelum ini. Semoga
bertemu lagi, Jazakallahu Khairan Kathira.
No comments:
Post a Comment