....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Saturday, August 4, 2012

Perlu ke nak jelous?

Assalamualaikum,
Selamat pagi :)

Hari ini Frhan nak cerita sedikit pasal si Sang Pencinta.

Firstly, Farhan bersyukur gila sebab tak terperangkap dalam kata-kata manis dia...

Baru-baru ini Farhan dapat tahu beberapa gossip yang semakin hangat dan popular antara kami dalam batch.
Gossip dia berjalan seiring dengan orang yang suka dia tu, gossip yang dia berikan makanan untuk berbuka kepada orang yang suka dia tu...
Saya tahu yang budak perempuan ni suka dia. Yang saya tak tahu sekarang ini ialah, dia suka atau tidak dengan perempuan ini.

Tetapi dengan gayanya, seperti dia juga menyukai erempuan itu.
Dan Farhan?

Farhan hanya mampu tersenyum walaupun agak sedih terkenangkan kisah lama.
Farhan juga tidak tahu sama ada dia melakukan perkara-perkara seperti itu adalah kerana mahu menguji Farhan ataupun dia memang melakukannya mengikut hawa nafsunya?

Farhan tak kisah kalau dia nak bagi ayam percik ke, karipap ke, OUT KRUNCH sekali pun kat budak perempuan itu, sebab tidak semestinya kalau dia bagi semua itu, kita akan bersamanya pada suatu hari. Biarlah suatu hari nanti suami kita sendiri yang masak untuk kita, walaupun tidak sesedap orang lain masak, tetapi bila orang yang kita sayang masak, dan ada ramuan kasih-sayang itu.. Segalanya menjadi sempurna... Tak percaya? Cubalah suatu hari nanti...

Buat apa kita menaruhkan harapan yang tinggi kepada orang yang cintanya belum lagi tentu untuk hati wanita yang lemah seperti Farhan ini? Nanti ianya disakiti. Tak ke parah? Seperti biasa Farhan kata, lebih baik kita mencari cinta yang sejati yang kekal sampai bila...
Lebih baik kita menaruhkan harapan pada cinta yang dapat menyelamatkan kita daripada azab api neraka dan bawa kita ke syurga. Lebih baik kita menaruhkan harapan yang tinggi kepada cinta yang dapat dibalasi dengan cinta yang indah antara manusia.... Iaitu cinta Allah... Dengan cinta Allah lah segalanya bermula... Tanpa cinta Allah, Farhan pasti kita tidak akan jumpa cinta yang suci dan indah antara kita sesama manusia...

Perjalanan cinta ini jauh, ada suka dan sukanya, ada gelak dan tangisannya, ada yang terluka dan ada yang melukai, tetapi apa yang dapat kita lakukan hanyalah mujahadah dan teruskan mencari cinta Allah, kerana Frhan yakn dan pasti, Allah akan membanu hambanya yang sedang binggung, Allah akan memberikan cahaya pada setiap masalah yang kta lalui... Ingat, cabaran dan dugaan itu dapat sebab kita dah jauh daripada Allah, dan ianya datang untuk menginsafi diri kita... Jadi, orang yang sentiasa diujilah orang yang semakin matang :)

Walaupun Farhan masih muda, tetapi berdasarkan engalaman yang Farhan lalui, berapa kali hati Farhan ni disakiti da dilukai, tetapi kembali dirawat oleh cinta Allah, inilah yang Farhan mampu katakan menganai CINTA. Farhan masih terlalu muda unutk memahami cinta, tetapi tidak salah untuk Farhan belajar mengenai CINTA bukan? Jadi, janganlah runsing kalau anda tidak menjumpai cinta manusia yang betul-betul untuk anda kerana, anda masih lagi belum mencari cinta Allah... Allah knows everything about every people's fates. So, no matter happens to us, we have to try harder and harder to grab Allah's love, because his love is the sweetest and the best in this world... Insya-allah....

Jom, cari cinta Allah? Cinta manusia itu kita tinggalkan jelah, nanti biarkan Allah yangagi rasa cinta pada manusia tu ye? Jom, cintailah Allah sepenuh hati kita :)

Farhan bukanlah sudah sempurna cintanya pada Allah sehinggakan mahu mengajak semua mencari cinta Allah juga, tetapi Farhan mahu mengajak muslimin muslimat sema untuk berjuang bersama untuk mencari cinta yang terindah itu ;)

Sekian,
Jazakallah,
Wassalam...


No comments:

Post a Comment