....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, August 3, 2012

Surau SERATAS vs Masjid Sultan Idris II

Assalamualaikum!

Hah.
Kali ni Farhan nak cerita mengenai Solat Terawikh di dua tempat:-
-Surau SERATAS
-Masjid Sultan Idris II

Malam ini ialah malam hujung minggu yang dibenarkan untuk pulang. Jadi, dengn kesempatan yang telah Farhan dapat ini, Farhan pergilah solat terawikh di Masjid Sultan Idris II, masjid pada kebiasaannya Farhan pergi pada tahun-tahun lepas.

Tetapi apa yang Farhan dapat lihat, Surau SERATAS lagi meriah berbanding Masjid Sultan Idris II. Kenapa? Sebab, surau SERATAS memang sangat best, dengan imamnya... Tambahannya lagi, solat berjemaah bersama kawan-kawan dan juga senior-senior... Sebelum ini pun Farhan pergi masjid yang sama juga tetapi, entahlah. Farhan rasa sangat tidak meriah berbanding dulu. Mungkin kerana dulu Farhan tidak pernah berada di surau SERATAS yang sangat meriah tu. Itu yang Farhan rasa masjid itu sudah cukup meriah. Tetapi sebenarnya tidak...

Walaupun surau SERATAS di bahagian solat muslimah itu sedikit panas... Tetapi bagi Farhan itulah yang mengajar kita erti kesabaran. Kalau kita rasa panas, panas lagi api neraka bukan? Jadi, apa salahnya setiap peluh yang kita titiskan itu adalah semata-mata kerana Allah. Tak rugi pun kan? Farhan bersyukur sangat sebab at least, Farhan dapatlah juga merasa kenikmatan solat terawikh dekat SBP.

_______________________________
 Tetttttt.

Okay, and then tadi Farhan agak terkejut + gembira.
Mana tidaknya, junior SKSS tegur Farhan... Huhu. Tak sangka dia kenal juga Farhan walaupun Farhan pakai telekung :)
Dia berani pula tegur tu! Haha, ala.. sebab dia tahu senior dia ni sporting, tidak macam senior lain. Haha. Farhan orait je dengan junior-junior...
Kami sempatlah juga bersembang sekejap... Huhu.

Hurm, so itu je lah yang Farhan nak share dalam entri kali ini...
Apa-apa pun, yang penting kita perlu bersyukur  sebab kita boleh beribadah kepada Allah dalam keadaan yang aman dan damai... Tenang sahaja. Orang di luar negara sana itu, tidak tentu lagi dapat merasakan kenikmatan yang dapat kita rasakan... Jadi? Apa lagi? Bersyukur lah :)


Sekian,
Jazakallah,
Wassalam :)

No comments:

Post a Comment