....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Bertarung (Part 1)


Tatkala ini, aku sedang bertarung dalam menempuhi 8 kertas peperiksaan akhir. Dua telah berlalu dan enam lagi berbaki. Dalam kesibukan semua orang menghadapi peperiksaan kertas masing-masing, aku ditakdirkan untuk melalui satu kisah yang aku rasakan baik untuk dikongsi.

                Ada seorang sahabat jauh ‘update’ Whatsapp statusnya, menyatakan semangatnya kian jatuh dek ujian yang menerpa. Lalu aku tergerak untuk ‘reply’ dan bersembang seketika. Katanya peperiksaan sudah di hujung tanduk, namun belum ada sebarang pembacaan dilakukannya. Almaklumlah, musim perayaan kali ini jatuh pada minggu-minggu yang kita panggil ‘killer week’. Maka kebanyakan mahasiswa kurang membuat persediaan seperti sebelum-sebelum ini.

                Sambungannya, aku berusaha untuk menaikkan semula semangatnya dengan mengimbau kembali, segala usaha yang kami letakkan bersama sebelum masuk ke menara gading. Ternyata, segala usaha itu membuahkan hasil pada hari ini. Namun, setelah kita sampai di tempat sebenar perjuangan kita bermula, yakni medan peperangan sebenar dalam mengenali dunia, masakan usaha sebelum ini hendak kita persiakan hanya dengan ‘putus asa’? Sungguh, setiap ujian yang menjengah tidak lain dan tidak bukan untuk kita belajar sesuatu.

                Aku turut mengatakan kepadanya, bahawa masa-masa yang berbaki ini sebenarny adalah satu fasa dimana kita akan menilai dan menguji, sejauh mnakah kefahaman kita terhadap sesuautu. Sepanjang 14 minggu kita hadirkan diri ke kuliah, ianya merupakan masa dimana kita tahu dan belajar. Maka sisa-sisa masa yang ada sebelum kita menduduki peperiksaan adalah fasa ‘faham’. Jadi sebenarnya yang penting dalam menjadi seorang mahasiswa ini bukanlah dengan PNGK yang terbaik, tetapi adalah dengan memahami apa yang kita pelajari.

                Bagi aku, kegagalan dalam mendapatkan gred terbaik dalam subjek yang diambil bukanlah kegagalan sebenar. Kegagalan yang sebenar adalah apabila kita langsung tidak memahami apa yang telah kita pelajari. Apa kita lakukan sebelum-sebelum ini hanyalah menghafal-mengahafal-menghafal dan mengulanginya semula. Bagi aku, ilmu itu hanya berkesan dan bermanfaat apabila seseorang itu faham.

                Apa bukti kita faham? Faham kita adalah apabila kita dapat mengaitkan apa-apa yang kita peljari itu dengan kehidupan seharian kita. Disaat kita mampu mencari ‘pengajaran’ dan ‘hikmah’ disebalik pembelajaran kita, maka telah tercapailah salah satu matlamat dalam belajar. Maka perbualan kami ditamatkan dengan semangat, untuk masing-masing berusaha selagi boleh sementara masih ada.

                Dalam pada itu, ingin aku selitkan seperkara; Ilmu itu ibarat cahaya, dimana ia hanya akan menerangi hati-hati yang bersih. Semester ini membuatkan aku terlalu sibuk dengan program, kelab dan persatuan. Maka banyaklah episode-episod me-lagha aku menyebabkan aku jauh daripada Dia. Episod-episod ‘hitam’ ini aku rasakan turut meng-‘hitam’kan hati aku.

Ada ketika aku mengalami masalah dalam memahami sesuatu perkara walaupun telah mengulag pembacaan berkali-kali. Namun, berdasarkan eksperimen dan tindakbalas diri sendiri, apabila aku kembali melakukan ‘rutin’ yang telah lama ditinggalkan; Alhamdulillah, semua semakin baik. Tindak-balas yang ketara ditunjukkan adalah apabila segala pembacaan mudah difahami dan diingati.

Aku akan sambung entri ini dengan senaraikan beberapa tips atau rutin harian aku dalam mendapatkan ketenangan yang dicari. Acewah! Tetapi, tidak bermakna aku tidak melakukan rutin lain seperti ‘lepak’ dengan kawan dan sebagainya. Kawan-kawan dan keluarga juga penting sebagai’support-system’ kita.

No comments:

Post a Comment