....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Ikhlas


Alhamdulillah. Kali ini aku nak bercerita mengenai ikhlas. Ikhlas ini, bak kata Murrobiah aku, kita tak akan nampak. Bak kata orang ramai pula, “Orang kalau ikhlas, tak akan cakap dia ikhlas.”

                Jadi apa makna sebenar ikhlas? Sharing bersama Murrobiah aku hari itu telah bercerita mengenai Ikhlas ini. Lalu, Kak AJ (Murrobiahku) memberi satu analogi atau teladan mungkin, untuk menerangkan konsep Ikhlas.

                Ikhlas ini terlalu sukar untuk digambarkan sehinggakan dia bertanya kepada kami,

“Kenapa Surah al-Ikhlas, di dalam ayat-ayatnya, langsung tidak ada satu pun patah perkataan yang menyebut mengenai IKHLAS?”

                Hah. Tergamam kami semua anak-anak usrahnya. Benarlah itu. Setiap surah yang menjadi tajuknya, pasti terkandung ayat yang berkaitan di dalam surah tersebut. Namun tidak bagi surah al-Ikhlas ini. Begitulah Ikhlas pada zahirnya, tidak nampak dimata.

                Usrah atau perkongsian pada hari itu diteruskan lagi dengan Kak AJ bercerita mengenai maksud sebenar Ikhlas yang sebenarnya.

“Kalau korang nak tahu macam mana sebenarnya ikhlas itu, definisi sebenar ikhlas itu ada di dalam ayat-ayat surah al-Ikhlas ni…” kata kak AJ.

                Dia meneruskan sesi usrah itu dengan mentadabur setiap bait kata dan ayat didalam surah itu.

                Mainpoint penting dalam mentadabbur surah al-Ikhlas ini dan memahami konsep ikhlas itu adalah pada “Allahu Ahad”. Kak AJ menerangkan kami panjang lebar tentang Ahad.

                Katanya, ahad itu bukan satu. Kerana ianya satu, pasti ada yang kedua. Allah itu ESA, tiada yang lain melainkannya. Jadi, bagaimana pula keadaan ESA itu?

                Kak AJ seterusnya memberikan kami sebuah baling, dan diminta untuk kami memenuhkan balang itu dengan apa sahaja benda yang ada di sekitar kami. Lalu setelah itu, diceritakan kepada kami, bahawa balang yang penuh kami isi dengan air tasik dan juga dedahan pokok itu sebenarnya hati kita.

                Hati kita telah diisi dengan pelbagai perkara yang menjadi dambaan kita di dunia ini. Maka dimana pula kitatempatkan Allah di dalam hati kita? Sekiranya jawapannya adalah dengan menyumbatkan lagi balang yang penuh itu dengan Allah, adalah mustahil kerana balang itu sudah penuh. Sungguhpun kita buang separuh daripadanya lalu kita katakan kekosongan itu adalah untuk Allah, ianya masih mustahil kerana ianya telah melanggar konsep ESA, dimana sekiranya kita mencampurkan Allah dengan perkara dunia, maka ianya telah menjadi satu campuran, dan tidak menggambarkaan keesaan Allah itu.

                Jadi, dalam apa jua keadaa, selagi masih ada dunia di dalam balang itu, makan adalah mustahil untuk kita dapatkan Allah. Jadi bagaimana untuk memasukkan Allah kedalam balang atau hati kita? Satu sahaja caranya, dengan membuang segala kekotoran yang ada di dalam balang itu. Barulah Allah boleh masuk, dan Dia menjadi Yang Maha ESA.

                Begitu jugalah hati kita sebenarnya. Sekiranya benar kita mengaku bahawa Allah itu Esa, maka marilah sama-sama kita membuang segala kekotoran di hati kita supaya iman kita benar-benar mengaku dan percaya bahawa Allah itu Esa. Allah itu langsung tidak mahukan percampuran dengan apa jua yang kita cinta di dunia ini.

                Semoga perkongsian dan analogy ini dapat difahami dengan baik dan ibrahnya dapat sama-sama kita hayati. Sekian sahaja pada kali ini, wassalam.

No comments:

Post a Comment