....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Puisi 1#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Tolonglah.

Tolong, jangan lari dari landasan ilmu,
Bilamana kita siapkan tugasan hanya untuk carrymark,
Bilamana kita datang kuliah hanya untuk tanda kehadiran,
Bilamana kita belajar hanya untuk peperiksaan.

Tolong, jangan lari dari fungsi pemikiran,

Tak semua benda boleh diselesaikan oleh Mr. Google,
Tak semua benda boleh diambil bulat-bulat,
Faham dahulu sebelum buat,
Gunakan akal kita janganlah liat.

Tolong, lihatlah dengan hati.

Biar kita buat dengan erti.
Bukan hanya memahami,
Tapi cuba untuk mengubah nasib diri.

Tolonglah, faham dulu baru buat,

Jangan ambil bulat-bulat,
Kerana kita ada akal untuk melihat,
Ada hati untuk mengerti,
Biar ilmu itu bukan hanya difahami,

Tetapi ia diaplikasi.

                Jadi, puisi ini sebenarnya aku nak gambarkan konsep belajar yang sebenar. Seperti yang aku kata sebelum ini, kita perlu jadi manusia yang tebaik dengan melakukan setiap perkara itu dengan baik. Begitu jugalah konsepnya dengan belajar.

                Apa yang au lihat hari ini, kebanyakan daripada mahasiswa semakin acuh tak acuh dalam belajar. Kebanyakan dari kita juga hanya sekadar menghafal. Apa buktinya? Buktinya adalah apabila kita tidak benar-benar faham, kita tidak mampu untuk mengingati setelah kita tinggalkan. Aku pun tidaklah menjangkakan bahawa kita mampu untuk meningati setiap bait yang telah kita hafal, namun yang lebih penting itu adalah sejauh mana kita mampu memahami sesatu yang kita hafal itu.

                Seterusnya, puisi ini juga sebenarnya aku tekankan untuk kita amalkan apa yang kita belajar daoam kehidupan seharian. Terlalu banyak ibrah atau pengajaran yang kita peroleh apabila kita mampu untuk memahami sesuatu itu dengan baik, seterusnya kita mengaitkan perkara yang telah kita pelajari itu dengan kehidupan kita dan ajarkannya kepada semua.

                Bagi aku, medium penulisan seperti puisi dan blog sebegini sebenarnya amatlah membantu bagi kita berkongsi apa jua ilmu yang kita ada. Aku faham, generasi millennia hari ini punyai masalah dalam membaca teks-teks panjang. Tidak dinafikan, aku juga begitu. Namun bagi aku, tiada cara lain untuk kita tahu dan faham sekiranya kita tidak membaca. Sungguhpun kita mampu untuk menggarab sesuatu itu dengan mendengar, namun tanpa menulis dan membacanya semula, kita tidak mampu untuk kekal mengingatinya sampai hari ini.

                Maka secara kesimpulannya, belajarlah dengan ikhlas, di mana ikhlas itu ialah apabila kita melakukan sesuatu itu, kerana Dia. InshaAllah, segala amalan kita setelah itu diterima lagi diberkati.

Wallahu’alam.




No comments:

Post a Comment