....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Syurga?


Siapa yang tak mahu masuk ke syurga? Kerana kita sendiri tahu nikmat yang bakal diperoleh sekiranya kita berjaya sampai ke syurga. Namun, hakikatnya adalah kita sepertinya acuh tidak acuh dalam mencapai misi terbesar itu. Pada hari ini, sekiranya kita merasakan dunia ini adalah segalanya, sebenarnya kita lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan dalam kehidupan.

                Aku tertarik untuk berkongsi tentang usaha kita untuk sampai ke syurga. Pada hari ini, apa yang aku lihat adalah semua manusia ingin ke syurga. Namun sebagai seorang muslim, apa yang kita lakukan?

“Untuk sampai ke syurga, aku ikut aturan dan kehendak Allah, dengan solat lima waktu, jaga ibadah wajib semua tu.”

Persoalan aku sekarang, cukupkah dengan ibadah-ibadah wajib itu yang kadang kita buat acuh tak acuh itu menyampaikan kita ke syurga? Cukupkah hanya melakukan yang wajib itu memenuhi syarat dan tuntutan kita untuk masyuk ke syurga tertinggi? Adakah dengan berbuat yang demikian menjadikan kita ummat terbaik seperti yang diperkata oleh nabi kita?

Jawapannya TIDAK. Aku bukanlah bertindak kasar, namun sebenarnya aku ingin kita semua sedar, bahawa sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu kita oenuhi dalam memenuhi tuntutan agama. Sekiranya kita mahukan yang terbaik, kita harus melakukan yang terbaik untuk menjadi muslim yang terbaik.

Ingin aku berkongsi tentang hasil dapatan aku semasa aku berada bersama ‘Source or Tarbiyyah’ aku. Pada haritu, mereka bercerita mengenai Surah Al-A’raaf. Surah ini maksudnya ialah tempat yang tinggi. Di dalam Quran ada mengisahkan segolongan manusia yang tempat pengakhirannya di al-A’raaf ini. Mereka tidak ditempat di syurga, mahupun di neraka. Akhwat ini berkata bahawa mereka ini seolah-olah duduk di pertengahan. Mereka ketika di dunia menjadi manusia yang ‘biasa-biasa’.

Macam mana manusia yang ‘biasa-biasa’ ini? Mereka inilah manusia yang melakukan sesuatu ala kadar, kalau berprogram asalkan program itu berjalan sudahlah. Kalau beribadah, asalkan buat sudahlah. Kalau belajar, asal lulus, dapat A, survive, sudahlah. Jadi, disini aku berpandangan bahawa kita tidak akan dapat kesannya sekiranya kita terus bertindak  dengan ‘touch and go’ sahaja. Sia-sia dan merugikan.

Hah. Itulah mainpoint aku. Dalam hidup ini, adalah menjadi fitrah bagi kita untuk mendapatkan yang terbaik. Kalau nak makan, kita nak makan yang paling sedap, paling kena dengan tekak kita. Kalau nak beli sesuatu, kita nak pastikan sesuatu itu sempurna yang boleh sifatnya, kalau kita mahu berpakaian, kita mahu kelihatan yang terbaik di mata kita juga kaca mata manusia lain. Maka, kita perlulah berusaha kearah itu!

Adalah lebih baik, sekiranya konsep diatas kita aplikasi dalam kehidupan seharian kita, dimana kita mahukan yang terbaik dalam pengurusan masa kita. Mahukan terbaik dalam kehidupan, kerana diakhirnya yang penting itu adalah kesannya.

Sejauh mana setiapyang kita lakukan itu dapat mendekatkan diri kita kepada pencipta kita. Seharusnya jika matlamat kita syurga, setiap yang kita lakukan itu memberi sumbangan kepada Syurga. Jika tidak, masakan kita mampu menjejakinya?

Islam sebenarnya mengajak kita untuk melakukan yang terbaik, kerana Islam tidak mahu kehidupan kita diakhiri dengan menjadi golongan pertengahan yang aku ceritakan itu tadi. Maka, dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini, jadilah manusia yang melakukan sesuatu dengan sebaik yang mungkin. Banyak kebaikannya sebenarnya, sekiranya kita mampu untuk melakukan yang terbaik. Antaranya ialah; kita tidak melakukan sesuatu perkara dengan sia-sia, tidak membazir masa dan tenaga. Yang penting ialah ikhlas!

Sebagai penutup, teaser untuk entri yang akan datang adalah mengenai IKHLAS. Terdapat satu analogi yang ingin aku kongsikan mengenai ikhlas. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment