....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Bertarung (Part 2)

Aku mungkinlah tidak terlalu pandai, namun hati aku senang apabila ilmu itu mudah meresap. Disini aku nyatakan ‘rutin’ yang aku sendiri berusaha untuk melaksanakannya. Rutin-rutin ini sebenarnya mendekatkan kita juga menyihatkan badan.

1.       Solat diawal waktu

Solat diawal waktu ini terlalu banyak manfaat. Bagi aku yang liat nak solat ni, aku banyak hadirkan diri ke surau untuk berjemaah. Tidakpun, bertapa di surau supaya diri ini ikut terpanggil untuk solat. Aku suka untuk amalkan rutin Jemaah dan solat awal waktu ini disebabkan kelapangan selepas solat. Selepas kita solat, kita akan merasakan bahawa masa yang berlalu adalah perlahan dan sangat efektif.

 

2.       Tingkatkan hafazan Al-Quran

Daya ingatan aku bukanlah terlalu hebat. Banyak perkara yang menjadi faktor untuk aku lupa. Maka dengan mengulang-ulang hafalan yang sedia ada, sekurang-kurangnya aku percaya kepada ingatan aku bahawa dia masih mampu untuk mengingati. Aku sangat yakin dan percaya sekiranya kita banyak membaca dan menghafal al-Quran, hafalan kita dalam akademik juga akan turut meningkat. Cubalah.

 

3.       Bacaan Al-Mulk, Ar-Rahman dan Al-Waqi’ah

Surah-surah ini merupakan pedoman dan memiliki banyak kebaikan. Bagi aku, al-Mulk sangat hebat kerana akan menjadi syafaat kita semasa di dalam kubur. Ar-Rahman pula mengajar aku erti syukur, manakalah al-Waqiah mengingatkan aku tentang kematian. Surah kegemaran aku, Al-Fajr ayat 27-30 pula seolah-olah memberi semangat untuk aku terus berjuang pada ayat;

 

“Yaa Ayyatuhan Nafsul Muthmainnah, Irjie Ila Rabbiki Rodhiyatam Madhiyyah, Fadkhuli fi ‘ibadi, Wadkhuli jannati”

 

Maksudnya: Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan kau berpuas hati dan diredhai TuhanMu, serta masuklah engkau dalam golongan hambaku yang berbahagia, dan masuklah kedalam syurgaku.

 

4.       Al-Ma’thurat

Aku tak tahu sejarah Al-Ma’thurat, tetapi yang aku tahu ia merupakan himpunan zikir Rasulullah SAW. Kesan pada diri aku, ianya amalan yang tetapkan jiwa kita supaya untuk terus tekun dan berusaha.

 

5.       Tidur sebelum 12 tengah malam

Tidur penting supaya kita dapat rehat yang cukupdan seterusnya fokus dalam apa yang kita buat. Lagi bagus, apabila kita dapat train badan kita untuk bangun sebelum subuh. Hah, masa itulah kita dapat buat banyak sangat perkara. Antaranya qiam, sahur, mandi dan siap-siap ke surau/ masjid untuk subuh berjemaah

 

Aku suka persediaan untuk subuh. Sebab, tak ramai yang berkesempatan untuk dengar baris azan “Assolatu Khairum Minan Naum” tu. Jadinya, aku terasa istimewa kalau dapat dengar azan Subuh. Selain daripada itu, aku sarankan untuk solat sunat sebelum subuh. Fadhilatnya/ kebaikannya inshaAllah solat sunat itu seperti kita memperoleh dunia dan seiisinya. Aku analogikan solat sunat ini seperti, kalau kita dapat buat, inshaAllah segala mehnah di dunia ini juga kita akan dapat tempuhi.

 

Seterusnya kelebihan solat subuh berjemaah ini, hidup ita akan lebih terisi. Sekiranya kita tidak memulakan pagi kita dengan persediaan subuh, hari kita akan mula dengan perlahan. Sebaliknya, dengan jemaah subuh, jemaah akan habis sekitar 6 pagi, kemudian ada bacaan hadith (which is sangat bagus untuk mulakan hari dengan ilmu dan kebaikan),selepas itu kalau aku, aku biasakan untuk meluangkan masa 6.30 pagi untuk bersama Al-Quran atau Ma’thurat. Sama ada mahu memantapkan hafalan atau bacaan, terpulang.

 

Jadi bila balik ke bilik, mandi sudah yakni sebelum subuh tadi, kemudian jemaah sudah, hadith sudah, Quran sudah, maka seterusnya persiapan ke kelas atau belajar. Pagi yang tenang dan lancer hendaknya di setiap pagi. Indah bukan sekiranya kita dapat bangun di awal pagi.

 

6.       Qailullah

Sejenis aku yang tiak tahan mata. Bak kata adik aku, aku ini ‘sleepyhead’, jadi aku sangat memerlukan Qailullah, iaitu tidur seketika sebelum Zuhur. Amalan ini memang sangat bagus kerana ia memberikan semula tenaga kita yang sudahpun berkurangan. Pengalaman sekiranya kita tidur terlalu selesa, kita akan lambat solat Zuhur. Maka antara langkah yang aku ambil adalah Qaiulullah di surau. Maka kita akan terjaga dengan azan dan iqamat.

 

Kenapa tak tidur lepas Zuhur? Sebab, pengalaman aku tidur selepas Zuhur, menyebabkan aku tidur lagi lama, berkemungkinan sehingga selepas Asar. Jadi, aku dapati disitu aku sudahpun membuang masa dengan tidur.

 

7.       Qiam

Qiam ini antarayang paling susah untuk aku buat, lagi-lagi apabila tidurku terganggu (melebihi jam 12 am). Jadi aku pun masih berusaha untuk bangun melakukan solat sunat di 2/3 malam, which is lebih kurang 4.30-5.00 am begitu. Semoga kita sama-sama dapat bangun qiam!

 

8.       Beriadah

Riadah merupakan aktiviti yang paling aku tunggu semasa aku di SERATAS dahulu. Maka, apabila di universiti, kesibukan membuatkan diri ini malas bersukan. Kesannya, badan akan terasa ‘lemau’. Jadi, bagi aku riadah ini penting bukan sahaja untuk hilangkan tekanan belajar, sebaliknya diperlukan untuk kita keluar peluh dan menyihatkan badan.

 

Aku juga sejenis yang cepat demam. Antara faktor yang menyebabkan aku boleh demam adalah apabila aku telah lama tidak mengeluarkan peluh. Oleh disebabkan itu, kalau badan terasa nak demam, aku akan segera keluar dan hirup udara segar.

Aku rasakan inilah keperluan aku sehari-hari dalam memastikan diri aku terus disiplin, walaupun lihat memenatkan. Namu sebenarnya ia memenuhi keperluan rohani dan jasmani kita. Untuk entri seterusnya, aku akan ceritakan apakah maksud misi aku, #MKS1 yang aku pernah sebutkan sebelum-sebelum ini. Semoga bertemu lagi, Jazakallahu Khairan Kathira.

No comments:

Post a Comment