....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Puisi 7#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Tinggal


 Semakin laju kita berlari,
Semakin jauh kita meninggalkan.

Semakin tinggi kita mendaki, semakin kabur kita dek pandangan mereka.

Semakin jauh kita pergi,
Mungkin,
Tak akan kembali lagi.

Semakin pantas masa kita putar,
Semakin cepat orang datang dan pergi; silih berganti.

Tanpa kita sedar,
Sebenarnya kita bergerak sendiri,
Segala rasa simpan di peti hati.
Segala perit ditelan mati.
Segala gembira cuba diambil; pengubat diri.

Harapnya nanti,
Tak mati sendiri.

Pergi semua pergi,
Jika itu yang kalian perlu,
Yang pasti kalian tahu,
Kalian sudah bertapak dihati ini.

Andai kalian kembali,
Jangan lupa segala memori,
Yang telah kita bina selama ini.

Aku tak halang untuk pergi,
Cuma ketahuilah,
Aku bukan habis madu, sepah dibuang.


                Puisi kali ini mempunyai beberapa perasaan yang tersirat. Pada mulanya, aku marah kepada sesetengah insan yang hadir lalu pergi begitu sahaja. Ada yang pada mulanya bersama, namun dipertengahannya, ada yang meninggalkan kita, ada juga yang kita tinggalkan. Jadi, disini aku nak pesan kepada kita semu, bahawa setiap daripada kita mempunyai latar masa yang tersendiri.

                Usah kita banding kehidupan kita dengan yang lain, kerana ada ketika kita susah mereka senang, da nada juga masa bilamana kehidupan mereka jauh lebih baik, tetapi ketika itulah kehidupan kita dilanda tsunami besar yang menghancurkan semua. Oleh itu, setiap daripada kita tentu mempunyai masa-masa genting yang tersendiri.

                Jadi, sekiranya ada yang datang kepada kita mengadu nasib mereka, ujian yang mereka hadapi, maka hormatilah. Janganlah kita merendahkan mereka, menyatakan bahawa mereka lemah dan sebagainya, kerana kita tidak akan tahu apa yang akan jadi kepada kita pada masa akan datang.

                Di pengakhirannya, puisi ini kembali tenang. Aku sedar bahawa setiap orang mempunyai pilihan dan jalan masing-masing dalam kehidupan ini. Maka yang aku harapkan hanyalah agar mereka yang pernah singgah dalam kehidupan aku tidak melupakan kenangan dan memori yang pernah dicoret bersama. Cumanya, janganlah kita jadi manusia yang lupa diri, dimana disaat susah kita mencari dia, namun bila senang, dia pun kita lupa dan hina, kerana dia sudah tidak ‘setaraf’ dengan kita. Jadilah kita manusia yang sentiasa beringat bahawa bumi yang bulat ini menggambarkan kehidupan kita. Akan ada masa kita di atas, dan ada juga masa kita berada dibawah.

                Wassalam.


No comments:

Post a Comment