....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Puisi


                Aku ini seorang yang suka memerhati dan menghubungkaitkan keadaan. Jadi, aku cenderung untuk berpuisi setiap kali aku merasakan dan ingin berkongsi sesuatu. Aku tidaklah mahir. Aku sekadar mahu menyampaikan apa yang terbuku di hati dengan penyampaian yang tidak langsung. Oleh itu, bak kata kebanyakan remaja hari ini, “YTJT” bermakna, “Yang Tahu Je Tahu”.

               YTJT ini menarik perhatian aku dalam menyedarkan semua, bahawa puisi sebenarnya membuatkan kita berfikir. Maka sesiapa yang berfikir sahaja yang dapat menyedut isi atau ‘gist’ yang ada di dalam sesebuah puisi itu.

                Maka di dalam blog ini, aku akan berkongsi sebanyak mungkin puisi yang ada, berserta maksud sebenar yang ingin aku sampaikan. Puisi-puisi ini kebanyakan aku simpan sebagai koleksi di Instagram aku, pada saaat aku merasakan sesuatu perasaan.

                Oh ya! Sebelum terlupa, aku sejenis yang hanya mampu berkata atau menulis sekiranya aku memahaminya. Jika tidak, pastinya aku sukar untuk mendiskripsi situasi dan keadaan sesuatu seandainya aku tidak memahami keadaan itu.

                Aku mengharapkan bahawa cinta dan minat aku pada puisi ini dapat diteruskan, kerana puisi merupakan salah satu warisan bangsa Melayu yang patut kita banggakan. Namun apa yang aku lihat hari ini, anak-anak muda kita semakin hilang santunnya, kerana kita hilang budaya kita. Kita hilang kebanggaan kita.

                Dengan berpuisi, aku mendapati puisi dapat menyusun semula kata-kata kita agar lebih berhemah. Namun, bagi aku ada juga pusi yang bersifat ganas, dimana ianya ditulis dengan perkataan-perkataan yang membunuh jiwa.

                Semoga lebih ramai anak muda yang gemar akan penulisan menggunakan Bahasa Melayu kita, kerana sekiranya bukan kita, siapa lagi yang mampu untuk menjadi penyambung warisan.

                Walau apa-apapun, ini tidak bermakna bahawa kita boleh mengetepikan bahasa lain. Aku tidak menafikan bahawa Bahasa Inggeris juga merupakan Bahasa yang penting untuk kita kuasai dalam memudahkan urusan kita untuk berkomunikasi. Kalian mahu membaca entri dalam Bahasa Ingeris? InshaAllah boleh ana tunaikan pada entri-entri yang mendatang, inshaAllah. Tetapi sebenarnya, dalam penulisan, aku merasakan bahawa penulisna dalam bahasa kita adalah yang terbaik, kerana ianya halus dan penuh seni.

                Akhir sekali, aku harapkan entri-entri aku yang mendatang yang bercerita mengenai puisi yang tulis sedikit-sebanyak dapat memberi pandangan baharu kepada pembaca sekalian dalam medan penulisan sebegini. Aku sarankan untuk kita berhenti membaca bahan-bahan picisan yang aku rasakan penulisannya bagus, namun apa yang ingin disampaikannya itu yang kurang berfaedah.

                Semoga yang terbaik sahaja but semual, Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment