....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

#MKS1


                Bismillahiraahmanirrahim.

Jadi entri hari ini, aku teruskan dengan penceritaan mengenai misi dan matlamat aku di universiti. Entri aku sebelum ini pernah menceritakan bahawa misi ini sangat penting. Misi ini bukanlah sahaja untuk mengurangkan beban dalam membayar semula PTPTN yang dipinjam, ianya juga dibuat atas dasar untuk mencari ilmu itu sendiri.

                Sebelum itu, ingin aku menyatakan bahawa sejak melangkah masuk kea lam univerisiti ini, aku merasakan bahawa kehidupan sebagai seorang mahasiswa prasiswazah ini sebenarnya sekadar permulaan dalam pencarian ilmu yang sebenar. Aku katakan sebegini kerana, sebelum ini, pembelajaran kita di sekolah hanyalah berorientasikan peperiksaan dan hafalan sahaja. Tidak dinafikan, kehidupan universiti juga ada peperiksaan, namun disebalik itu, segala tugasan yang diberi sebenarnya telah berjaya disiapkan atas pembacaan dan inisiatif diri. Tugasan yang diberi adalah ilmu yang kebanyakan tidak dipelajari semasa kuliah. Maka, pembacaan yang lebih lanjut perlu dilakukan sendiri oleh mahasiwa.

                Apa yang aku dapat ialah, dalam keadaan tiadanya tekanan atau galakan untuk seseorang itu membaca, mana mungkin dia berjaya menyiapkan tugasan yang mencakupi ilmu yang pelbagai itu. Maka apakah galakannya? Tentunya rasa cinta akan ilmu yang telah mendorong kita untuk tetap teguh dan bersemangat. Aku akan sambung penceritaan ini di entri ini (klik pada pautan)

                Maka aku teruskan dengan penceritaan #MKS1. #MKS1 ini sebenarnya bermaksud, “Misi Konvo Sidang 1”. Di UKM, majis konvokesyen siding 1 ini merupakan majlis konvo bagi para graduan yang bakal memegang PhD, Master dan juga dekan bagi Degree. Selain itu, antara individu yang juga akan hadir pada majlis ini ialah mereka yang merangkul anugerah-anugerah khas seperti Anugerah Naib Canselor dan sebagainya.

                Ini bermakna, untuk memastikan misi ini tercapai, aku perlu mendapatkan PNGK minimum 3.67 atau mendapatkan anugerah-anugerah khas. 3.67 merupakan pointer DEKAN bagi UKM.

                Orang kata, bermimpi biarlah sampai ke bulan, sekurang-kurangnya, kalau jatuh, kita akan jatuh atas awan.

                Pernyataan diatas adalah sangat benar, namun dalam kita berharap, janganlah kita lupa kepada realiti sebenar. Semakin tinggi kita berharap, semakin kuat usaha yang perlu kita letakkan. Ianya seperti keluk/graf yang berkadar terus. Sekiranya usaha yang diletakkan adalah rendah, maka hasilnya, apa yang kita capai juga adalah rendah.

                Namun, keluk berkadar terus itu tidak konstan dalam ekonomi. Ekonomi yang turun naik menyebabkan graf pendapatan negara, kecekapan buruh dan sebagainya menjadi naik dan turun. Begitulah kehidupan, yang kita impikan tinggi. Namun perjalanan menuju kearah itu sebenarnya penh dengan ujian dan dugaan. Maka setiap yang kita impikan itu penuh dengan risiko.

                Aku sedar, semua benda tidak mustahil. Aku juga sedar bahawa ada kemungkinan untuk aku tidak capai matlamat itu. Jadi, ceritanya mudah bagi aku.

                Itu adalah matlamat, apa yang ingin kita capai. Tindakan dan keputusan yang hendak dilakukan itu haruslah menuju ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Namun, yang penting sebenarnya adalah kemampuan kita untuk mengutip dan garab segala ilmu dan pengalaman di sepanjang perjalanan itu. Maka sekiranya di penghujung itu kita berjaya mencapai misi dan matlamat yang ditetapkan, maka bagi aku ianya adalah BONUS.

                Oleh yang demikian, doakan perjalanan dan urusan aku disepanjang perjalnan ini dipermudahkan. InshaAllah, aku akan berusaha sehabis baik aku untuk mencapai Misi Konvo Sidang 1. Bukan itu sahaja, yang paling penting adalah aku mahu menjadi seorang graduan yang bukan sahaj bergraduasi dengan ilmu Ekonomi yang aku mahiri, sebaliknya menjadi lepasan UKM yang berjaya mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman yang ada. Allahumma amen.

                Sekian sahaja buat kali ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment