....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Jatuh bangun. (Part 2)


Jika sebelum ini, kita berusaha keras dalam pelajaran, mencari skor terbaik untuk memastikan tempat di menara gading, maka pada hari ini, disaat kita telah berjaya memijakkan kaki di menara gading itu, apa halatuju kita seterusnya?

Maka entri sambungan ini akan aku ceritakan apakah matlamat aku sebenarnya setelah menjadi mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jadi disebalik usaha dalam pelajaran, aku lebih mengutamakan pengalaman-pengalaman sebegini, yang lebih tertumpu kepada pengalaman dan kehidupan, mengenali diri sendiri dan persekitaran dan juga cara mengadaptasi diri dalam sesuatu keadaan. Mungkin keputusan semester ini akan jatuh disebabkan kegagalan aku untuk fokus dalam kelas seterusnya menggangu pencapaian aku dalam ‘carrymarks’ dalam 10 subjek aku ambil, tetapi aku merasakan, dengan berakhirnya semester ini, aku telah berjaya membuktikan kepada diri aku bahawa segala usaha dan penat-lelah yang aku letakkan telah tamat. Selain daripada itu, ia membuktikan bahawa tiada yang mustahil.

Ceritanya, ada 2/10 subjek yang aku ambil (Subjek CITRA), yang mempunyai peperiksaan akhir. Apabila mengetahui keadaan sedemikian, kebanyakan rakan atau kenalan ‘drop’ subjek-subjek ini atas alasan mempunyai peperiksaan akhir. Namun apa yang membuatkan aku tetap terus hadir ke kelas tersebut adalah kerana ilmu. Aku sedar, bahawa CITRA ini memberi peluang untuk kita mempelajari ilmu luar bidang kita. Maka, aku rasa inilah masa yang aku ada untuk mendapatkan ilmu-ilmu ini.

Sungguh, mungkin aku dikatakan rugi, kerana ambil subjek berjam kredit dua sahaja, namun mempunyai peperiksaan akhir, tetapi yang menguntungkan aku adalah ilmu. Maka, seandainya niat yang murni ini tidak disulamkan dengan usaha yang terbaik, ianya akan menjadi sia-sia.

Semuanya akan sia-sia sekiranya aku berhenti ditengah jalan. Dengan motivasi ini, aku cuba telankan segala kepenatan dan keperitan, sehinggalah tanpa sedar bahawa semester ini akan berakhir tidak lama lagi. Semoga segala ilmu yang aku cari sepanjang perjalanan ini diberkati dan memberi manfaat bukan sahaja buat diri, juga buat ummah. Mudah-mudahan, InshaAllah.

Pilihan aku untuk menyertai program adalah kerana bagi mencapai sasaran atau matlamat aku. Maka segala keputusan itu tentunya disertai dengan risiko. Atas keputusan tersebut juga, aku tidak boleh menyalahkan sesiapa sekiranya berlaku kesan negative kepada diri aku. Oleh itu, semoga keputusan yang telah aku pilih sebelum ini sedikit sebanyak mengajar aku untuk membuat keputusan yang lebih bagus pada masa yang akan datang.

Jadi dikesempatan ini  juga, aku berterima kasih atas segala budi dan jasa orang sekeliling, yang banyak memberi motivasi dan inspirasi. Sungguh, tidak terkata aku dek 1001 nama yang hadir dan melintasi laluan kehidupan aku.

Buat mama dan baba yang jauh dimata dekat di hati, mungkin kalian sibuk dengan kerja, namun kalian sentiasa bertanyakan khabar dan kondisi satu-satunya anakmu ini. Terima kasih buat masa yang kalian luangkan dari aku kecil sehinggalah detik ini, walaupun aku tahu, kalian juga punya masalah di tempat kerja dan kelelahan kalian bekerja pastinya tak mampu lagi untuk aku tanggung. Aku yang hanya mengambil beberapa jam sehari untk berkerja pun dah rasa nak pengsan, inikan pua kalian yang turun naik tangga dan berjalan kehulu kehilir setiap hari. Terima kasih atas segaa jasa itu. Aku akan berusaha sehabis baik aku untuk menghadiahkan yang terbaik buatmu.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment