....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Puisi 5#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Kawan. 

Terima kasih,
Kerana selalu ada senang mahupun susah,
Kadang mungkin kau jauh,
Namun kau tetap ambil kisah.

Kadang kau pun sibuk pagi petang,
Tapi kau tak pernah lupa tanya keadaan aku sekarang.
Kadang kau pun penat,
Tapi kau tak pernah mengelat.

Terima kasih buat yang menemani;
Disaat aku jatuh dan bersendiri,
Disaat aku gembira namun kau bersedih,
Disaat aku memerlukan namun kau sibuk,
Disaat aku sakit namun kau lagi menderita,
Terima kasih.

Maaf dari aku,
Andai ada luka dek salah lakuku.
Andai ada tangisan disebalik gurauanku.
Andai ada yang terguris dek teguranku.

Seandainya perkenalan kita membuat kau terus kuat,
Alhamdulillah, semoga hubungan ini mendapat berkat.
Seandainya pertemuan kita membuat kau sesat,
Tegurlah aku, di ceruk mana yang aku salah melihat.

Simpanlah,
Simpan semua kenangan kita,
Kerana kita bukanlah tuhan,
Yang menentukan bila lagi kita berjodoh...
Semoga kau terus kuat,
Sepertimana kau selalu hadir dalam hidup aku,
Terima kasih untuk semua memori,
Yang akan sentiasa aku kenang.
.
Credit to: Semua insan yang aku kenali sepanjang menjalani kehidupan di KMPk....


                Alhamdulillah, ketika ia ditulis, aku baru sahaja menamatka pengajian aku di KMPk, Kolej Matrikulasi Perak yang aku saying, kerana telah menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia yang sedikit sebanyak telah membantu aku disepanjang perjalanan aku di matrikulasi dan berjasa dalam kehidupan aku.

                Jadi puisi ini menunjukkan apresiasi aku kepada mereka yang menjaga aku ketika aku patah jari, ajar aku itu-ini, ajak aku ke masjid, kenalkan kepada aku kehidupan yang lebih baik, Alhamdulillah. Puisi ini juga ditulis untuk aku memohon kemaafan daripada mereka di sepanjang perkenalan selama satu tahun di matrikulasi.

                Jadi, hari ini aku mahu bercerita mengenai kemaafan. Apakah yang penting sangat sampai kita nak kena minta maaf?

                Bagi aku, kemaafan ini penting, kerana ia akan menentukan keredhaan dan keberkatan dalam setiap sesuatu yang kita lakukan. Dari aspek keredhaan, sekiranya kita tidak mendapaan keampunan ataupun kemafaan, terutamanya daripada ibu, bapa dan guru kita, tentunya segala ilmu dan kehidupan kita tidak akan diberkati, seterusnya hilanglah keredhaan dan keberkatan.

                Kita juga perlu memohon maaf dengan orang di sekeliling kita, kerana mungkin akaa ada suatu ketika kita tidak sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan, ataupun bertindak zalim keatas mereka. Ketahuilah, bahawa doa mereka yang dianiaya dan dizalimi adalah sangat makbul.

Oleh itu, adalah penting untuk kita sentiasa memohon maaf dengan orang sekeliling kita, kerana orang di sekeliling kita adalah orang yang telah banyak membantu kita dalam kehidupan seharian kita.
Akhir sekali, aku berharap bahawa mereka akan tetap biarkan kenangan kami hidup, walaupun kemungkinan untuk berjumpa lagi adalah sanga rendah dan sukar. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan, amen. Sekian, wassalam.


No comments:

Post a Comment