....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Jatuh Bangun. (Part 1)

Jatuh Bangun. (Part 1)
                Syukur, semester 2 kini hamper melabuhkan tirainya. Tinggal beberapa hari lagi berbaki sebelum aku menutup buku semester dua dalam tahun pertama aku di universiti. Terasa seperti masa terlalu pantas berlalu hinggakan tanpa aku sedar, segala rintangan berjaya aku lalui.
                Semester ini terlalu sukar untuk aku tempuh. ‘Core subject’ yang dikatakan ‘Killer’ tidaklah banyak. Ada beberapa sahaja. Namun, cabarannya kali ini adalah dugaan dalam menyiapkan tugasan disamping komitmen dalam menghadirkan diri ke kelas. Bilangan subjek yang banyak. 10 subjek semester ini, dengan 26 jam kredit, sungguh bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperkatakan. Semester ini terlalu bayak ajar aku erti lelah dan semangat.
                Lelah yang aku pilih hinggakan aku terpaksa tinggalkan kelas kerana terlalu penat. Kadang, jasad di kelas namun roh ku tenang dibuai mimpi. Aku tak tahu sama ada mahu kategorikan ianya sebagai baik atau tidak, tetapi yang pasti ianya satu pengajaran dalam mengenali diri sendiri. Selain itu, punca kelelahan aku juga adalah kerana aku memperuntukkan sebanyak masa yang ada untuk aku belajar dan bekerja.
                Kerja yang aku buat adalah menjual nasi ke bilik kolej-kolej kediaman. Pada mulanya aku merasakan pekerjaan ini mudah kerana ianya mengambil masa yang singkat. Namun, benarlah kata mama dan baba,
“Kamu ingat nak cari duit tu senang? Bila kamu dah kerja nanti, kamu tahulah betapa susahnya nak dapatkan walaupun seringgit.”
                Benar. Sangat sukar, dan aku hargai setiap sen dan ringgit yang aku peroleh. Aku kerja untuk mencari dana bagi program yang aku sertai. Aku terfikir sejenak. Menyertai program yang berimpak sebenarnya bagus, meluaskan jaringan dan menambah kemahiran diri. Namun begitu, sekiranya dana yang menjadi masalah utama dalam meneruskan program, seterusnya mengganggu masa dalam pembelajaran, bagi aku ianya tak jadi masalah. Masalahnya adalah pada diriku aku, bagaimana aku perlu gunakan masa dan pilih jalan terbaik dalam menyelesaikan setiap satu.
                Dalam isu bekerja ini, aku rasa diri aku kurang sesuai dalam melakukan ‘heavy part-time job’, dimana kerja yang aku lakukan memerlukan komitmen hamper setiap hari. Walaupun hanya beberapa sahaja jam yang diperlukan untuk aku mencari rezeki, kesuntukan masa dengan jadual kelas aku yang penuh menyebabkan aku penat dan tidak fokus di dalam kelas.
                Seterusnya, semangat. Dalam melalui setiap hari aku sepanjang semester 2 ini, aku hanya pulang pada minggu ke-10 oembelajran, setelah cuti pertengahan semester. Bayangkan dengan segala kepenatan yang aku perlu hadap, aku kenal mana kawan mana lawan. Yang aku perlukan ketika aktu-waktu genting itu adalah semangat.
Maka, semester ini telah merungkai sedikit-sebanyak insan-insan yang sebenarnya menjadi punca semangat aku. Insan-insan yang sentiasa mengeluarkan kata-kata semangat untuk aku terus bergerak, yang faham akan keadaan aku yang mendesak juga berusaha untuk ada dengan aku tatkala aku sangat memerlukan tangan untuk aku bangun semula.
Walau apa-apapun, disebalik semua ini sebenarnya aku berperang dengan diri aku sendiri. Aku sedar, bahawa aku sangat memerlukan masa dan tenaga untuk meneruskan misi #MKS1. Oleh itu, untuk masa akan dating, setiap keputusan aku haruslah menitikberatkan fokus dan prestasi aku dalam kelas. Walaupun misi #MKS1 menjadi pembakar semangat untuk aku terus belajar, bak kata mereka,
“Enjoy your university life. This is the time where you can learn what you want to learn. Everything.”
Aku akan sambung tajuk ini pada entri yang akan datang, dengan menceritakan matlamat atau sasaran aku dalam menjadi mahasiswa di universiti.

No comments:

Post a Comment