....بسم الله الرحمن الرحيم

"Seandainya aku mati, aku relakan penulisan aku ini menjadi sebuah kenangan aku di dunia ini bersama orang yang aku sayang, bersama pengalaman yang aku lalui, bersama pendapat yang aku kemukakan. Ku abadikan segalanya disini. Inilah perjalanan hidupku. Doakanlah aku tenang disana. Ampunkan segala khilafku semasa aku di dunia yang bersifat sementara ini. Pesanku, teruslah bangun untuk ummah ini...."

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Friday, June 14, 2019

Puisi 3#

Disclaimer: Sebarang 'Copy and Paste' perlu diberitahu terlebih dahulu

Perit

Bila dah tak penting.
Sakit.
Bila dah tak perlu,
Pilu.
Bila semua dah tak seperti dulu.
Sedih.

Bila orang tak sedar pun.

                Haaa, kali ini puisi yang dikongsi merupakan puisi yang aku tulis masa aku sedih. Aku rasa ketika itu aku ditinggalkan tanpa sebarang penghargaan. Seperti semua dipersiakan.

                Pernah suatu ketika semasa di dalam kelas tingkatan 2. Cikgu bertindak kurang adil dalam sesuatu aktiviti. Maka aku dengan lantang berkata,

“Cikgu, ni tak adil!”

Lalu, cikgu aku pun membalas,

“Eh, hidup ini memang tak adil.”

Jadi, semenjak itu, aku mulai sedar bahawa dunia ini tidak akan selalu berpihak kepada kita. Walaupun kita berlaku baik, tidak semestinya kita dapat lari daripada ujian. Maka aku anggap setiap yang tidak memihak kepada aku itu ialah ujian.

                Mana ada manusia yang tidak memerlukan penghargaan. Ya benar sekiranya ada berfikir bahawa sekiranya individu itu ikhlas, tentunya kita tidak meminta balasan.

                Namun, ayuh kembali kepada reality, dimana salah satu keperluan diri manusia adalah keperluan motivasi dan penghargaan. Maka, dalam menghargai orang sekeliling kita, mungkin kita tidak punya wang ringgit untuk menghadiakan seseorang yang kita hargai dengan pemberian hadiah. Tidak mengpa, kerana penghargaan yang sebenar bagi aku adalah apabila kita mampu untuk menghargai kehadiran seseorang itu di dalam hidup kita.

                Selain itu, ucapkanlah terima kasih. Walaupun ianya kelihatan ringkas, tetapi sebenarnya ianya amat bermakna dalam mengubat kelelahan seseorang dalam membantu kita. Ayuhlah kita sama-sama kembali menghidupkan ungkapan-ungkapan yang membina ini, agar kehidupan kita dipenuhi dengan aura yang positif.



No comments:

Post a Comment